Skip to main content

6.45? Oh..Tidakkkkkkkkkkk

malam tadi layan Korea punya pasal..aku tido jam 1.00 pagi.dan pagi ni..aku terjaga jam 6.45 padahal dah kunci jam kul 6.00 pagi.huhu.hero pulak tah apa angin..susah pulak nak bangun pagi ni.selalu okey je..penat main la tu kot.aku tengok uniform sekolah dia semalam punyalah kotor,macam berkubang pun ada..dah tukar dari kaler putih kepada kuning tanah..aduhai,abam........

sib baik abam tak kena tinggal ngan van sekolah dan nasib baik umie pun tak kena tinggal oleh kawan.aku tak suka orang menunggu aku..kalau rasa macam tak sempat je,aku akan cakap kat kawan 'u go first..i go second'.segan woo rasa macam menyusahkan orang

sib baik pagi ni adik tak meragam.dia syok je layan botol susu sambil berkepit celah ketiak ayah.dia tak peduli pun umie nak gi keje.kalau tak mesti umie kelam kabut bila adik nak umie hantar ke umah pengasuh..

walaupun bangun lewat dan semua keje kena buat dalam gear 5..tapi selamat sampai opis jam 8.00 pagi.hehe

*cepatlah abis citer Miss Ahjumma ni..ada lagi 43 episod.aku dah tak larat asik tido lewat je*

Comments

Anonymous said…
oo..layan miss ahjumma rupanya..=)
ZieMarziah said…
salam kak irfa..
ha 2la penangan cite korea hehehe sampai terbabas.btw tahniah slmt sampai kul 8 hehehe mmg hebat
Adehhhh! Korea punye psl la ni?

Ape?? 43 episod g? Naya!
*SiRibenMerah said…
best kan citer tuh... hehehehe~
slamat speedy in da morning sis~
Lady Windsor said…
hahaha kes terbabas lah ni ya..irfa saya bangun jam 5 setiap hari kalau tidur sebelum jam 12 malam tapi kalau tidur selepas jam 12, akan terbabas sehingga 7 atau 8 pagi...
Unknown said…
mak oii..lagi 43 episod..aritu aku tengok cite secret garden 25episod pun aku da nak give up.. haha..tobat aku ngeri nak start tengok cite korea..
NenetPenne (NP) said…
ha ha ha...
tolong tengokkan untuk i yer citer tu...
Leney said…
Channel berapa?
Irfa said…
LENEY..
channel 393
pastikan ada astro beyond dan HD tv
Irfa said…
Cheqna..
tersangkut dr episod 1 sampai sekarang
nanges nak tunggu final..semuanya 103 episod
huhu
Irfa said…
SHAHZEE..
tu lah pasal
sendiri cari pasal ;)
Irfa said…
FARA..
ye..gelak sambil lap air mata.
Irfa said…
SIRIBEN MERAH..
mmg terbaek setakat ini
rasa mcm nak beli dvd je..simpan sbg koleksi
Irfa said…
LW..
kalau terjaga 5 pagi saya akan paksa mata utk tido balik
hehe..rasanya jam dah bunyi tapi ambik extra tu yg terbabas :)
Irfa said…
RAI..
aku x penah tgk secret garden
dan tak semua citer korea yg aku tengok
pilih2 jugaklah..tak suka citer cinta yg meleret
aku lebih suka yg berunsur kekeluargaan ;)
Irfa said…
NET..
okey..rasanya 43 episod tu ambik masa sebulan lagi la baru abis
Leney said…
patutler tak pernah tengok...ambe takdok AStro..hehehe...yng kat tv8 tu dialih bahasa ke bahasa cina lak...mana best.
Aidah said…
Akak tak dapat pun channel tu tapi ada jugak masa ralit melayan box set citer kelakar sampai tak perasan waktu berjalan.
bangsawan nilai said…
isy irfa ni aku tengok bola pun tak terlajak...6:45 aku dh nak sampai ofis pun.
Irfa said…
Leney..
kalau ada astro beyond tapi tv biasa pun xleh tgk jugak ;)
dia nak tv HD
Irfa said…
kak aidah..
mmg melekakan sangat bila dah tersangkut ngan citer korea ni
Irfa said…
BANGSAWAN NILAI..
mmglah ko tak terbabas sbb wifey ko yg kejut kan?
betul tak?
Anaasuria said…
haha.. akak hari ni 6.40 cepat 5 minit dari irfa... kunci pun kol 6 gakk.. kehkeh.. lambat cemana pun, tetap boleh kejar waktu, kan kan .. terbaekkk.. kekeke..
Ummi said…
irfa, kena ambik package yang ada PVR gak kot, dulu akak tak dak gak package ni, bil bulanan astro akak 90 lebih, sekali masa jalan2 ada adik astro datang approach akak yang ada package baru 125 sebulan dan dapat pvr free, apa lagi akak grab, dapat banyak channellah, movie plus sport :) so letih lah melayan tv, akak cakap kat anak2 tak leh tengok wayang dah kena tengok astro aje. tapi berbaloi lah....

tapi yang akak geram kat batrisya, dia pun layan korea gak, melekat kat tv. ni yang mak cik nak lock astro ni :(


akak tengok cerita korea yang telah di rekod, akak rekod full episode, so bila2 time free mak cik layan
Irfa said…
KAK UMMI..
oh gitu ker?
saya pakej basic je..takde sukan takde katun
dah potong pun sbb rasa mahal pulak :)
penah dapat offer tu..sebulan jugaklah boleh tgk semua channel
tapi bila dh byk sgt..dah tak tahu nak tgk mana satu :(

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...