Skip to main content

We Share,We Care:Jaga2 Handbag Bila Ke Surau AEON Bukit Raja

UPDATE KEMBALI

# ingat lagi tak kisah kat bawah ni? aku apdet kembali endingnya. Boleh rujuk di Facebook PDRM SELANGOR yang pencuri handbag dalam surau dah di reman polis. Barang kepunyaan adik tu yang ada cuma kunci kereta je tapi handbang dan handphone dah takde, mungkin dah terjual. Selain itu banyak lagi beg2 dan barang curi dijumpai dirumahnya. Kata adik tu 'kesian jugak kak, sebab pompuan tu tengah peknen'

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ditulis pada 3 June 2013

TQ pada yang komen entri sebelum ini Jangan Sesuka Hati Bagi Orang Masuk Rumah. Sama2 kita berkongsi cerita untuk kebaikkan bersama. We Share,We Care

Ini ada satu lagi kisah pesanan khidmat masyarakat, kes ni berlaku lebih kurang 2 minggu yang lalu, gadis manis pangkat 'adik' yang praktikal kat opis aku ni bercerita tentang kehilangan handbag di surau Aeon Bukit Raja masa nak ambil wudu'. Dia letak beg kat sejadah dan ambik wudu' dan dia fikir + takkan ada orang nak buat hal dalam surau. Tapi siapa sangka ada juga orang yang masuk surau dengan niat bukan sekadar nak tunaikan solat. # aku selalu jugak letak je hbag atas sejadah bila nak ambik wudu' kalau ke surau awam di shopping mall. Sempat dia melawak 'kak, lain kali kalau gi surau nak ambik wudu' tu .. gantung je hbag kat leher' hehe.

Dipendekkan cerita, handbag di curi dan dalam tu macam hbag korang jugak la. Ada henpon,beg duit dan segala  mak nenek (geran tanah pun kalau ada sumbat dalam hbag jugak. kalau mak2..silap haribulan ada diaper/botol susu dalam tu.huhu). henpon remaja sekarang tahu2 jelah, canggih manggih semua.

Nanges pun tak guna, so adik ni sms/kol kat hp dia pakai hp kawan. Pencopet tu tak jawab call tapi buleh dia sms kat adik tu balik mintak password handphone. Pastu siap berjanji konon nak tinggalkan hbag tu kat mana-mana. Adik tu tak percaya pun, tapi pegi la jugak kat tempat yang di bagitau. Rupanya itu cara pencopet nak lengahkan masa. Sekelip mata pencopet dah guna kad kredit untuk isi minyak sampai beratus RM.

Ingatkan selesai kat situ je, pagi ni adik tu citer .. selepas buat report polis, dia dari masa ke semasa call nombor hp dia tapi tak pernah berjawab. Tup-tup dapat bil handphone bulan ni, bil mencanak naik sebab pencopet sudah men 'topup'  handphone orang lain pakai bil handphone adik tu. So dia call nombor orang yang di topup pun tak berjawab. Kawan dia pun save nombor tu dalam handphone dan cuba cari dalam whassaps. Nak jadi citer, ada la pulak no tu dalam whatsapp. Nama nya(x sampai hati aku nak tulis ).

Nombor itu kepunyaan seorang lelaki, berkemungkinan suami/bofren si pencopet itu. So dapatlah ke fb pompuan pencopet, dunia dihujung cari kekdahnya. Siap dengan profile picture dan adik tu memang ingat muka tu sebab masa dia kat surau tu memang ada muka 'si pencopet' tu (seorang perempuan dengan bibirnya sedikit sumbing) dan kami pun sama-sama tengok gambar pencopet tu tadi. Dia rupanya 'topup' handphone lelaki itu pakai handphone adik tu sampai RM250. pergh giler kental.. Adik tu memang buat police report tapi paham2 jelah, polis pun tak mampu nak handle kes-kes macam ni. Banyak lagi kes lebih serius dia nak handle, takat beg kena curik kat surau ni mungkin kes terpencil dan fail repotnya pun nun di sudut meja takde sapa nak ambik kisah. Tapi adik tu kata, en polis pun bagi cadangan 'awak tolong siasat jugak sendiri, awak tolong saya, saya tolong awak'.

Kalau korang ingat lagi kes seorang budak lelaki bergambar pakai tab curi kaler pink dalam toilet. Siap posing lagi. Tuan punya tab tu ada akaun Dropbox ke hapa tah namanya, lebih kurang la. So gambar posing dengan tab curik tu otomatik transfer masuk ke dropbox tuan punya tab tu. Pergh ..  malu mak ayah ko nak (nak tahu apa itu Dropbox..klik sini).

Kadang2 curi barang orang ni jadi habit, saja suka-suka lama-lama jadi ketagih. Mintak jauh dari habit yang memakan diri sendiri macam ni. Aku harap kes adik tu akan setel dalam masa terdekat. Tak sabar nak tahu endingnya (macam aku yang tak sabar nak tahu ending drama korea You're Still The One, 2 minggu lagi habisla drama ni..bagai nak sewel aku dengan heroin yang amat lurus bendul itu.huhu)

Okey,sekian .. nanti aku nak apdet kisah kenduri bbq Sabtu lepas .

Comments

Mummy Sher said…
laaaaa..kurang ajar betul lah pencuri tu..orang nak solat dia ambil kesempatan pula..geram aku!
Unknown said…
advance gila..pergi surau nak copet henbek orang... tak malu dengan orang.. malu la dengan Allah..
Ummi said…
geram akak dengar

kalau akak pg surau,siap bawa handbag sekali masa ambik wuduk, dalam hati macam nak je letak kat dalam surau. tapi takut kena curi, tak leh caya orang zaman skrg ni, macam macam hal

akak pakai dropbox, senang tak yah bawa pendrive dah :) tapi kalau lappy kena curi nangis lah, tapi boleh lagi nak retrieve file kat kita simpan kat laptop lain, tapi janganlah si pencuri tu pergi deletekan dropbox kat lappy yang dia curi plak, memang nangis :(
Acik Erna said…
dik..akak kalau nak masuk surau..abang la tukng pegang beg..sabo je la dengar dia merungut..kata beg berkilo2 beratnya..tapi tu la nak masuk toilet pun akak tak berani nak bawak sekarang ni
NenetPenne (NP) said…
dahlah sumbing, pencuri pulak..perghhhh hebattttt.... moralnya? dahlah muka cacat, perangai pun cacat jugak...
Kakzakie Purvit said…
Sebaiknya letak handbag di bonet kereta tutup dgn sesuatu. macam kakak dlm kereta ada bantal tutp dgn bantal.
Berganda dosa pencopet tu. Betul-betul tak tahu apa itu dosa agaknya..
paridah said…
rezeki bukan milik kita lagi tu tapi nk marah juga kalau rezeki kita hilang cara gitu...
Unknown said…
NP,
T.kasih sebab tlg menyampaikan "ayat".
Nak kata benda yg sama jugak sebenarnya..
Sia2 akaun bahu belah kiri lebih berat dr bahu yg kanan.
ZieMarziah said…
ermm sy pun pernah kena kak irfa..surau kat kelantan lagi tu kat KB.ala surau yang kat sebelah pasar CT Khadijah.kak irfa mesti tau kan?
sy letak beg jap je nak amik wuduk, tetiba teringat bahaya plak tinggal beg macam tu.walaupun kat surau tetap takleh caya.sekali pusing handbag dah hilang daa...aduiii mati katak dibuatnya..
Zareda Norman said…
Kalau rajin pi lah sy telekomunikasi.. Tunjuk repor polis minta trace alamat. Dan kalau rajin lg.. Sebab dah tau muka pencopet tu kan.. Pi lah surveykat surau tu balik.. Geam jugak pencopet macam ni.. Harus di ajarin..
Ina Mohamed said…
semoga kesudahan yg baik la untuk adik tersebut. mcm saya klu singgah surau rnr atau shopping mall selalunya saya bawak telekung sendiri. telekung tu plak buh dlm backpack. dlm backpack letak segala mak nenek kadang kala termasuk handbag, hahaha. lepas tu, ambik wudhuk sambil galas backpack....hahaha....parah2. mungkin sbb dh selalu galas backpack masa kt nz dulu so, bila kt sini jd terbiasa jgk smpai terlupa nk stylo mylo dgn handbag bila jalan2 jauh skit. tp klu dekat2 jer, selalu saya akan prefer handbag yg ada tali panjang so, dpt la pakai silang masa nk ambik wudhuk tu.
Ina Mohamed said…
oh, btw hari tu masa cik abe buat report, polis tu cakap klu tinggal laptop dlam kete kena bukak bateri sbb selalunya pencuri ni dpt trace melalui bateri laptop tu. saya tak tau further, mungkin kena google la kot untuk maklumat yg lebih lanjut, hehehe.
||aLeaSaRa|| said…
ceh dan ceh lagi baca kes ni....sengallah depa tu huhu....
dee said…
td aku tgk peragut kena pukul ngan org awam pastu polis dtg.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...