Skip to main content

Kenapa Korang Buat Blog?

Hai korang, sarapan apa? aku tengah heavy breakfast ni (roti telur kuah banjir) makan sambil melawat blog i' am si typo , dik..pinjam entri kamu ye. Blog dia banyak gambar cantik. Walaupun entrinya agak panjang tapi aku suka je baca  (sbb tu boleh baca bila free je) .

Dia ada buat entri ' kenapa korang buat blog?' dan tetiba aku timbul idea nak buat entri ni. Sebenarnya aku pun dah lupa penah citer ke tak sebab ' kenapa aku buat blog'. Kalau ada sila abaikan.

Once upon the time, tinggallah seorang puteri yang sangat cantik .. wajahnya bujur sireh, bermata jeli dan pipi bagai pauh dilayang di sebuah gunung. hehe. Okey, maaf gurau je. Blog pertama aku baca ialah NizamZakaria (rasanya dulu bukan blogspot, blogdrive kot. ade ke?). Masa tu aku baru masuk keje lepas bersalinkan si abam (tahun 2006). Member yang perkenalkan blog tu sebab dia tahu aku suka baca novel. NizamZakaria masa tu tulis cerpen bersiri. Paling aku ingat cerpen bertajuk Nasi Lemak kot kalau tak silap. Hari2 aku akan klik blog dia sebab tak sabar nak tahu sambungan cerpen tu, kalau dia tak hapdet maka hari2ku terasa kosong ibarat makan roti tak sapu jem. hahaha

Bermula dengan blog tu aku lompat ke blog SriDiah dan seterusnya ke blog kak Pnut. Wajib baca kisah kakPnut dan anaknya si Najmi (anak dia sorang je masa tu). Tak lama kendian aku bertukar dari keje shift ke waktu pejabat, maka aktiviti sekodeng blog orang menjadi rutin di waktu lunch. Sanggup gi lunch makan lelaju sebab nak khatam kisah blogger yang aku suka. Dari suka baca, terasa nak komen tapi taip punyalah panjang komen tak boleh masuk sebab takde google akaun. So aku yang separa celik it ingatkan kalau nak komen,kena ada blog dulu baru boleh komen. huhu.

So aku pun create google akaun dan buat blog tapi kosong takde entri. Yelah, niat nak komen je kan tapi bila seronok mengomen, rasa macam nak share kisah sendiri wpun hati berkata-kata 'hello, sapa nak baca kisah ko?' tapi ada ku kesah? nak tulis jugak. Dari blog kakPnut aku singgah semua link kawan-kawan kakPnut.

Paling ke kelakar dan agak memalukan, aku komen kat blog kak Pnut mintak dia letak link blog aku kat bloglist dia (dulu orang sebut 'sidebar'), kalau ingat balik malu wei minta orang letak link kita kat blog dia. Aku tak tahu pun yang link bloglist tu orang letak hanya untuk blog yang dia suka baca. huhu.

Apapun TQ banyak2 pada kawan2 di fasa pertama aku berblog dulu (malas letak nama sebab kalau ada yang tercicir takut ada yang kecik hati) tapi kenangan berblog tahun 2006 adalah sangat manis dan akan di kenang sampai bila2 wpun ramai dah kengkawan pencen dari blog dan kini aktif di FB sahaja. Dan tak lupa jugak pada semua yang sudi singgah setiap hari kat sini dan baca entri merapu aku wpun aku tak sempat nak singgah blog korang. Tapi percayalah, aku sayang korang semua sebab korang semua mewarnai hari2 aku macam ucapan raya la pulak

Okey, soklan pagi Khamis ni aku nak tanya 'kenapa korang buat blog?' ha jawab jangan tak jawab ada orang tu dia bukak blog sebab ada orang paksa.hahaha

# i love my blog, my blog is me ;)

Comments

NinaAz said…
Nina baru tahun ni ada ramai kawan blog. Huuuu. Mungkin sebab entri byk y merapu. So susah dapat kawan. Hahihuhihihuu
Qashmere said…
Betullah tu...I love my blog too...hehehe
izawani said…
1. Cari kawan
2. Luahan perasaan
3. Hilang tensen baca blog orang
4. Simpan entry buat kenangan...

Itu jer kot...
Anonymous said…
Salam Irfa,

Maklong berblog mulai tahun 2009 iatu itu selepas 6 bulan pencen pilihan. Rasa boring dah mula datang. Jadi mula2 BW blog orang lain dulu, lama terasa ingin buat blog sendiri. Tajuknya dari dulu hingga sekarang sama Kerdipanrohani.blogspot.com
cheqna said…
cheqna mula berblog 31 Ogos 2009...sangat aktif dulu..pastu lately macam kejap ada kejap tak de je...huhuhu
pepun berblog ni best sebenarnya...
Nieda Ramly said…
lucu pula bila irfa minta Pnut masukkan blog irfa di bloglist dia.
tak pe dimaafkan . masa tu kan masih hijau dlm berblog
Sbnrnya, pok amai-amai ni 2nd blog aku. Ms aku bujang2 dulu, mmg aku ada tulis blog. Tapi aku berhenti sbb preggy. Mabuk2 n terus jdk nyampah dgn blog aku tu. Bila dah bersalin seme, baru bt balik. Tuhlah dia pok amai-amai yg ade smpi le skg ni....
Cikda said…
cikda pun sama la dengan irfa.. dari blog ourkizuna cikda terpandang n3 irfa.. cikda pun kalau ikutkan dah lama ada akaun google..tapi tak buat apa2 pun n3.. bw je kerjanya setiap hari.. tu yg kelakar bila ada blog yg dah jadi friend kita rupa2nya dulu cikda pernah baca n3 dia yg dulu duuuuluuuuuu.....

tapi... cikda tak pernah la pulak minta org masukkan blog cikda jadi bloglist dia... hahahhaha..(sempat kutuk org tuh..)

ampun ye ifra.. salam kenal..
Balqis Nazid said…
Sejak tak kerja tahun 2008 suka sangat baca blog... Lama2 teringin nak ada bloh he..he...
PM said…
blog? untuk kepuasan diri sendiri. tapi dalam masa yang sama tak sangka dapat kawan baru melalui blog. seronok! :)
Irfa said…
NinaAz..
saya suka baca dan komen
rasa macam kita bercakap dgn tuan punya blog
ada jugak blog yg suka jawab komen
ada yang x jawab..masing2 punya selera
kalau suka komen,ada potensi tuan punya blog dtg balik blog kita
tp jgnlah niat mengomen tu sbb nak tambah follower
komen dgn ikhlas sgt dihargai ;)
Irfa said…
Qasmere..
bila tak tulis sehari,rasa ada benda tak lengkap je kan?
bila buat sesuatu hari ni,dah fikir esok nak tulis kat blog..nak letak tajuk apa
hahaha
Irfa said…
Kak Izawani..
saya pilih semua yang di atas ;)
Irfa said…
MakLong..
suka baca blog orang2 lama,banyak benda boleh dikutip
masa nak letak nama blog tu mesti buntu jugakkan
saya pun main letak je nama blog Happy Irfa (sebenarnya Irfa tu singkatan nama anak saya - Irfan)
Irfa said…
Cheqna..
ada org suka blog,ada orang suka Fb
masing2 punya test kan
setakat ni sy lebih suka blog..fb kadang2 je bukak ;)
Irfa said…
Nieda..
mmg malu kalau di kenang,tp kakpnut entah igt ke tidak kisah tu
hehe..blog kakpnut pun dah x aktif sekarang
dia kat FB je ;)
Irfa said…
Fara..
blog lama dah simpan dlm peti besi ye?
samalah..ni je yg aktif,yg lain dah simpan/delete pun ada
berblog ni ikut mood jugak
Irfa said…
Cikda..
tq singgah sini :)
salam kenal ye..
ooo x baik kutuk tau.
kenangan mintak org letak link kat blog dia tu akan sy igt smpi bila2..
Irfa said…
Balqis..
sama lah
dr suka-suka baca,tak sedar sendiri dah menulis dah lebih 7 tahun ;)
Irfa said…
PM..
ye,niat nak tambah kawan
mintak jauh dari dapat musuh
Unknown said…
aku rasa tak puas hati berblog skang..sbb tak sempat nak komen kat blog kengkawan..mencik!
Pakwang said…
Salam, tuan blog i'm si typo datang singgah sini.

Actually lepas akak dtg komen ari tu, sya pon slalu singgah sini and follow skali hehe. Tp macam biasa jd silent reader jer...

Cerita pasal akak mula2x create blog tu mmg lawak.
Tp ok la sebab akak rajin update, sya nie pemalas skit. :)

Salam perkenalan. :)
AZWAN
sweetie said…
Irfa, saya buat blog sebab nak catat momen2 indah sepanjang membesarkan anak-anak. Cuma sekarang ni tak ada masa nak menulis kisah2 lalu, kisah ketika mula berangan2 nak memiliki anak dan keluarga sendiri sebab masa tu tnet belum wujud lagi.
sudipVSsenduk said…
Tq sudi follow blog akak yg entahapehapentah.

Blog? Hhmmmm... nnti akak pikir kejap sambil minum air cool blog
MOKCIK AZWA said…
Salam Irfa,

Kenapa saya berblogging? Sebab dah jadi macam diari kot..lebih seronok daripada tulis kat buku diari sebab boleh berkongsi dengan kenkawan dan letak gambar2 buat kenang2an..lagipun masa tu macam cool lah kononnya sapa ada blog ni hahaha..

saya kadang2 rajin update, kadang2 termiss update, tapi suka lawat blog kenkawan. lepas tu jeling2 kat bloglist kawan..kalau ada yang menarik, pi meronda ke sana juga. kalau berkenan, komen dan jadi kawan..kadang2 suka pi membaca entry blogger tu tapi jadi silent reader jer.. hehehe..

lebih suka blog dari fb..entah la..ikut selera masing2..
dee said…
simpan perkembangan anak2...
cerita pasal sekolah
promote cake
Mak Wardah said…
Irfa, akak buat blog sebab suka2 tapi ingat lagi nini tolong akak and irfa antara yang pertama membaca....terima kasih irfa, akak suka baca model 80an dulu tapi sekarang tak suka lagi. Blog tu ibarat satu tempat lepaskan stress buat akak tapi terima kasih kerana turut menyokong.
Jari Manis said…
Aha..meh JM nk jawab soklan tu hee

Pada mulanya JM pun tak tahu blog memblog ni..pastu bila kawan kenalkan..tak tahu pulak nak tulis apa dalan blog kan..Pastu sejak tahun 2010 JM byk travel ke obersea..jagi mula terfikir utk simpan memori tu dalam blog dan paaa masa yang sama ingin berkongsi panduan, tips dan tempat-tempat menarik kepada rakan2 pembaca..itulah kisah nya heeeeeeeee
:: CIKVIVA :: said…
Kenapa saya buat belog??
1 - kakak sy ada belog..
2 - sy nk komen kat belog yg saya baca..
3 - nak share cerita saya..
4 - nak share gambar sebab saya suka ambik gambar..walaupun kamera cap ayam..hehe
5 - sebagai kenangan / diari hidup saya..
Skull Writers said…
Setiap dari kita ada tujuan dan sebab mengapa punya blog.
Lady Windsor said…
akak buat blog sebab memang nak tulis, akak release dengan menulis..kalau marah, tulis, kalau benci..pun tulis..kalau sayang, lagi la nak tulis..kalau rindu??owhh sudah semestinya akan ditulis dengan asyik mashsyuk...ekekekeke
mesti irfa pening baca kan..
Irfa said…
AZWAN..
tq singgah sini :)
akak tulis pendek2 je sbb tu rajin apdet
awak tulis panjang2 mesti kena cari masa betul2 free utk mengarang
Irfa said…
SWEETIE..
ramai org lama menulis sbb nak kongsi kisah lama
sbb zaman mereka muda..blog xde lagi
dan saya suka baca kisah orang banyak pengalaman ni ;)

Irfa said…
KAK SUDIP vs SENDUK
ni nak panggil apa ye?
hehe
suka tgk gambar cntik dlm blog tu ;)
Irfa said…
KAK AZWA..
ye betul
akak antara org terawal sy kenal masa memula berblog dulu ;)
Irfa said…
DEE-DEE..
hehe..tulis apa yg terlintas di kepala
kdg2 banyak merapu dr yg ilmiah
Irfa said…
MAK WARDAH..
ye ke?
sy pun suka baca blog akak sbb suka cara akak berkomunikasi dgn anak2 akak
mmg ada jugak blog yg dulunya setiap hari saya baca
tp skrg dah x baca atas banyak sebab
Irfa said…
JM..
wah dah macam jwb survey form lak ye :)
suka baca komen kengkawan ni
dulu akak selalu jalan2 tp masa tu tak kenal blog lagi
sekarang dah jarang travel jauh sbb anak skolah..so tulis citer harian jelah
nak imbas balik kisah lama..otak dah tepu nak mengarang ayat
Irfa said…
CV..
semua di atas? okey
hahaha
Irfa said…
SKULL WRITERS..
x kisahlah apa niat pun asalkan x menyusahkan orang lain
tak gitu ?hehe
Irfa said…
KAK LW..
menulis waktu marah,bila dah cool menyesal, terus delete ;)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...