Salam Isnin untuk semua Kejap je dah November ye *dah bulan ke3 aku jadi suri rumah sepenuh masa* Hari ni nak berceloteh pasal apa ye? Meh kita citer santai-santai je Sapa sini yang suka mekap? Yang wajib mekap kalau nak keluar rumah? Yang wajib touch up tiap kali lepas solat kat surau akan touch up balik mekap? Sebenarnya ada beza antara orang yang Tak Pandai Mekap dengan yang Tak Suka Mekap? Ada yang memang suka mekap tapi tak pandai mekap, jadi dia usaha belajar mekap Ada yang pandai mekap tapi tak suka mekap, cuma mekap bila ada majlis istimewa Aku spesis mana pulak ye? Aku spesis Tak Pandai Mekap, Tak Suka Mekap dan Tak Nak Belajar Mekap (kalau nak belajar boleh je, SIL aku seorang mak andam pengantin) Seingat aku, mekap paling tebal aku ialah masa jadi pengantin 15 tahun lalu, lama giler kan? Haha. Itupun aku ingat lagi macam mana susahnya mak andam nak lekatkan bulu mata palsu kat kelopak mata aku, sampai merah2 mata, lepas tu ada lah jugak mekap sikit2 kal...