Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Happy Birthday KLIA yang ke 14

tadi macam biasa la..kebangunan sebelah ambik dokumen.sambil berjalan ke destinasi aku suka tengok gelagat orang.macam-macam ragam orang nak naik kapal terbang ni.dah 14 tahun aku kat sini sejak usia 19 tahun lagi..macam-macam perkara yang berlaku selama aku kat sini.contoh situasi yang biasa aku tengok: 1-yang nak fly sorang je tapi yang menghantar sebiji bas.ada atok,ada nenek,pakngah mak ngah,pak lang mak lang dan juga anak-anak kecil.mungkin nak terbang jauh..dan lama lagi baru nak jumpa kembali. 2-adegan bergambar setiap penjuru dengan bermacam aksi.pendek kata semua papan tanda nak di ambil gambar sebagai kenang-kenangan 3-salam-salam dan peluk-peluk sebelum masuk balai berlepas.itu biasa je tapi yang luar biasa ialah aksi 'comolot dengan ghairah' sampaikan aku malu sebab tertengok.kalau suami isteri mungkin buat kat umah je.tapi tak mustahil juga mereka suami isteri ;) tak baik buruk sangka kan? 4-pengumuman kanak-kanak yang di jumpai 'perhatian kepada ibubap

Apa Itu Buffered Earnings

katanya dalam BM "Pendapatan terumpuk merupakan pendapatan yang dijana daripada kempen mCPM yang sedang berjalan di dalam blog anda. Jumlah pendapatan ini hanya akan digabung bersama jumlah pendapatan semasa anda selepas kempen mCPM tersebut tamat" dan dalam BI nya 'Buffered earnings are earnings for metered campaigns that are currently running on your blog. These will be added to your total earnings after the campaign ends' orang letak iklan Nuffnang kat blog,ko pun nak letak jugak.tapi sebenarnya bukan paham sangat pasal semua tu..selalu jugak baca ada blogger merungut status Glitterati kena tarik la @ BE (Buffered Earnings) dah lama tak singgah kat blog la.aku bukan tak baca tapi dah baca pun jugak faham.nak kata bahasa yang di gunakan susah difahami pun tak jugak.baca dalam BI tak berapa paham,tukar kepada BM lagiiiiiiiiiii tak paham ;). dah lama tak bukak sebab tahu ada bape sen je dalam tu..belum layak cash out pun.sejak letak iklan ni baru 2 kali aku cas

Yang Tersirat Di Sebalik Mata

Kata Kim Hyun Sook (Oh Na Ra) kepada kawannya Kang Geum Hwa (Oh Hyun Kyung) dalam drama Korea,Miss Ahjumma..malam tadi. 'perempuan kena buka mata luas-luas sebelum kahwin dan tutup sebelah mata selepas kahwin' dalam maknanya tu..apa yang korang faham tentang itu?

Ikat Peranakan..Baik dan Buruknya

info dari sini ..cedok sikit untuk lebih jelas (tahu korang tak nak klik kat situ) Alasan ikat peranakan -Tidak mahukan zuriat -Mengawal jumlah anggota keluarga -Tidak boleh hamil atas sebab kesihatan -Aktiviti seks yang aktif dan subur tanpa perlu bergantung pada perancang keluarga seperti pil -Atas sebab perubatan/kesihatan nak tanya korang..aku dengar berdosa kalau kita ikat peranakan atas alasan yang tak munasabah.adakah ia sama macam kita makan pil @ apa saja cara untuk elak dari mengandung?boleh bagi komen tak kalau tahu pasal ni.........kot penah buat @ ada kenalan yang penah buat pasal ni

Gaya Duduk Yang Vogue,Katanya

Okey..hari ni lambat sikit bersiaran, (macam keje DjRadio lak..) tadi ke 'tempat simpan duit hari tua' ala..yang urusan tak selesai minggu lepas tu .Alhamdulillah,dengan izin Allah urusan berjalan lancar dan kami antara pelanggan paling awal sampai.belum ramai orang datang lagi so senyum staff kaunter tu masih berkembang bak bunga kembang pagi.petang sikit mungkin senyuman itu dah kuncup kot.sori gurau je..korang takde sedara keje kat situ kan? aku gembira juga bila 'kotak yang hilang' semalam dah pun dijumpai.pelik tapi benar,kotak tu depan mata je semalam tapi aku tak nampak.mungkin 'pandangan ditutup' semalam kot. okey..lagi info nak kongsi ihsan dari emel.pun baru tahu jugak.boleh?selalu jugak buat macam ni..konon rasa cantik sangat la duduk gaya silang kaki macam ni.tapi tak tahu pun kesan jangka panjangnya tidak elok.huhu.aku janji tak buat lagi akan datang korang tahu tak?kalau dah tahu bagus..ini info untuk yang baru tahu macam aku..seram gak te

Bila Di Cari..Memang Tak Jumpa

*ku mencari ..ku mencari..dimana kah dikau*.. mood sambil nyanyi aduh!tengah pening kepala ni bila mencari sesuatu yang tak jugak jumpa-jumpa huhu ;( ni mesti sebab pindah opis tu ari.. aku dah lupa mana aku letak fail yang aku letak sijil-sijil aku sijil sekolah dan jugak sijil-sijil yang dapat masa keje bukan nak gi intebiu pun tapi bila cari tak jumpa risau la jugak seingat aku masa nak pindah aku isi semua barang dalam kotak dah kira semua kotak barang aku ada la dalam 9 kotak 6 kotak besar dan 3 kotak kecik rasa macam hilang satu kotak besar tu ada sesapa alih kan ker? nak tuduh sapa kan? semua orang sibuk pindah.. moga-moga ketemu la kotak tu dalam masa terdekat ini 'kotak...............oooooooooooooooo kotak.mana ko nyorok ni'. ...........ini bukan kotak yang aku cari........

Sms Yang Membawa Padah

aku dapat ni dalam emel.reaksi pertama terus 'eh!biar betul.macam tak caya je' sebabnya..aku adalah pengguna henpon yang lebih suka bersms dari ber koling-koling.aku ngan cik abe pun suka sms kecuali kalau benda urgent yang memerlukan jawapan dengan kadar segera.haruslah kena call jugak kan.. kalau takat nak bagitau yang petang balik keje dah sampai umah ke belum @ saja-saja nak gediks-gediks kami sms je ;) *malu* cam tak caye kan? pasni nak call terus la..konfem bil melambung pesanan khidmat masyarakat: jangan bersms semasa memandu

Cara Mengadap Komputer

mood: okey dah nak balik pun.mata pun dah penat dan rasa pedih macam masuk pasir halus...huhu.hari ni banyak tengok nombor.kan bagus kalau nombor2 itu boleh bertukar jadi RM$$ contoh diri sendiri: DULU.. aku keje shift,duduk kaunter depan..hanya mengadap pelanggan.. jarang-jarang ngadap pc sebab keje selalu tukar-tukar. semalam ngadap pc buat report. hari ni ngadap karenah pelanggan esok pun buat menda lain dulu aku tak tahu sangat kegunaan internet sesekali bukak internet aku tak tahu nak cari apa dalam tu dan mata aku juga tak rabun..tak pakai spek.. satu kilometer pun masih nampak lagi object SEKARANG.. 7 tahun selepas itu aku masuk keje opis hour (keje pejabat la senang citer) ngadap pc dari jam 8.30 pagi sampai jam 5.30 petang tak lama pun..2 tahun selepas hari pertama lapor diri aku dah tukar jadi 'budak kacamata'eh silap 'mak budak kacamata' sesekali aku cuba tak nak pakai spek ..orang kata aku sombong sebab diorang senyum aku buat derkkkkkkkk power

Berapa Inci Tumit Kasut Anda?

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..apa khabar korang?seronok ke beristirehat 2 hari bersama yang tersayang?haruslah seronokkan..bukan 'se'ronok je tapi beronok-ronok.ada ke ayat macam tu? pepagi dah semput naik tangga..rasanya dah lama tangga bergerak kat opis ni rosak.kenapalah tak di repair-repair lagi.tahu tak betapa siksanya naik tangga (macamlah tinggi..2 tingkat je pun.hehe) .nak pulak datang hari gatal nak pakai kasut bertumit.huhu bukan tak tahu,aku ni bukan sesuai sangat pakai kasut bertumit.biasalah..dah rasa baik sikit belakang tu mulalah gatal nak pakai selipar@kasut bertumit..sakit belakang kena masuk fisio balik baru padan muka.huhu sebenarnya..ada baju yang sesuai pakai ngan kasut leper dan ada baju yang sesuai pakai dengan kasut bertumit.tak gitu?sebab tu aku selalu jugak dengar orang kata 'keyakinan diri bertambah bila bakai kasut tinggi'.penah dengar tak? agak-agak dah baca artikel ni nak pakai kasut bertumit lagi tak?tapi kalau leper sangat pun tak elok jugak

Dear Follower.........

kemain lagi..bajet macam la blog hebat ada ratus ribu punya follower.huhu.tapi setakat 195 follower ni,aku dah gembira sangat.ingat senang ke orang nak follow kita walaupun cara follow tu tak susah mana..sekadar klik je.tapi kalau aku sendiri pun bukan semua blog yang aku masuk itu,aku follow..memilih jugak tau.cuma bila ada yang masuk blog aku dan siap pesan 'ai follow u,nanti follow la ai balik'.rasa macam sedikit pelik pun ada ..dah macam kena paksa pulak.rasa serba salah tak follow..nampak tak dalam kes begini,aku jenis tak sampai hati nak hampakan permintaan orang. TAPI..ada tapi tu yer,kalau boleh..dah follow tu jangan lah pulak bila aku klik kat icon blog korang tu tapi url nya tak keluar.ajak aku main nyorok2 ke?janganla gitu..awak dah baca cerita kita,kita pun nak baca cerita awak jugak boleh? selamat berhujung minggu..tekak rasa macam nak makan nasi arab la.emm..kemana kita?

Rezeki Setiap Orang Itu Tak Sama

masa baca blog seorang kawan yang aku kenal sejak memula buka blog tahun 2006 , aku terfikir tentang sesuatu..betapa mahalnya dan banyaknya RM$$ yang dikeluarkan untuk mendapatkan seorang anak bagi yang susah nak dapat. TAPI..pada masa yang sama -ada orang yang 'sangat mudah' mengandung,bersalin dan membuangnya tanpa rasa bersalah. -ada orang yang terpaksa pakai dan makan ubat untuk elak dari mengandung -ada yang 'takut untuk bersama' sedangkan hati menggebu2 ingin bersama tapi dalam masa yang sama takut akan uwek-uwek tanpa di rancang. sesungguhnya..rezki Allah itu ada dalam berbagai bentuk.ada dalam bentuk harta yang melimpah ruah sampai tak abis makan 7 keturunan,ada yang berbentuk kesihatan dan ada yang berbentuk anak berderet sampai lupa nama anak-anaknya. sungguh besar kuasa Allah.aku sangat kagum dengan pasangan yang sentiasa berkasih sayang sesama mereka walaupun tanpa kehadiran cahayamata.bukan kasih semata-mata kerana ada ANAK walaupun ramai yang kata &

Hari Ni Aku Raya dan Cara-cara Mengorek Telinga

boleh gitu?Ramadhan lagi sebulan tetiba dah raya ;) Taklah..sebenarnya nak citer yang semalam aku baru je abis ganti posa Berlagak la kan sebab dah abis ganti sedangkan orang lain dalam bulan Syawal pun dah abis ganti siap ngan posa 6 lagi.huhu..malu pada yang belum ganti..cepat ganti (wah!berlagak tu sebab dah abis ganti posa) masa aku posa semalam..aku lalu depan satu kafe.selalu okey je lalu situ.tapi bila posa rasa lain sangat.mana tidaknya..bau nasi lemaknya menyucuk-nyucuk hidung aku.rasa macam nak tapau untuk buka posa tapi melampau la kan.masa tu baru kul 9.00 pagi..sah2 basi bila nak makan masa buka posa.itu memang dugaan.sebabnya..bila aku lalu pagi ni,baunya tak la sehebat semalam.sebab aku dah tak posa...nampak tak kat situ,semuanya dugaan bila kita sedang posa.semua nampak sedap..hatta pucuk jambu pun nampak sedap macam daun salad..hehe semalam aku buka posa dengan nasi goreng sardin yang dipuji sedap tahap langit ke 7 oleh si abam,katanya 'abang tak boleh nak berc

Maaf,Saya Bukan Cik Suraya

ni la masalahnya kalau kita baru beli @ register simkad phone baru.sebulan dua pakai mesti akan dapat call mencari owner lama nombor ni. aku ni baru je pakai postpaid.selama ni pakai prepaid je.senang sikit pakai postpaid ni,jimat untuk seisi keluarga tapi tak berapa nak jimat kalau tak pandai guna.maklumlah..sepanjang masa boleh call tanpa perlu risau top up abis.jangan nanti menangis bila sampai bil dah la yer ;). aku register postpaid bulan lepas..tapi dalam seminggu dua ni asikla dapat call dan sms mencari cik sue @ nama penuhnya Suraya.kejap lelaki,kejap pompuan..tapi aku tak marah pun.aku paham mesti orang yang call tu ada hal sebab tu mencari dia.yang call pun cakap baik-baik maka baiklah jawapannya. kring..kring kring..kring eh silap..ringing tone dinyanyikan oleh Adele 'selamat pagi.boleh bercakap dengan Cik Suraya?' 'maaf ye.salah nombor.saya bukan cik Suraya.saya baru je daftar nombor ni bulan lepas'. 'oh ya.maafkan saya (sila baca dalam intonasi

Abam Puasa..Puasa Apa?

aku rasa tak lama lagi blog ni akan bertukar jadi blog si abam.asyik citer pasal dia je semenjak dua menjak ni..ni pun ada lagi kisah dia.. KISAH PETANG SEMALAM.. ambik anak2 kat umah pengasuh macam biasa.tapi pengasuh tanya aku '.....(nama sebenar)irfan puasa hari ni......(nama sebenar) tahu tak?akak suh makan balik sekolah tadi pun dia tak nak..katanya dia puasa' aku?terkejut badak.puasa apa pulak ni?aku pun tak tahu menahu.yang aku tahu,aku ada sehari lagi posa lom ganti..tapi umienya tak posa,anaknya pulak yang posa. aku tengok muka dia pucat sangat.aku tanya dia 'abang posa apa ni?sapa suruh?abang tak cakap pun kat umie yang abang nak puasa hari ni..kalau nak puasa kena sahur.mana boleh puasa tak sahur.nasih baik abang tak pengsan kat sekolah tadi' dia diam sambil air mata meleleh pandang aku.sepatah pun dia tak jawab.balik umah kebetulan dah nak azan..aku hidangkan nasi ayam + murtabak daging (kebetulan singgah pasar malam) .dia makan dengan sungguh berse

Pengorbanan Seorang Bapa

comel je..anak sapa la ni aku dapat gambar ni dalam emel..tetiba aku gelak sensorang.korang agak la kenapa aku gelak?

6.45? Oh..Tidakkkkkkkkkkk

malam tadi layan Korea punya pasal..aku tido jam 1.00 pagi.dan pagi ni..aku terjaga jam 6.45 padahal dah kunci jam kul 6.00 pagi.huhu.hero pulak tah apa angin..susah pulak nak bangun pagi ni.selalu okey je..penat main la tu kot.aku tengok uniform sekolah dia semalam punyalah kotor,macam berkubang pun ada..dah tukar dari kaler putih kepada kuning tanah..aduhai,abam........ sib baik abam tak kena tinggal ngan van sekolah dan nasib baik umie pun tak kena tinggal oleh kawan.aku tak suka orang menunggu aku..kalau rasa macam tak sempat je,aku akan cakap kat kawan 'u go first..i go second' .segan woo rasa macam menyusahkan orang sib baik pagi ni adik tak meragam.dia syok je layan botol susu sambil berkepit celah ketiak ayah.dia tak peduli pun umie nak gi keje.kalau tak mesti umie kelam kabut bila adik nak umie hantar ke umah pengasuh.. walaupun bangun lewat dan semua keje kena buat dalam gear 5..tapi selamat sampai opis jam 8.00 pagi.hehe *cepatlah abis citer Miss Ahjumma ni..ada

Kerana 1 Nombor

Kadang-kadang aku fed up bila berurusan dengan sesuatu perkara yang melibatkan dokumen.Nak pulak kita kena turun naik pejabat untuk menguruskannnya. Pagi ni..aku lambat datang keje kerana ada sedikit urusan dengan 'pejabat simpan duit hari tua'.kerana 1 nombor yang disalah taip oleh pihak Bank maka urusan tak dapat diselesaikan.manalah kita tahu akan ada kesilapan dalam setiap baris tu.Sepatutnya pihak bank check dulu setiap no dan baris dalam surat sebelum pos kepada pelanggan. Kerana 1 nombor tu maka permohonan di tolak.Ish geram tau..Ini mesti si tukang taip surat tu buat keje sambil lewa.Buang masa,buang minyak dan tenaga aku je hari ni.Huh..hangen betul.Dahlah cuti sikit..sib baik urusan selesai dalam masa 2 jam so tak perlulah aku ambik kalau tidak,tak pasal-pasal aku kena ambik cuti setengah hari. Aduyai..sabar jelah.Nampak gaya kena pegi ngadap lagi satu kali.Selagi urusan tak selesai nak buat keje lain pun tak tenang tau Maaf la lepas geram kat sini.

Jerebu Datang Lagi

Sabtu lepas kami ke Cheras tapi bukan ke umah MIL..kami ke umah SIL area dekat Bdr Tun Razak jugaklah.MIL ada sana dan suh kami datang je umah SIL sebab katanya SIL ada masak kari kepala ikan..so kami tengah free teruslah zassssssss ke sana. sepanjang perjalanan ke sana nampak berkabus dan mendung je.aku ingat hari nak hujan.tapi bila on radio,katanya jerebu melanda negara kita.ni mesti jiran sebelah bakar sampah.paling teruk area Lembah Kelang.patutla pagi tu aku yang dah mendobi 2 mesin kain dengan harapan panaslah hendaknya masa nak menyidai.tapi sampai jam 10.00 pagi matahari tak jugak muncul.ingatkan nak hujan..rupanya mendung kerana jerebu. rasanya hampir tiap tahun kita menghadapi masalah sebegini.dalam keadaan jerebu macam ni kena jaga kesihatan.banyakkan minum air.sikenit dah kena dulu.. 'mie.ate akit' katanya.bila belek,matanya bertahi kaler hijau dan badannya sudah sedikit panas.angin kejap aku bila nak lap buang tahi mata dia ngamuk tak bagi.bawak ke klinik,kata

"Cuti La Umie" kata Abam kepada Umienya

PAGI NI...bangun tido macam biasa.kejut abam untuk ke sekolah.abam pun tak banyak ragam bangun mandi,solat dan bersiap.bekfes roti sapu planta dan segelas air milo.kul 7.00 pagi dia dah tercongok depan pintu tunggu van sekolah datang.umie pula dah siap berbaju kerja tapi masih sempat bergolek-golek atas sofa main peluk2 dan cium2 dengan adik. 7.10 abam masuk dan cakap 'abang dah agak.ari ni cuti la umie.acik tu yang cakap ari ni cuti' .Umie pun terkedu 'cuti apa?kejap umie call kawan umie'. kata kawan 'yelah cuti ari ni.awak tak tahu ke ari ni N9 cuti' .aku ingatkan cuti keputeraan tapi check kalendar rupanya cuti Isra' Mikraj (hanya untuk negeri Sembilan,Kedah dan Perlis sahaja) ..tq untuk yang komen dah perbetulkan entri aku tadi..nampak sangat aku tak prihatin.huhu.. maafkan umie ye shayam..manalah perasan sebab umie kan keje kat negeri Selangor..Selangor tak dapat cuti.hehe gambar hiasan :abam..masa umur 8 bulan dan kini,7 tahun..apa bezanya?

Beg Sekolah Dalam Tong Sampah

PAGI JUMAAT YANG MULIA.. patutnya mood aku pun ceria sebab last day keje untuk minggu ini dan esoknya hari cuti boleh riang ria bersama yang tersayang dan tak lupa hari tukar kerjaya sebagai suri rumah sepenuh masa. TAPI ...ada tapi tu..pepagi lagi suara aku dah bergema dalam bilik abam.dari malam tadi masa mengemas beg sekolah dia aku tercari-cari 'kemana pergi beg sekolah agamanya?' tapi malas nak kejut tanya dia..maklum dah kul 11 malam. setiap pagi masa hantar si adik,ada 3 biji beg aku kena bawak sambil pimpin dia. beg baju adik beg baju abam beg sekolah agama abam (kecuali hari rabu dan jumaat je ..takde sekolah agama) balik dari rumah pengasuh petang semalam aku cuma pimpin adik dan bawak beg baju adik.selalunya abam akan bawak balik sendiri beg sekolah pagi,beg sekolah agama dan beg baju dia..bukan berat pun.kata hero ;).so aku tak perasan petang semalam dia cuma bawak 2 beg je tanpa beg sekolah agama.masa nak kemas buku baru perasan beg sekolah agama takde pagi

Evening Primrose Oil (EPO)

PAGI NI..cuba ubah rutin,sentiasa ingat untuk makan ni..beli je pandai,makan culas.boleh? bila nak abis agaknya ni?ini baru botol pertama tau Apa kebaikkan Evening Primrose Oil (EPO)?kalau rajin sila baca kat SINI , SITU dan juga SINUN ..tak rajin nak klik?takpe aku rajin so aku copy paste untuk korang.. *-------------------------* Kebaikan Dan Khasiat Evening Primrose Oil (EPO) Kebaikan EPO Terhadap Kesihatan kulit Evening primrose oil pada awalnya digunakan secara meluas untuk mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan, kulit kering dan berkeruping (scaling) serta alahan. Kajian saintifik telah membuktikan Evening Primrose oil (EPO) mampu mengurangkan symptom eczema dan dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit. EPO baik diamalkan oleh kanak-kanak dan dewasa yang menghadapi masalah kulit. Kebaikan EPO Melegakan Symptom Prahaid (Pre Menstrual Syndrom) Kajian saintifik membuktikan EPO mampu membantu wanita yang mengalami symptom pra-haid (premenstrual syndrom PMS)

Yahooo..Saya Menang Keta (dalam mimpiku..bukan mimpimu)

alhamdulillah..keje wajib dah setel.legaaaaaaaaaaaa so boleh update satu entri lagi.hehe korang tahu tak kul bape aku sampai umah semalam? mana la korang tahu sebab aku tak citer kan? meh nak citer..aku sampai umah kul 8.20 malam tak terkejut?emmm... mungkin bagi orang lain itu takde lah lewat mana pun tapi bagi aku sangat lewat okey abis keje kul 5.30 petang kalau aku ada keta sendiri tepat jam 5.30 aku dah start engin tau eh!bagi extra 10 minit la.. menapak dari opis ke parking dan panaskan engin keta dalam 20 minit aku sepatutnya dah sampai umah itupun kalau tak singgah mana-mana la tapi....huhu sedar diri menumpang orang takkan nak suruh dia ikut time aku pulak kan selalu pun memang tak balik awal pun paling awal sejak aku tumpang kawan ni..kul 6.30 petang la sampai umah itupun dah rasa seronok gila..dapatlah bawak si kenit pusing taman jap sementara tunggu jam kul 7.00 paling lewat aku penah balik sebelum ni jam 7.30 malam rasa bersalah sangat kat anak-anak dan juga pengasuh w

Kampung Itu,Selepas 20 Tahun Berlalu

lalalalala.........gembira la sebab masuk-masuk keje dapat 'hadiah'dari sorang akak yang baru balik cuti-cuti ke Beijing.emm..boleh buh telekong..cantik kan?tq kak ;) okey nak sambung citer yang dah nak basi.ni sambungan Walimatul Urus Sepupu Di Pahang yang aku pegi Sabtu lepas.majlis besar hari sabtu,akad nikah hari Jumaat tapi Jumaat tu aku masih keje,so takdelah dapat tengok sepupuku itu berjabat tangan dengan tok kadi. JUMAAT..lebih kurang jam 9.00 malam,kami (aku dan 4 orang adik) konvoi 2 keta ke Pahang.dan sorang sepupu yang duk Gombak pun join kami kat tengah jalan.aku bajet perjalanan dalam 5 jam la kot sebab aku ingat kami akan lalu jalan biasa yang selalu guna balik kampung tu.rupanya aku silap,kami lalu jalan lain..terus ke Jerantut.tak lalu Bentong pun. perjalanan lancar..kejap je dah jumpa kampung MakNgah lepas pekan Kuala Krau tu.dalam 3 jam setengah la perjalanan kami.kawasan kampung ni join ngan felda tapi rumah diorang jenis rumah kampung bukan jenis

Aku Pagi Ini.............

sebelum tulis.gugel imej mengantuk.okey,dah jumpa..yang ni comel sikit.hehe shomelnya dia.. sangat mengantuk pagi ni.sampai opis awal,kul 8.00 pagi dah sampai..terus lari laju-laju tuju ke surau..dapat lah 1/2 jam..sib baik jugak sedar 8.30 pagi..kalau lelap sampai 11.00 pagi konfem kena ambik cuti 1/2 hari.huhu tak pasti ini gara-gara 1-ubat selsema yang aku telan sebelum tido malam tadi atau 2-kerana banyak belasah durian petang semalam atau kerana gabungan kedua-duanya sekali (dulu-dulu orang tua kata jangan makan ubat lepas makan durian.nanti mabuk.betul ke?fakta @ auta?) sebenarnya nak citer pasal kenduri kat Pahang sabtu lepas..nantilah kendian aku citer.kul 1.00 aku nak gi surau sekali lagilah..........oh!sangat tak produktif ini hari maafkan saya bos :(

Walimatul Urus Sepupu Di Pahang

Esok aku cuti..nak makan angin ke Pahang.hehe..hebat kan?baru je balik makan angin kat Langkawi pastu nak makan angin ke Pahang pulak.jangan cayalah..aku ke pahang nak makan nasi minyak.. kalau takde aral malam besok kami bertolak ke Pahang,daerah Jerantut kalau tak silap aku..sebenarnya last aku pegi rumah mak sedara yang aku panggil Mak Ngah tu (kakak mak aku..sebapa tapi ibu lain-lain) ialah masa umur aku 13 tahun.gila lama kan?maknanya dah 20 tahun aku tak kesana.bukan tak jumpa MakNgah selepas tu cuma tak ke rumah dia je..masa arwah atok ada,mak ngah n family selalu datang kampung kami sbb arwah tok tinggal ngan nenek aku kat Kelantan. yang nak kawen ni anak dia yang no 7 kalau tak silap aku.dia tua setahun je dari aku.dulu zaman kecik-kecik kawan sesama panjat pokok.budak-budak zaman dulu tak sama dengan budak-budak zaman anak aku..lelaki dan pompuan sama ganas je..mandi sungai,panjat pokok tu biasa bagi budak kampung. agak-agak macam mana la rupa sepupu aku lepas 20 tahun k

Tido Abam Bernilai RM 150

okey..aku free sekarang (eh!macam ada keje lom siap je.tapi takpe..esok masih ada.ada kah?). so aku nak citerlah apa yang berlaku masa kami kat sana sebelum aku lupa.rasanya aku takkan lupa kisah ni bila tengok muka si abam. watak utama cerita satu petang yang mendamaikan menjadi kecoh tetiba yang bertajuk 'Tido Abam Yang Bernilai Rm150'. kisah berlaku pada HARI PERTAMA DI LANGKAWI masa kami singgah depan WaterWorld Duty Free Shop nak beli cokolat tu.budak2 dah nampak keletihan lepas makan..dahlah sebelum tu sibuk berendam..muka masing2 dah mengantuk tapi kakak dan adik nak jugak ikut aku masuk beli cokolat.tapi abam tak nak ikut.so tinggallah dia dengan en abe. lepas je aku beli cokolat tu dan ontheway ke keta,aku nampak dari jauh cik abe sedang mengetuk cermin keta..dalam hati dup dap dup dap..hati aku dah boleh agak 'sah budak bertuah ni dah tido dan pintu keta terkunci'. hati ibu ni memang istimewa.dan tekaan aku memang tepat.rupanya dah setengah jam cik abe

Cuti-Cuti Langkawi 2D1N (Part 2)

okey..last episod cuti-cuti Langkawi.sebenarnya dah malas nak tulis,dah nak basi pun.hehe tapi blog ni adalah tempat aku mencoret kisah kami.so kenalah tulis jugak (w,pun takde sapa paksa) sebagai kenangan masa akan datang. HARI KE 2.. pagi-pagi lagi lepas bekfes anak-anak mintak nak berendam.so layankan jelah..sampai kul 11.00 pagi duk berendam.kecut segala jari jemari pun tak nak naik..si kenit pun sama naik dengan kakak dan abam.aku dah jegil-jegil mata barulah naik.ish ish ish.. balik bilik,siap-siap untuk check out.pastu terus ke tempat cable car.sebelum naik..pusing-pusing kat bawah dulu..makan kenyang-kenyang sebab dah boleh agak kalau naik atas nanti konfem segalanya menjadi mahal.lepas makan macam biasa la,bergambar kenangan katanya.hehe abang ambik gambar ala-ala hero hindustan :) pastu jom naik cable car.baru ku tahu kalau tak tunjuk ic harga jadi lebih mahal.sib baik kami bawak ic( eh!ada ke orang jalan-jalan tak bawak ic?).mykid adik dan abam memang ada dalam purs

Cuti-Cuti Langkawi 2D1N ( Part 1)

sebelum bercerita..nak tanya,lawa tak pouch henpon aku?sila angguk laju-laju..rm15 mintak kurang dapat rm12.ada 2 poket untuk henpon dan 1 poket untuk duit.ai like :) Okey..lupakan pasal dashboard yang menghilangkan senarai blog yang aku follow tu.suka hatilah dia nak hilang ke hapa..jangan hilang terus blog ni sudahlah..jom sambung citer semalam. dipendekkan cerita,maka bercutilah aku hari khamis dan jumaat minggu lepas.ambik 1 hari cuti ganti -Hari Wesak dan 1 hari cuti tahun yang dah tak berapa nak ada tu.huhu (sedih mengenangkan cuti makin menyusut sedangkan Disember masih ada lagi 6 bulan) . berfoto dulu ye anak2..maaf gambar gelap Pagi Khamis.. jam 8.30 pagi kami pun 'terbang' dan 9.30 pagi tepat,kaki pun menjejak tanah tempat tumpah darah Mahsuri.untuk kali ke berapa ntah bagi en Abe ke Langkawi sebab katanya masa kecik2 dulu dia selalu mengikut makcik/pakciknya yang duk sini.selalu la kot datang bila cuti sekolah.tapi ini kali ke3 bagi aku,kali ke2 bagi kakak/a

Mane Pegi Semua Blog Yang Aku Follow?

masuk-masuk keje..cam biasa la..plan apa yang perlu buat hari ni,apa yang patut buat dulu dan apa yang patut buat kendian tapi dalam buat keje tu sempat jugak curi-curi log in blog.hehe..TAPI.....................aku pelik,nape kat dashboard tu senarai blog yang aku follow dah hilang?uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa bukan sikit blog yang aku follow.banyak tu...lebih dari 300 kalau tak silap la..ish.camner nak buat ni?help help help....