Skip to main content

Kerana 1 Nombor

Kadang-kadang aku fed up bila berurusan dengan sesuatu perkara yang melibatkan dokumen.Nak pulak kita kena turun naik pejabat untuk menguruskannnya.

Pagi ni..aku lambat datang keje kerana ada sedikit urusan dengan 'pejabat simpan duit hari tua'.kerana 1 nombor yang disalah taip oleh pihak Bank maka urusan tak dapat diselesaikan.manalah kita tahu akan ada kesilapan dalam setiap baris tu.Sepatutnya pihak bank check dulu setiap no dan baris dalam surat sebelum pos kepada pelanggan.

Kerana 1 nombor tu maka permohonan di tolak.Ish geram tau..Ini mesti si tukang taip surat tu buat keje sambil lewa.Buang masa,buang minyak dan tenaga aku je hari ni.Huh..hangen betul.Dahlah cuti sikit..sib baik urusan selesai dalam masa 2 jam so tak perlulah aku ambik kalau tidak,tak pasal-pasal aku kena ambik cuti setengah hari.

Aduyai..sabar jelah.Nampak gaya kena pegi ngadap lagi satu kali.Selagi urusan tak selesai nak buat keje lain pun tak tenang tau

Maaf la lepas geram kat sini.

Comments

Hal2 berkaitan duit ni mmg sgt sensitif. Tp mslhnye klu kecuaian org lain, tempias pd kite, mmg hampeh lah rs nye kan??
Hanis Azla said…
itulah pentingnya kepekaan kan irfa.. kerana 1 nombor, boleh menyusahkan org lain.. aduhai.. semoga dipermudahkan segala urusan irfa selepas ini hendaknya.. insyaAllah.
tension kaannnnn....diaorg ni mmg suka buat kerja sambil lewa...kita yg susah....
Kakcik Seroja said…
Sabar... sabarrr... :)
Unknown said…
boleh mandi darah wooo bab macam ni..hehe..

bulan lepas gaji kena potong sbb HR sala kira gaji..terlebih bayar selama dekat nak setahun..bila potong dia potong sekali gus... boleh? grrr...tak pasal pasal..
Aidah said…
Biasalah tu Irfa. Akak hari tu terpaksa berulang alik ke Puncak Alam tempat anak study utk settle masalah kad atm BIMB dia. Sebab tak pernah guna sejak 3 tahun lepas, maka dia block aje kad tu. Panic kejap anak akak sebab duit elaun KPT semua masuk situ. Alhamdulillah dapat selesaikan.
Irfa said…
FARA..
nak ambik duit sendiri pun sikit punya susah
lagi sakit ati sbb silly mistake..mmg bakar darah je
Irfa said…
KAK HANIS..
rasa mcm nak je saya call 'tukang taip' tu bagi sepatah dua kata.hehe
Irfa said…
MISSY MELLY..
bukan dekat2 nak berurusan tu..
saya pun keje admin saya tahu staff yg taip tu mesti taip sambil lewa je..kalau dia check betul2 takkan jd macam ni
Irfa said…
KAKCIK..
dah double sabar dah pagi ni
dah petang sejuk la sikit.hehe
Irfa said…
RAI..
kes ko lagi bakar darah.
nak potong lajuuuuuuuuuuuuuu je
apsal dah setahun baru tahu silap?ko tak perasan ke gaji terlebih?
Irfa said…
KAK AIDAH..
sebenarnya benda2 macam ni sengaja dirumitkan pdhal kalau nak dimudahkan tak susah mana pun..kita buat dia.betul tak?
alhamdulillah..dah setel mslah akak tu.kes saya ni nampak gaya kena buat balik la next week
Lady Windsor said…
Rasa ralat sungguh kalau berlaku kes kecuaian macam ni...anyway Irfa saya pun lepas geram kat blog juga...:) Cool ya!
Mak Wardah said…
Irfa,
sabar ye, akak baru2 nak tukar IC datang pukul 8.30 pagi selesai 3:15 pm. Penat sgt2 rasa nak marahpun ada. JPN improvelah service...akak pergi office balik pukul 7:45 malam. hangen jugak
Irfa said…
MAK WARDAH..
cawangan mana tu?so far jpn area saya ni okey je
mungkin x ramai org kot.betul tu..menunggu lah yg paling saya tak suka
Irfa said…
LW..
hehe..blog saya nu dah rupa Fb..marah + geram + suka..semua kat blog
dah cool pun ;)
HeNRieTTa JoSe said…
biasa la 2...walau 1 no....susahnya ya amat....

PSSS...rietta dah upload picta Origami -> Monster

PSSSSS...thanks for the follow....follow u back...
Irfa said…
Rietta..
stq sudi follow.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...