Skip to main content

Rawatan Lasik Mata

Eh dah pukul 5 petang la, tak sabar nak balik # hero demam tetiba, balik keje semalam tengok muka dia merah menyala sebab demam. Ni hati duk teringat kat dia je

Okey ni ada benda nak share, last week baca ni kat blog Mommy Lyna : Blog To The Next Level  tentang pengalaman dia membuat rawatan Lasik Masa dengan Prof Muhaya. Serius meremang bulu roma membacanya, tapi ending yang happy dari Mommy Lyna buat aku teruja. Cumanya kos boleh tahan (tapi kalau berbaloi apa salahnya)


dari mata turun ke hati katanya
eh! mata dia bergerak la

Aku mula berkaca mata lebih kurang 3/4 tahun yang lepas. Lepas bersalinkan si abam, agaknya anak lelaki urat banyak putus, haha. Ditambah pulak keje mengadap komputer 9 jam sehari/5 hari seminggu. Dulu keje shift jarang guna komputer dalam waktu yang lama, kalau ada pun ngadap kejap2 je untuk submit report. Bila dah masuk keje opis hour memang ngadap pc je lah dari pagi sampai ke petang.

Tapi sejak berkaca mata ni, kalau bukak spek mata macam pelik pulak. Kalau aku tengok tv@lipat baju tak pakai spek mesti si kenit Ajaa akan cakap 'mana muka umie?' sebenarnya dia nak cakap 'mana spek mata umie?' adoi la ;)



Tapikan, bila melibatkan deria mata ni rasa ngeri lak nak ngadap doktor. Luka kat tangan boleh sapu ubat, tapi kalau mata.. ngeri pulak rasanya # dasar penakut (*_*)

# jagalah mata sebelum anda berkaca mata

Comments

Balqis Nazid said…
seriau sikit kalau bab mata ni... teringat masa suami sakit mata.. dia korek mata tu sampai berdarah sebab nak bersihkan kuman.. masa tu saya rasa nak terkencing takut.. suami dah hentak2 kaki... eeeii..!!!!!!
Irfa said…
Balqis Nazid..
oh ngerinya.baca komen ni smpai tutup mata.huhu

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...