Skip to main content

Pengalaman Pertama Pos Barang Guna KTM

Hai Korang (^_^)

Sibuk ke?
Aku cam biasa je, buat2 sibuk

~*~*~*~*~

ni nak share pengaalaman aku guna servis pos oleh KTM
sebenarnya aku tak tahu pun KTM ada servis kurier barang2 nih
cuma penah dengar2 kita boleh pos motor pakai keta api
kalau tak silap adik aku penah pos motor dari Seremban ke Kelantan

last week aku order banyak set Pop Up Spice Rack dan Nicer Dicer Plus



supplier pos barang guna KTM, lebih murah katanya
aku duk terfikir
'nanti barang kena ambik kat stesen keta api ke?'
wsap balik supplier
'jangan risau, barang akan di hantar ke rumah'

okey, penantian itu satu penyiksaan
dahlah supplier pun kenal online je
bincang gitu dan bila setuju dengan harga terus transfer duit
kerisauan takut kena tipu memang ada

supplier pos barang 23/4
25hb tak sampai
26hb belum sampai- duk dak duk dak dalam hati
check website KTM- takde lah column nak check tracking number
27hb, Hari Ahad- hari lepak sedunia
tetiba dapat call, driver KTM yang call, tak jumpa cari rumah aku
bila dia cakap
'saya kat depan pasaraya XXX ni, dah dekat ke ngan umah puan?'
terus aku cakap
'tunggu jelah kt situ, saya datang, sebab saya memang fail kalau nak bagi direction nih'

so kuarlah jumpa en driver tepi jalan
lega sangat bila nampak barang depan mata
sempat temuramah en driver
katanya, dah lama KTM ada door to door services nih
barang sampai dalam masa 3@4 hari mengikut kawasan
dari stesen, barang akan di hantar kerumah
# door to door services lah sangat,
apapun TQ en Driver sebab deliver barang saya dengan selamat ye
walaupun kotaknya dah lunyai sikit, emmm     

~*~*~*~*~*~*~

okey itu pengalaman aku dan syarikat kurier negara kita
apapun, antara Skynet dan KTM
aku bagi 5 bintang pada Pos Laju
*Pos Laju, Sila Ambil Saya Jadi Duta*

ambik ko, promote diri sendiri, hihi

okey, tu je nak citer
daaa


Comments

t.a.t.a said…
Hahaha, jadi duta kak leh dapat delivery percuma kan? Hehe.
paridah said…
yg paling penting barang yg di oder xhilang di jalan kan....lambat sikit xper.
sweetie said…
Jadi Duta Pos Laju?????? Takut ko yang slow kan Pos Laju tu nanti.... hahahah... (melawak je Irfa... jgn amik ati ya... kang tak sampai barang saya tu plak)
Irfa said…
TATA..
air hujan je yang percuma :)
Irfa said…
KAK PARIDAH..
alhamdulillah, sib baik xde yang hilang@pecah
betul tu, kalau barang tak urgent boleh guna pos KTM nih
sebab murah dr pos biasa ;)
Irfa said…
SIS SWEETIE..
heip, biasa nih ;)
insha Allah, moga jumpa idaman hati
Unknown said…
kalau ko jadi duta pos laju aku taknak pos free..tapi aku cuma nak mintak ko tolong make sure barang aku sampai on time..hahaha..
Irfa said…
RAI..
utk pastikan barang sampai ontime, free kimchi satu
boleh?
berangan bagi kat aku, hihi
Siti Munirah said…
Saya pernah sekali je guna khidmat ktm ni, supplier anta stok tru ktm, jenuhlah memunggah kat ktm sana coz takde pulak door todoor delivery mcm skrg ni.

Tapi saya lagi suka poslaju. ;)
Irfa said…
DEAR UNI..
tahun bila tu?
akak pun x pasti sejak tahun bila ada door to door service ni
mmg pilih pos laju, sebab sedar2 je barang dah sampai depan pintu
pos ptg ni, pagi esok dah sampai
paling lewat pun lusa sampai kalau jauh sikit
*ni puji2 jgnlah dia buat hal*
Jari Manis said…
Nak jadi DUTA pos laju katanya..yeayy..JM sokong
Nastyna said…
no wonder la masa kami dalam TKM eh KTM ke johor tu ada set set pegawai kot duk kelek barnag berbungkus cantik ala pos bawah ketiak, eh ke barangan peribadi beliau tu, ntah. hehehe tapi takpo la kalau lambat sikit pun janji murah banyak, kalau murah sikit baik ambik post sungguh. Boleh la belajar2 post ke berlin pulok deh hehehe.
Kakzakie Purvit said…
Kemek kotak tak apa janji isi dlmnya selamat..
Rose said…
tgh menunggu juga ni..nk check tracking no xtahu..hrp2 smpi dgn slmt
shamyheart said…
betul ke hantar sampai depan pintu? Kalau nak kena pick up, susah juga
Irfa said…
SHA MY HEART..
sepatutnya hantar sampai rumah lah macam kurier yg lain, cuma kes sy tu ari dia x jumpa rumah asik lah duk kol banyak kali smpai sy rimas, dahlah x tahu nak bg direction, tu yg sy tawarkan diri jumpa kat mana2
jahoho89 said…
boleh pm sy no phone abg driver ktm tu? or any contact. tq hehehe. 0193892466
Izyan Balqis said…
Sy cri2 review psal penghantaran barang melalui ktmd ni. Well, sy ad bli barang...29hb 10 da gerak ke stesen kretapi yg trdkat dgn sy tpi still xsmpai lg...rsau la....huuu

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...