Skip to main content

Baby Baru: Fasa Suka Makan Kini Bermula

Vitamin R datang lagi, lalalala

Masa 3 bulan yang tak tahu perut aku ada 'isi' tu
aku memang ada masalah tak lalu makan
tapi aku ingat itu mungkin sebab aku sakit (slip disc) 
so aku memang tak terfikir itu sindrom tak lalu makan kerana mengandung
 bila tahu mengandung, makin menjadi2 tak lalu makan
nasi tak lalu, makan pilih2
bila makan pulak, sekadar 'drive thru' sebab lepas tu muntah balik


dan sekarang, fasa tak lalu makan sudah berlalu
fasa asyikkkkkkkkkkk lah nak makan pulak yang mengganti

tengok gambar kat bawah ni
ini antara makanan yang dah selamat masuk perut aku sejak minggu lepas
#alah, makanan biasa2 je, takde yang taraf hotel 5 bintang pun


cendol femes kat area Nilai
Cendol Enstek namanya
next post aku citer kat mana boleh dapat cendol ni ye

ni namanya Roti Canai Melayu
kenapa namanya Roti Canai Melayu?
sebab melayu yang buat
aku memang tak lalu nak makan kedai mamak sejak akhir2 ni
kedai roti canai dekat rumah jugak, sentiasa penuh pelanggan

Nasi Berlauk
mesti korang dah tahu kan?
terkenal di pantai timur terutama Kelantan
nasi putih, kari ayam/ikan bersama sedikit sambal dan timun
tu je? ye, cuma itu je
simple tapi mengenyangkan

Pulut Bersama Kelapa Parut dan Ikan Kering
sarapan pagi kegemaran tok nenek dulu2
sesekali datang teringin memang kena cari
#satu kedai dengan nasi berlauk tu, kedai Ketereh namanya

Rojak Mee Enstek
ni satu tempat dengan Cendol gambar pertama tadi
Penjaja tu dulu jual pakai motor je, sekarang dah upgrade pakai lori kecik
jual bawah pokok, tapi sentiasa ada pelanggan tetap yang singgah


Sambal Ikan Bilis Petai
ni mak yang buat masa datang tu ari
macam biasa, petai mak bawak dah siap kopek dari kampung, aku cuma beli ikan bilis
nanti mak masak sekuali besar
bahagi kepada 2 bahagian ( rumah aku dan rumah adik lelaki)
nanti nak makan, panaskan sikit2, baki masuk balik peti ais
sayang ma ketat ketat

Haneth Lamb dari Restoren Al Jamal sebelah dengan Pasaraya Giant, Nilai
pertama kali singgah sini sebab malas nak ke Saba' Cyberjaya
rasanya oklah bagi tekak aku, tapi masih tak boleh lawan Haneth Lamb kat Saba
Cukuplah setakat ni dulu, kalau nak share semua yang aku makan
mau seminggu tak abis
Syukurlah 'sleeping partne'r melayan je anak tekak aku ni
sebenarnya tak mengandung pun dia layan je aku nak makan apa
cuma bila mengandung ni makin panjang lah list makan aku
kadang tu dah nak tido, sempat lagi aku pesan
'esok nak makan tu tau'
dalam mamai, member angguk je lah
kang tak layan, sentap pulak, haha

anak2 pun dah paham bila aku sebut nak makan
mesti diorang cakap 
'baby nak makan ye Umie?'

eh! ni lah masanya nak mintak macam2
bukan tiap tahun aku mengandung
kan?


kbai




Comments

paridah said…
GEMBIRANYA HATI BACA N3 IRFA..TANDANYA IRFA DH SHT SANGAT TU...JAMULAH SELERA TU PULIHKAN KESIHATAN...
Kakzakie Purvit said…
Hahaha... itu dia sekali datang selera makan berderet yang masuk dalam perut
Puaslah baby menikmati apa yg ibu dia makan:)
zana-norzana said…
rojak dan cendol bawah pokok kat enstek tu memang terbaik di tekak saya
Unknown said…
cik abang sayang mestilah layan isteri yang tersayang..^_^*
Semoga sihat selalu..
Ratu Hatiku said…
Wahhhhhh......smua gambo mkn....nyummmm sedapnya....rasa diri sendiri plak yg mcm mengidam nie...hehehe
Nora Karim said…
Mak aiii panjanhnya list ngidam.... seronok baca... hhahahaha byk2 gambar tu cendol tu yg paling memikat... haih terliurrrr....
hahahah.. bertuah badan orang mengandung ni Irfa
Unknown said…
kalau dkt2 mmg kaknoor serbu restoren tu semua nya menggugat jiwa kaknoor..
yg untung orang ngandungggg jugak kan
time ni Irfa sebut macam2 pasti ada je nanti tu hahaa

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...