Skip to main content

Vietnam:Aku Datang Lagi

Emm..cam dah basi je kan kisah ke Vietnam minggu lepas.Tapi sebagai kenangan harusla di abadikan dalam blog kesayangan ku ini..

Sambungan lepas je urusan renew passport hari Selasa,aku balik rumah dan tido dengan lenanya (letih badan dan penat otak sehari suntuk berkepam di pejabat imigresen itu).Selamba kodok aku tido tanpa kemas beg dan buat apa2pun.padahal flight pagi tuh..travel sorang apa susah ye dak?

Tapi dah siap sedia kunci jam 5.00 pagi,perkara pertama aku buat ialah gosok baju sekolah si abam dan baju kerja enAbe.Pastu kemas beg anak2 untuk ke rumah pemgasuh.Padahal aku yang nak berjalan..beg aku isi towel selai(gara2 baru baca kisah pekerja hotel lap lantai guna tuala) ..baju 2 lai,tudung selai,dan sling bag isi passport,duit dan barang peribadi.

Lepas hantar si abam kesekolah..terus ke airport,babai si kenit sikebum dengan pesanan 'aja duduk ye,umie work' hehe...dia pun sengih2 suka sebab dapat jenjalan dengan ayah tapi dia tak tahu malam nanti umie takde kat sebelah.Dipendekkan cerita semua dah berkumpul (4 orang termasuk aku) dan selamat berlepas ke Vietnam dengan penerbangan jam 9.15 pagi.Dalam kapal,kami dijamu dengan nasi lemak sambal udang yang mabeles,tak sempat nak lelapkan mata..dah pun mendarat di Tan Son Nhat International Aiport,Vietnam.


nasi lemak dalam kapal
lauk sambal udang yang mabeles
ada orang tak suka makanan dalam kapal
tapi aku suka je
'Vietnam,Aku Datang lagi'..kisah kali pertama di tahun lepas(2012) ada sini,sana,situ dan sinun juga.

Masa dalam kapal,kami terserempak dengan sorang brother ex staff yang selalu ulang alik ke Saigon (berniaga) so kami ikut dia untuk merasai pengalaman naik bas ke Ben Thanh.Tambangnya tak mahal,cuma 5000Dong (rm1) kalau naik taxi selalunya di caj 200 000Dong(lebih kurang dalam rm40).memang jimat sungguh dan kerana kami bawak beg besar,tambang di kira double sbb dia kira dengan beg sekali.Nak selesa baiklah naik taxi tapi memandangkan kami takdelah nak cepat pun,so tak kisahlah naik bas pun..

Bas benti betul2 depan pasar BenThanh yang terkenal itu..jalan kaki sikit sambil heret beg terus cari hotel.Kami duduk di hotel ni,namanya Hoang Phuong..betul2 depan pintu masuk BenThanh itu.

kami duduk di hotel ini
bilik sangat selesa dengan 2 katil besar
bilik air siap ada bath tub
USD40 , share 4 orang

katil besar yang cukup selesa untuk kami ber4


pemandangan dari pintu bilik hotel
sibuk sungguh..
hon disana sini

dibawah bumbung inilah pasar Ben Thanh yang terkenal itu
macam-macam ada konsepnya

lepas letak beg,bersihkan badan yang dah melekit (cuaca panas macam kat sini jugak la..non ada la salji  ye dik non,keh keh keh) siap solat Zohor semua dan isi perut time (akak2 ni memang terbaiklah..siap bawak nasi dengan macam2 lauk lagi..aku?bawak perut je..huhu) elok tengah menyuap,hujan turun selebat2nya.Tido pun sodap nih..tapi rugi la kan..datang jauh2 nak membuta baik duk umah je.

Emm..camner nak jelajah pasar Ben Thanh ni?eh!apa de hal..hujan air je pun.paling tidak,basah jelah kan.Maka diap makan..kami ber4 berlari2 anak kami masuk pasar Ben Thanh..aku dan sorang akak ni,selamba redah hujan pakai selipar hotel.ini bukan selipar jepun..made in Vietnam okey ;)

dia menemaniku selama 2 hari disana,selesa sangat
apa aku peduli,bukan ada orang kenal aku kat sana pun
(^_^)  
sambung nanti..# aku jumpa seseorang kat sana..tak sangka peramah orangnya.dia siap tolong setting kan camera aku lagi..Tq Bro

Comments

paridah said…
seronoknya dpt jln2 n shopping kat vietnam yer irfa...
eija_sweetmama said…
eija nye citer vietnam lg la x berupdate2...pergi awal thn hari tu la ni dh setengah tahun..huhu..
waiting for next pleaseee....hehehe
sweetie said…
Sahlah shopping baju raya ni!
Irfa said…
Sweetmama..
la kenapa x apdet?
tu pasal cepat2 apdet..dah lama simpan mesti x seronok nak bercerita
Irfa said…
Kak sweetie..
xde beli baju raya pun
beli barang kiriman orang je
nampak gaya kena pegi lagi utk sopim sendiri punya
itupun kalau ada $$ terlebih ;)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...