sapa dah tengok citer ni? sila angkat tetikus korang laju-laju Sejak penghujung tahun lepas, promo filem ni dah keluar kat tv Anak2 pun dah tertunggu bila kuar wayang Aku yang bukan budak pun teruja dengan promo tu 'wah! cam best nih' Hari pertama filem ni kuar wayang, dengan baik hati CV booking online *dia kan maksedara kesayangan anak2 aku* Jadinya Sabtu lepas, berbondong2 lah kami ke Aeon Seremban nonton filem ni ~*~*~*~*~*~*~*~ Into The Woods Kisah sepasang suami isteri pembuat roti yang tidak mempunyai anak didatangi oleh seorang ahli sihir yang menjanjikan mereka akan dapat anak jika dapat tunaikan 4 benda yang dihajati oleh ahli sihir tersebut. 4 benda tersebut ialah: - baju bertopi warna merah ( The Little Red Riding Hood) - kasut emas ( Cinderella) - lembu seputih susu (Jack & Kacang Ajaib) - rambut warna keemasasan macam bulu jagung ( Rapunzel) Dipendeknya cerita, semua watak utama 4 cerita tersebut ad...