Skip to main content

Belajar Menjahit

Okey, ni benda yang aku nak share .. kelas menjahit (rasa gegirl sangat masuk kelas menjahit.hehe)  

'ILMU KENA CARI, IRFA' itulah kata2 seorang kenalan yang aku kenal melalui blog sejak tahun 2006. Ada beberapa kali kami bersua muka. Kami sebaya tapi rasanya dia lebih matang dalam banyak hal. TQ Fren, u know who you are. Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan orang2 yang baik seperti korang semua yang selalu singgah baca blog aku ni.

Kalau mak aku baca entri ni, nanges bila tahu anak sulung dia yang dibesarkan dengan hasil titik peluh ambil upah menjahit baju, baru sekarang ni ada kesedaran nak belajar menjahit. huhu. 'Ma, maafkan kak' sob sob sob. Masa kecik2 (sekolah rendah) aku dah mula tolong mak menjahit, tapi paham2lah sifat budak. Cepat bosan, mana tidaknya kengkawan main lompat getah, tapi aku kena tolong mak menjahit. Dalam paksa2 tu aku mula rasa seronok tolong mak menjahit masa sekolah menengah, mak bagi aku rm8 setiap pasang baju. Yang kelakarnya, aku cuma reti jahit baju je, kain aku suruh mak jahit. haha.

Satu lagi, terima kasih pada Allah kerana mempermudahkan apa yang aku rancangkan. DIA menghantar orang yang baik-baik untuk memudahkan apa yang aku rancang tanpa di sangka. Dalam beberapa minggu yang lepas banyak perkara berlaku dalam hidup aku. Bukan semuanya bagus tapi aku ambik yang + sahaja.

Antara perkara yang aku nak buat ialah belajar menjahit, aku ada citer pada senior dan dia sentiasa bagi sokongan. Katanya, sekarang orang pandai menjahit boleh buat $$. Sebelum tu ada jugak google kelas menjahit, banyaknya area yang jauh dari rumah dan pastinya aku ada masalah transport dan yurannya pun boleh tahan.

Senang citer, aku boleh menjahit dan dah ada basic. Tapi aku fail bab potong-memotong. Mak aku puas ajar tapi ingat-ingat lupa je (banyak makan semut nih). Tak disangka, member yang aku tumpang pegi/balik keje tu citer ada orang buat kelas menjahit di opisnya setiap Jumaat (lunch time 2 jam) dengan bayaran cuma RM2. Siapa sangka peluang datang tanpa diduga.

Semalam kelas pertama yang aku attend (kelas ganti awal sebab Jumaat ada yang nak cuti). Cikgu ajar dari basic mengukur, gunting pola kertas, gunting kain dan seterusnya menjahit. Aku kosongkan otak supaya aku boleh ikut step by step. Macam kita belajar memandu kereta, w/pun dah boleh drive tanpa lesen tapi bila ke kelas memandu jangan tunjuk pandai dengan pengajar, nanti bila test dengan JPJ kantoi terus. Jadinya, dengar betul2 apa yang cikgu ajar walaupun ada step yang kita dah tahu. Cara cikgu tu mengajar mungkin tak sama dengan cikgu kita sebelum ni. Kalau kita tunjuk pandai takut info bercelaru, jadi baiklah belajar dari mula dan paham setiap step. No langkau-langkau okey ;)

buku conteng2, tulisan trengkas katanya
dah terlampau ringkas sampai sendiri tak paham apa aku tulis


Kelas HARI NI


pola baju kurung aku
lupa beli kertas putih so pakai je map lama
boleh lah dari takde 
dan sekarang tengah mimpikan ini

kawan aku kata
'masa berkobar2 nak mesin ni hari2 duk nyanyi kat telinga hasben
tapi bila dah beli..hampeh
jahit kaki seluar pun hantar kedai
sebab malas nak keluarkan mesin dri kotaknya'

saja je..baik aku buat benda lain dari beli mesin jahit ni, bukan apa takut nanti 'hot hot chicken shit je' tapi kalau habis kelas ni, dapat jahit sepasang sorang baju raya untuk aku dan anak2 dara bagus juga ni. Emm, sempat ke? Dah pandai nanti bolehla korang tempah baju raya ngan aku tapi amaran keras ye, kalau korang tempah untuk raya Posa, Raya Haji baru siap. ada berani?

Comments

:: CIKVIVA :: said…
boleh la tempah pasni dah takyah antar kat kaknor tu..hehe
Nieda Ramly said…
mesin jahit mahal dah ada...mesti jahit kaw2 lps ni
rm 2 ? mana nak dapat. murah betul.
PM said…
jahit baju ni, kalau minat memang seronok. papepun good work dan jgn putus asa ye :)

* mengadap mesin jahit antara terapi berkesan bila stress. hiks
Balqis Nazid said…
Salam....
Pheeeewiiitt...!!!! bestnya..
saya masa umur 18/19 belajar buat baju kurung... nak kata handal tak juga.. tapi handal bab jahit tulang belut.. orang kata kemas sangat saya buat... (orang katalah hi...hi..) la ni jangan kata nak tulang belut mata lalat put tangan yang terpintal benang kah...kah... jahit baju lansung failed.. banyak makan semut agaknya hi...hi..
happyichigo♥ said…
Bestnye kak! Saya pun ade angan2 nk menjahit niii tp entah bile nk start belajar! Hihi
paridah said…
belajarlh n tmbah ilmu yg bermenafaat irfa.....
Irfa said…
CV
kan?
dpt jahit baju sdiri jadilah
i charge u rm40/spsang
mau?
Irfa said…
Nieda..
eh silap tu.saya x beli pun mesin jahit tu.
berangan je..lgpun itu cuma kehendak
bukan keperluan
Mak Wardah said…
Irfa, jelesnya sebab akak mesti tak ada kehalusan seni tangan macam tuh...nanti nak juga jengok Hajar Closet tuh...Tahniah Irfa
Lady Windsor said…
bagus Irfa, akak sokong sangat lepas ni
boleh hantar kat Irfa nak jahit baju..
lepas ni boleh belajar memandu
boleh drive datang rumah akak
kita makan-makan..hehe
makan jer kerjanya kan...
Unknown said…
eh boleh bisnes ni irfa..dan dan ko belajar menjahit kan...
Irfa said…
PM..
my bos pun ckp camtu
kalau byk keje,memalam dia menjahit utk release stress
Irfa said…
Balqis Nazid..
dulu buat sbb mak suruh,so belajar gitu2 je
skrg dah nyesal :(
jahit tulang belut x pandai, reti mata lalat je
tp pakai tudung x nampak pun jahitan tulang belut/mata lalat itu
Irfa said…
Dira HappyIchigo..
sementara bersemangat ni buat je ;)
Irfa said…
Kak Paridah..
yelah kak, sementara ada peluang utk belajar
Irfa said…
Mak Wardah..
hajar closet tu cacamarba lagi kak
masih banyak yang kena baiki
malu nak tunjuk kat org :)
Irfa said…
LW..
tq utk sokongan :)
dapat jahit baju sendiri pun dah cukup
tp skrg apa pun x start lagi
baru potong pola.hahaha
emm bila la nak ke windsor ye.
Zareda Norman said…
bagusnya usaha irfa ni.. kak zar ni pun hot hot chickenshit jer nak belajar menjahit ni.. dari duluuuuu lagi

Tapi nak citer buat pemecah semangat. kakak ipar kak zar, dia manager bank lagi tau dia masuk kelas menjahit 6 bulan sampai dapt sijil, yuran pun sebulan gaji kak zar .. sekarang ni baju anak anak dia semua dia jahit sendiri.. langsir dia design semua meletops sbb design dan jahit sendiri.. kalau nak pi kenduri ke apa.. semedang baju baru sebab dia boleh pulun menjahit sepasang baju dalam masa 4 jam je.. jeles I..

teruskan usaha irfa.. nanti kak zar boleh hantar tempah.. hehhe
Beb, ko kate aritu ko mmg ade plan nak bisnes kan? Ni peluang keemasan beb. Ko amek upah jahit langsir pun, menderu org nak amek tempah...

Rinah said…
bestnya kak Irfa belajar menjahit.. kita pun minat juga menjahit tapi sikit je minat.. tak boleh dijadikan kerjaya lg.. hehe
rinkume_zi said…
peluang ada depan mata rugi kita tak ambil kan. kat opis saya pun ada ahli puspanita nak buat kelas menjahit untuk ahli. tapi tak start lagi, kalo tak blh buat baju anak2 utk raya ni. uhuk, berangan kena lebih kan. ;-)
saya pun minat menjahit tapi tak der peluang lagi nak belajar.
HANIS AFIQ said…
kelas nie buat kat mana? d lagi ke buat sekrng? mcm mana nk contatc org yg ajar menjahit ne? terima kasih..
Cik Puan Syeeda said…
Sy nak belajar menjahit. Tp xtau nak mula step mana. Mesin jahit pon xde. ada cadangan x?
Unknown said…
Mesin jahit apa yg bgs utk org baru bljr ni....yg paling murah.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...