Skip to main content

Lukisan Pertama dan Adik Ajaa Pandai 'Menaji'

Salam Jumaat untuk semua, belum sarapan lagi sebab tak tahu apa nak di makan. Ke kafe pun menu sama je, kejap lagi lah kot kita cari sarapan. Sebelum tu kita apdet blog dulu, hehe. Okey, ni kisah anak-anak, asik citer aku je mesti bosan kan? Sebagai kenangan, aku nak share lukisan pertama Adik Ajaa minggu lepas (lukisan pertama di atas kertas yang aku sempat snap la, rasanya lukisan pertama dia kat dinding lagi banyak.huhu).

aku tanya ini sapa?

dia jawab
'ini umie, pandai tak Ajaa lukis?'
ye sayang
pandai sangattttttt

sekarang dia mengaji pakai 'Iqra 1-di huruf 'sin'
kalau aku puji lepas dia mengaji
'good la anak umie ni'
dia akan jawab
'ajaa good,pandai solat,pandai 'menaji' (mengaji)
menaji?
apa2lah dik oi..janji buat


Comments

Hah? Dah start ngaji ke? Aydin tak start lagi pun. Huhuhuhu...pandai dia lukis. Aydin pun tak pandai g lukis mcm ni.
Irfa said…
FARA..
dah start sebulan yg lalu
dia yg sibuk kacau abam ngaji..
x sangka pulak bila ku hulur iqra lama si kakak,dia nak baca ;)
tp ikut mood jugak tu
ada hari mood dia baik..tiap kali aku solat dia nak suh ajar ngaji
kalau mood ke laut, di suruh dia akan jawab 'kejap,nak tgk tv'huhu
Qashmere said…
Salam Sis..

Dah cepat ajar mengaji. Alhamdulillah..
Unknown said…
rajinnya ibu dia ngajar...
Kakzakie Purvit said…
Betul tu cara memuji anak usia Ajaa ni. Tak rugi kita puji sebab dgn memuji itu dia rasa dia dihargai dan memang pandai. Kalau teruskan insya-allah usia 7 tahun dah boleh khatam. Anak-anak kakak semua kakak ajar dari usia 3 tahun macam inilah.. tapi jgn paksa dan jgn marah dia masih kecik.
isme_cv said…
Alhamdulillah... abam pun good tak? heheh
Ratu Hatiku said…
Wah dah start ajar ngaji ya...bagusnya... :)
Rumah Kuning said…
seronok tak terkata bila anak dah kenal huruf dan boleh baca al Quran dgn lancar. comel adik aja pakai telekung.
Acik Erna said…
Comel adik ajaa..pandai melukis dan menaji
Unknown said…
dah pandai menaji ye..bagus

Lady Windsor said…
menaji?
errkkk itu dah lari maksud adaik ajaa oii
kekekek hantam sajala kan
janji uminya faham...
Irfa said…
MAMA ARYAN..
ajar sikit tp ikut mood dia jugak ;)
xnak paksa lebih2 nanti dia terus melalak jawabnya
Irfa said…
KAK ERNA..
kalau dirakam cara dia sebut
'pandai solat,pandai menaji' tu mmg kelakar sgt
Irfa said…
QASMERE..
3 tahun setengah
dah boleh la kenalkan huruf alif ba taa tu
Irfa said…
RAI..
umie pun ada mood jugak ;)
kalau ke laut..esok2 la baru ngaji
Irfa said…
KAK ZAKIE..
tq,sy teringat komen akak dulu masa sy citer pasal ajar si abam ngaji
akak kata 'kalau dekat nak je akak yang ajar sbb ajar anak mengaji tak boleh marah2'
hehe

tq utk komen itu
Irfa said…
CV..
mcm tak biasa
abam good 2 minit setengah ;)
Irfa said…
RATU HATIKU..
hehe.episod pengenalan ;)
Irfa said…
KAK ZA..
alhamdulillah..x sangka dia boleh igt satu huruf satu hari ;)
itu telekong kakak masa kecik,nanti nak cari telekong comel utk dia
kasi semangat sikit

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...