Skip to main content

Terima Kasih, Kau Tetap Di Hati

Salam Terima Kasih pada yang masih sudi singgah di blog sendu ni
makin lama makin sendu, huhu

Semalam 24 Ogos 2015
hari terakhir aku menerima gaji sebagai pekerja
Setiap bulan sejak 17 tahun lepas, Maybank menghubungkan kami berdua
Lepas ni aku cuma mengharapkan 'wang sara hidup' dari housemate
Dengan izin Allah, aku takkan  lupa untuk berdoa semoga usahanya diberkati
Di murahkan rezki untuk menyara kami semua

Hari ini 25 Ogos 2015
Aku datang ke opis untuk kali terakhir
Mengembalikan harta benda syarikat yang di pinjamkan kepada aku
Selama aku bertanggungjawab menjaganya
# sebak weiii


Terima Kasih untuk segala kenangan 
manis, masam, pahit selama 17 tahun kita bersama
Pastinya aku merindui 'lambang wau' itu
sampai bila-bila


babai

Comments

Angah said…
slmt menempuh kemerdekaan buat wanita bergelar ibu,semoga bahagia dengan dunia baru,tinggal kami bersama wau itu,moga2 kami akan tabah setabahnya selagi mampu.huhu...gud luck hapy irfa....
rasa nak nangis.. suka terbang bersama 'lambang wau' itu
Puan Eka said…
Sedih pulak rasanya kak. Selamat tinggal wau. Semoga terus tabah ya kak..Rezeki ada dimana2.
paridah said…
BERPISAH SETELAH SEKIAN LAMA BERSAMA AMATLAH MENYEDIHKAN...DIDOAKAN LALUAN HIDUP BARU IRFA LBH MENGGEMBIRAKAN....
Nastyna said…
giler tak sebak, 17 tahun tu... kalau beranak, anak dah masuk kolej. haaaaa. apapun, all the best to u, insya Allah rezeki mendatang lebih banyak.
NanyFadhly said…
Sedey..I feel you..I yang keje 10 years pun dah nangis dah masa last day kat office..ini akak yg dah 17 years...lagi la...tapi takper, setiap yg berlaku ada hikmah. Ingat..ALLAH SWT sangaattt sayang kan kita sumer..stay positive yer!! :)
muslimah rempit said…
selamat datang kepada dunia baru, selamat datang mengharungi suri rumah dan akan datang dengan bayi... pasti berbeza perasaan bila menjaga sendiri anak... hihihi
sweetie said…
Semoga tabah mengharungi hari-hari mendatang tanpa si wau lagi di sisi... Dah nak buat camana... orang dah sudi kan... Saya pun dalam dilema jugak ni Irfa... dengarnya syarikat tempat saya kerja ni pun nak buat tawaran berhenti pada pekerjanya....
mamawana said…
Assalamualaikum

Tabahlah Sis. Mamawana pernah lalui bertugas selama 26 tahun. Ditamatkan perkhidmatan. Com downsizing. Bagi RM10K shj. No pention, gratuity bagai. itu shjlah ihsan mereka. Anak anak pulak di U. Allah ada.
Nora Karim said…
Apa pun yh irfa akan buat selepas2 ni, saya doakam semuanya dipermudahkan Allah... amin..
paridah said…
salam idiladha irfa maaf zahir batin..moga irfa n familih sht sjhtera selalu...

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...