Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Baby Baru

Pengalaman Sendiri Tentang Penyusuan

Assalamualaikum... Selasa hari ni ye? Sejak tak bekerja ni, hari pun asyik lupa je. Ada ke patut semalam aku ingat hari Sabtu. Rasa cam setiap hari adalah hari Sabtu dan Ahad, haha. Semalam check up baby SAA ( 2 Bulan). Masa tunggu giliran dalam bilik menyusu, nampak artikel ni. Emm, cam tahu-tahu je aku dalam dilema sekarang. 3 anak sebelum ni, macam2 kisah pasal penyusuan. Si kakak menyusu lebih kurang 3/4 bulan je. Masa tu aku keje shift, dia pulak dijaga oleh MIL. So memang dia dah start campur susu formula awal lagi. Masa tu pun aku kurang ilmu bab breastfeeding, taktahu pun yang susu ibu boleh perah dan simpan. Si Abam menyusu badan sampai umur 2 tahun 2 bulan. Tapi dah campur susu formula bila aku mula bekerja di bulan ke3. Tapi bila aku cuti @ malam memang dia langsung taknak susu botol. Si Kakcik beruntung sebab masa tu aku dah ada ilmu sikit, dengan gigih perah susu malam nak simpan stok dan dia merasa susu badan sepenuhnya selama lebih kurang 8 bul...

Terapi Sonotron, Bukan Sinetron

Salam Jumaat emm paginya bersiaran, hehe curi masa sementara si kecik tengah sedap tido Mungkin dada dia dah selesa lepas 2 kali rawatan sonotron cairkan kahak kot tu yang tido lama kalau tidak, asik terjaga je Okey, ni nak share pengalaman bawak baby SAA ke terapi sonotron semalam kali ke2 kami ke Pusat Rawatan Sonotron Tawakal - Bangi Mula2 tahu pasal ni tengok orang share kat Facebook (memula baca, cam sinetron drama bersiri Indon tuh, haha) Saja lah nak try, so call buat appointment Walk in takut lama kena menunggu Pertama kali ke sana, Rabu minggu lepas appointment kami jam 10.15 pagi Dari Nilai ikut highway, takdelah susah pun cari tempat dari tepi jalan dah nampak ingatkan lot kedai, rupanya pusat rawatan tu atas rumah orang (owner tingkat bawah) tempat menunggu selesa, ekon sejuk, hihi ada surau kecik, tempat menyusu dan bilik air jugak (boleh lah nak tumpang) pusat terapi tu tingkat atas, hati2 naik tangga ye, hehe Kami ta...

Segalanya Indah, Manis dan Wangi

Tajuk atas tu tak tahu nak letak tajuk apa. Hihi. Sekarang aku dah ada idea nk update blog cara pantas (mungkin orang lain dah lama buat, aku je baru tahu, ketinggalan ko Irfa oi) . Okay, caranya ialah: Bila free, sambil BF pun boleh. Memula tu taip je cerita kat nota di henpon, hantar pada whatapps, dari whatapps tu copy dan paste kat blogger.com. Jauh kan jalan nya? Dari utara ke selatan, patah balik ke timur sampai utara, haha. Takpe lah asal blog berhapdet. Sebab skrin henpon tak besar, view blog pun tak sepenuhnya, so bila free buka laptop.. Edit je mana yg rasa tak ok, kot nk tambah apa yg kurang. Letak gambar sekeping dua sebagai hiasan... dan publish. MeTime kejap, sikenit tengah tido. Akhirnya aku terpaksa mengalah dengan buai. Walaupun dah niat taknak ajar buai tapi terpaksa mengalah sebab dia tido kejap2 sampai aku tak leh wat keje lain. Dia nak berkepit je, mana tahan. Takkan tak basuh kain, tak masak tak hapa kan. Sekarang dah pegang jawatan supir,tak larat nak usu...

Kronologi Kelahiran ke 4: Baby SAA

Assalamualaikum... Hari ni 21 Feb 2016 , genap 60 hari umur baby SAA. Dah lama bertangguh nak update kisah kelahirannya pada tahun lepas, 23 Dec 2015 . Hari ni aku pastikan post ini di publish, Insha Allah. Giler lama mengarang, 2 bulan baru siap satu post, haha. Coretan ini agak panjang, sebab aku nak abadikan dalam blog kesayangan sebagai kenangan masa depan, bagi aku ia sebuah kelahiran yg cukup istimewa kerana selama 3 bulan dia 'bersembunyi' dalam rahimku tanpa aku sedari (kerana sibuk memikirkan sakit pinggang dan belakang yang dialami) . Kandungan yang banyak menduga mental dan fizikal, permulaan yg diuji dengan bermacam ujian tapi pengakhiran yang sangat manis. Mengandung di usia 30an berbeza dgn mengandung di usia 20an, ni nasihat hakak pd adik2 yg 'family planning' tu, elok korang beranak masa muda2 nih (wah! nasihat mcm dh tua sgt dah, hihi). Aku dah maklum dari awal, bagi ibu2 yg dikategorikan berisiko (yang ada darah tinggi @ diabetes waktu mengandun...

Tahun Baru 2016, Permulaan Sebuah Kehidupan Baru

ASSALAMUALAIKUM Entri pertama untuk tahun 2016, harap masih belum terlewat untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU untuk semua yang masih sudi meluangkan masa singgah baca blog sendu yang makin hari makin kurang update (*_*) # hari pertama buka sekolah, curi sikit masa untuk update blog 2015 meninggalkan kita dengan segala macam rasa manis pahit masam semua ada 2016 datang dengan seribu harapan semoga kita terus tabah mengharungi hari2 mendatang Planner 2016, reward kepada diri sendiri # takde yang free dah, kalendar dan diary semua kena beli sekarang, hihi red for me dan black for my 'soulmate' sebanyak2 syukur pada Allah dengan anugerah terindah setelah bermacam ujian sewaktu mengandung selama 37 minggu * pengalaman pertama kali di induce untuk melahirkan, nanti aku share bila free ye* maka lahirlah Baby SAA pada 23 Disember 2015 jam 3.07 minit petang dengan berat waktu lahir 3.15 kg ingatkan baby nak joi...

Baby Baru: Keterujaan Nak Sambut Baby Baru

Datang malasnya, berminggu blog terbiar tak ber update Datang rajinnya. rasa nak post setiap 30 minit ( pentipu sangat, hehe) Okey, ni datang rajinnya, meh lah kita update blog ye Baru je lepas lipat baju baby, dah beli sikit2 minggu lepas, tapi takde masa nak basuh, lagipun hari mendung je sekarang, takut lambat kering. Sebenarnya, mengandung kali ni semua kena beli baru. Yang lama semua dah let go kat orang (ingatkan dah tutup kedai, hehe) . Tapi tak banyak pun membeli, hanya beli yang penting je. Boleh tahan jugak harga barangan baby sekarang ni ye, jenis aku pulak tak pandai nak survey, kalau boleh masuk satu kedai dan borong semua kat situ je, tak kuasa nak survey banyak2 kedai, penat oi nak menapak masuk dari satu kedai ke satu kedai. Ada orang cakap expo barangan baby situ sini murah, aku takat dengar jelah. Berpanas dan bersesak kat tempat ramai, memang bukan aku lah orangnya. FIRST BATCH: model kecik nak enterframe, kasik can lah  1- Beli ...

Baby Baru: Barang Pertama Untuk 'Bakal Ahli Baru'

Assalamualaikum kawan-kawan alam maya moga hari diberkati untuk kita semua Sangat mengantuk hari ni tapi mata tak nak tido Malam tadi last aku tengok jam ialah 3.30 pagi Dan aku tak sedar pukul berapa aku terlelap Sekarang dah masuk Trimester Ke 2 ( lebih kurang 28 minggu /  7 bulan) sekejap je masa berlalu ( tolak 3 bulan yang tak tahu aku tengah mengandung) Sekarang cepat mengah, selalu rasa tak cukup nafas Susah nak tido malam Aku suka tido telentang tapi sekarang kena tido mengiring Apapun aku sangat menikmati saat2 manis jadi ibu mengandung *bab makan2 boleh request je nak makan apa, hihi* bulan lepas kena tegur dengan misi sebab berat naik mendadak, huhu Anak2 asyik lah mengajak masuk kedai barangan baby terutama sekali si Kakcik tak sabar kot dia nak tunggu kedatangan ahli baru kami Sebenarnya mengandung kali ni aku takde persedian Baju mengandung pun tak beli Pakai je dress cotton yang aku tempah sebelum ni ...

Baby Baru: Fasa Suka Makan Kini Bermula

Vitamin R datang lagi, lalalala Masa 3 bulan yang tak tahu perut aku ada 'isi' tu aku memang ada masalah tak lalu makan tapi aku ingat itu mungkin sebab aku sakit (slip disc)  so aku memang tak terfikir itu sindrom tak lalu makan kerana mengandung  bila tahu mengandung, makin menjadi2 tak lalu makan nasi tak lalu, makan pilih2 bila makan pulak, sekadar 'drive thru' sebab lepas tu muntah balik dan sekarang, fasa tak lalu makan sudah berlalu fasa asyikkkkkkkkkkk lah nak makan pulak yang mengganti tengok gambar kat bawah ni ini antara makanan yang dah selamat masuk perut aku sejak minggu lepas #alah, makanan biasa2 je, takde yang taraf hotel 5 bintang pun cendol femes kat area Nilai Cendol Enstek namanya next post aku citer kat mana boleh dapat cendol ni ye ni namanya Roti Canai Melayu kenapa namanya Roti Canai Melayu? sebab melayu yang buat aku memang tak lalu nak makan kedai mamak sejak akhir2 ni kedai roti canai dekat r...