Skip to main content

Cara Mengadap Komputer

mood: okey dah nak balik pun.mata pun dah penat dan rasa pedih macam masuk pasir halus...huhu.hari ni banyak tengok nombor.kan bagus kalau nombor2 itu boleh bertukar jadi RM$$




contoh diri sendiri:

DULU..
aku keje shift,duduk kaunter depan..hanya mengadap pelanggan..
jarang-jarang ngadap pc sebab keje selalu tukar-tukar.
semalam ngadap pc buat report.
hari ni ngadap karenah pelanggan
esok pun buat menda lain
dulu aku tak tahu sangat kegunaan internet
sesekali bukak internet aku tak tahu nak cari apa dalam tu
dan mata aku juga tak rabun..tak pakai spek..
satu kilometer pun masih nampak lagi object

SEKARANG..
7 tahun selepas itu aku masuk keje opis hour (keje pejabat la senang citer)
ngadap pc dari jam 8.30 pagi sampai jam 5.30 petang
tak lama pun..2 tahun selepas hari pertama lapor diri
aku dah tukar jadi 'budak kacamata'eh silap 'mak budak kacamata'
sesekali aku cuba tak nak pakai spek ..orang kata aku sombong
sebab diorang senyum aku buat derkkkkkkkk

power kiri dan kanan 125
sekarang ada sikit rasa tak selesa
adakah power makin naik @ sudah turun?
atau mungkin juga faktor umur yang semakin muda.hehe
emm ..tak pasti sebab apa lagipun belum pegi check

emmm........(mengomel je mak encik ni)

balik dulu la ye..babai,jumpa esok jika masih ada umur ;)

Comments

ckLah @xiiinam said…
Dah sai masa tambah mata kot, macam ckLah...bermata empat.

:-)
Zakiyah Zainon said…
pakai contact lens, power lambat naik sebab fokus hampir dengan kanta...tapi jangan pakai yang colour
Unknown said…
makan bilberry tu..utk mata..

aku power 200 rilek je tak pakai cermin mata kan..aku nampak macam gaya2 org senyum aku pun senyum..belum kenal sapa lagi..haha..
nurul said…
letih sgt kot mata tu..dulu masa sekolah setiap tahun naik 100 power mata saya..sekarang dah agak kertu power tu maintain je..tapi tiap kali kuar ofis memang mata mcm blur2 sikit pandangan..penat kot ngadap pc je..
Irfa said…
Zurina..
bye bye je ker?
Irfa said…
ckLah@xiinam..
harap2 bukan sebab power makin naik
doa2 mintak power menurun :)
mmg dah 4 mata pun..
Irfa said…
Zakiyah Zainon..
oh gitu ker?
penah pakai contact lens tapi pandai pakai belah kanan je
bila nak pakai belah kiri..tangan gigil
sampai merah2 mata baru boleh letak lens tu.huhu
Irfa said…
RAI..
ada dgr psl bilberry tu
banyak jenama jugak kan?
rega pun boleh tahan..hehe

kalau gitu ko senyum je la sepanjang jalan masuk opis ye
Irfa said…
Hai Nurul..
takde blog yer?tq sudi singgah sini..
mmg mata penat sbb ari2 ngadap blog.hahaha

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...