Skip to main content

Sambutan Raya Taman Perumahan

Ewah, semalam gantung kuali eh? Semalam kan last Syawal, sana sini open house, tinggal pilih je mana nak pegi, kan? Aku ada 3 jemputan je, tapi dua2 nun di Key El sinun, memang tak pegi lah, cik abe keje petang.

Malamnya ada Majlis Raya Taman yang dibuat kat surau, first time aku join sejak pindah sini. Boleh tahan meriah, siap pasang khemah dan ada jugak pertandingan gerai tercantik. Aku pegi lepas Isya' elok majlis baru nak bermula.

Meh layan gambar


anak2 makan, tengok si kenit yang berminyak mulut dengan kuah sate

ambik gambar je, aku cuma ambik soto, mee kari tak rasa pun

bukan setakat menu raya, buah2an tempatan pun ada
aku makan lemang, sate dan soto je
perut dah penuh sebab petang tu dah makan macam2
Masa ni lah nak kenal2 jiran setaman, kalau sebelum ni nak nampak muka pun payah. Kalau terserempak masa sidai kain@buang sampah, senyum je lah yang mampu. So far aku suka jiran2 taman perumahan ni, semuanya baik dan tak sombong. Semoga hidup terus bermuafakat.

Sekian melaporkan, haha


Comments

paridah said…
elok sgt tu tamman perumahan pun buat majlis sambutan raya hidup harmoni bermasyarakat membawa berkat.
Nastyna said…
laporan khas. hahaha seronok la uols, I tak pernah merasa semua ni seumur idup, agi ngelaban :p mula mnegarut, duk piki ko soto tu.
sudipVSsenduk said…
wah! siap ada lampu lip lap lip lap
NanyFadhly said…
Salam Irfa,

Alhamdulillah..dah sihat eh? Syok tengok aktiviti macam ni sebab dapat kenal antara satu sama lain. kadang2 rumah sebelah-sebelah jer tapi tak pernah nak bertgur sapa..huhu..Take care Irfa!
Anonymous said…
meriah..meriah..

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Courier Skynet Memang Teruk Ke?

Morning Uolls ... Ni nak tanya sikit sesapa yang baca ni - kalau korang bisnes online, selalu guna courier apa? Pos Laju, GDex, Skynet @ dll? - kalau korang pembeli, penah tak 'terkena' dengan syarikat kurier bernama Skynet? Tadi aku gugel dan jumpa kes hampir sama dengan kes aku,  sini , sini , sini  dan juga sini . Rupanya dah banyak kes pasal Skynet ni ye. Okey, ni baru cerita sebenar.. Minggu lepas, aku 'ter order' satu barang kat FB, tak mahal pun barang tu RM33 je sebab tengah offer. Aku ni memang susah sikit nak order barang online kecuali ia benar2 murah. Kata penjual, 'sekarang promosi dan harga termasuk dengan kos pos' , so laju lah order. Lepas dah bank in, aku wsap dia bagitau dah bayar dan bagi alamat untuk pos. Hari kejadian adalah hari Rabu (minggu lepas). Aku buat kira-kira bodoh .. kalau dia pos Khamis, maybe Jumaat @ Sabtu barang dah sampai (kalau pakai PosLaju macam selalu aku guna untuk pos barang pada customer). Jumaat, barang...