Tu dia, mood membaca novel sudah mari lagipun sekarang aku takde follow mana2 drama Korea lepas je habis drama Korea bertajuk ' Ugly Alert' tu ingat nak tengok drama bertajuk 'Doctor Stranger' tapi asiklah tertido awal, huhu sekarang suka golek2 dalam bilik sambil membaca takde bahan sangat, majalah tahun 1999 pun aku layan je janji ada bahan untuk dibaca # macam comel je tengok fesyen n mekap orang dulu2, haha 2 hari lepas aku terima parcel dari blogger Hanis Azla boleh je beli kat kedai buku tapi sebab nak ada 'tandatangan' dari si penulis gigih order sendiri dari kak Fea # TQ KakFea kerana sudi melayan karenah peminat mu ini Cinta datang, Cinta Pergi Cinta Allah kekal abadi Novel kedua hasil nukilan Hanis Azla sinopsis kat SINI Sejak kecil, Zaira menjadi dambaan hati Fir. Ianya membuatkan Fir terus memasang impian. Fir mahukan Zaira, t etapi hati Zaira hanya untuk Ikmal. Akhirnya Zaira berkahwin dengan Ikmal. Fir...