Thursday, May 30, 2013

We Share,We Care:Jangan Bagi Orang Tak Di Kenali Masuk Rumah

KISAH BENAR ! Kawan aku citer, semalam dia balik kerja macam biasa, dah pukul 10 malam baru anaknya cerita, dalam waktu nak Maghrib (pukul 7 malam) ada 2 orang wanita datang ke rumahnya dan mengaku sebagai 'kawan ibu'. Wanita tu terus masuk rumah (pintu memang sedia terbuka sebab anak bujang dalam rumah) tanpa bagi salam dan perkenalkan diri tapi ada sebut ' ini anak ( nama kakak tu) kan?kami datang nak tengok rumah'. Mereka bercakap sesama sendiri dan tengok dalam rumah lepas tu keluar tanpa cakap apa.

Pelik tak? Dan malam tadi kakak tu tak lena tido memikirkan siapa wanita berdua itu? Katanya 'kalau betul kawan akak mesti diorang telefon dulu nak datang. Akak kan keje buat apa diorang nak datang main terjah macam tu? Dahlah tak perkenal diri pun, pesan apa pun takde. Pelik sungguh. Tak lena tido akak memikirkan hal tu '

Kalau korang jadi akak tu, apa yang korang fikir? Kalau aku pun dah tentu fikir bukan-bukan, nak pulak zaman sekarang ni ramai orang jahat dan orang jahat takde tulis note kat dahi 'saya orang jahat'.

Kepada semua diluar sana, sekarang musim cuti sekolah, ada ibubapa tinggalkan anak dirumah tanpa pengawasan orang dewasa (ada kes, anak tak nak kerumah pengasuh sebab lebih suka duk rumah sendiri, boleh bukak tutup peti ais 20x sehari, tengok tv tanpa gangguan sebab kat rumah pengasuh mesti banyak benda takleh buat). Kalau dah terdesak, mintak jiran-jiran tolong tengokkan anak-anak kita tu. Harta boleh dicari tapi nyawa tiada gantinya.

Ingat mengingatkan sesama kita :)

14 comments:

~adeQ~ said...

bahaya tu kak, dah lah semalam ke kelmarin ada keluar satu makcik umur 52 tahun dikehendaki polis sebab terlibat dengan pengganas...

Sama-samalah kita berhati-hati...=)

Rai Ourkizuna said...

mak aih..scary gila jenis camni..kalau la orang jahat tu ada cap kat dahi kan..

*azni* said...

takutnya..motif la masuk rumah org main terjah gitu jer..

Balqis Nazid said...

Scarynya....
Bahaya tu.. Hari ni masuk tengok2
Esok line clear ntah apa yang jadi... Subhanallah..mohon kawan irfa pesan kat anak2 jangan bg sesapa masuk rumah kalau tak kenal..

Kakzakie said...

Menakutkan aje. Sebaiknya ajar anak-anak lock gate dan gril sliding door, takut belesup aje org masuk macam ini tak boleh nak buat apa-apa. Kalau ada benda dia boleh curi mesti dah jadi yg tak baik. Agaknya tak ada itu yg dia keluar gitu aje..

ina ku said...

irfa, klu kite mmg akan fikir yg bukan2. tambah2 plak rumah baru jer kena pecah 2 mggu lepas masa takde kt rmh. klu tgk org pelik sket smua aku nk jadikan saspek, hahaha. padahal musibah ni satu uijian, peringatan, hukuman atau pun ada hikmah tersembunyi. kita ada nk buat entry pasal tu tp bila nk kena ingat balik tu rasa mcm tak nak ingat dah...hehe.

buat akak tu banyakkan baca ayat kursi, doa keluar masuk rumah, semoga diri sendiri dan keluarga serta harta benda selamat dan dalam lindungan Allah SWT.

HeNRieTTa JoSe said...

ish...ada plak macam tu...ngeri rietta dgr...klu rietta jd kakak tu pown rietta xlena mlm...

Yunus Badawi said...

Kena hati2 ni.

Beritahu anak jangan kasi org tak kenal masuk rumah.

||aLeaSaRa|| said...

mak aihhh sapa tu,mesti depa dah aim rumah sapa yang cuma tinggal anak je masa parents kerja.Kena pesan dgn ank jangan langsung buka pintu,minta juga jiran tolong tengokkan..hiushhh seriaulah...

MOKCIK AZWA said...

Kena kunci grill selalu supaya orang tak dapat masuk rumah, kalau kunci pintu tak kunci grill buka pintu jer terus orang tu terjah masuk..bahaya2..tapi kita ni kenkadang lalai..mujur la takde apa2 berlaku kan Irfa..

:: Cik Viva :: said...

sape tu? menakutkan lah..sebab tu pintu kena kunci sokmo..

lienda said...

kalau boleh 10 kali pun takpe tepon anak anak kat umah yea.....

m.u.l.a.n said...

eyyyy scary lah..

ZieMarziah said...

wuiii siyes bahaya..tah sape la pompuan tu