Sambungan lepas je urusan renew passport hari Selasa,aku balik rumah dan tido dengan lenanya (letih badan dan penat otak sehari suntuk berkepam di pejabat imigresen itu).Selamba kodok aku tido tanpa kemas beg dan buat apa2pun.padahal flight pagi tuh..travel sorang apa susah ye dak?
Tapi dah siap sedia kunci jam 5.00 pagi,perkara pertama aku buat ialah gosok baju sekolah si abam dan baju kerja enAbe.Pastu kemas beg anak2 untuk ke rumah pemgasuh.Padahal aku yang nak berjalan..beg aku isi towel selai(gara2 baru baca kisah pekerja hotel lap lantai guna tuala) ..baju 2 lai,tudung selai,dan sling bag isi passport,duit dan barang peribadi.
Lepas hantar si abam kesekolah..terus ke airport,babai si kenit sikebum dengan pesanan 'aja duduk ye,umie work' hehe...dia pun sengih2 suka sebab dapat jenjalan dengan ayah tapi dia tak tahu malam nanti umie takde kat sebelah.Dipendekkan cerita semua dah berkumpul (4 orang termasuk aku) dan selamat berlepas ke Vietnam dengan penerbangan jam 9.15 pagi.Dalam kapal,kami dijamu dengan nasi lemak sambal udang yang mabeles,tak sempat nak lelapkan mata..dah pun mendarat di Tan Son Nhat International Aiport,Vietnam.
nasi lemak dalam kapal lauk sambal udang yang mabeles ada orang tak suka makanan dalam kapal tapi aku suka je |
Masa dalam kapal,kami terserempak dengan sorang brother ex staff yang selalu ulang alik ke Saigon (berniaga) so kami ikut dia untuk merasai pengalaman naik bas ke Ben Thanh.Tambangnya tak mahal,cuma 5000Dong (rm1) kalau naik taxi selalunya di caj 200 000Dong(lebih kurang dalam rm40).memang jimat sungguh dan kerana kami bawak beg besar,tambang di kira double sbb dia kira dengan beg sekali.Nak selesa baiklah naik taxi tapi memandangkan kami takdelah nak cepat pun,so tak kisahlah naik bas pun..
Bas benti betul2 depan pasar BenThanh yang terkenal itu..jalan kaki sikit sambil heret beg terus cari hotel.Kami duduk di hotel ni,namanya Hoang Phuong..betul2 depan pintu masuk BenThanh itu.
kami duduk di hotel ini bilik sangat selesa dengan 2 katil besar bilik air siap ada bath tub USD40 , share 4 orang |
katil besar yang cukup selesa untuk kami ber4 |
pemandangan dari pintu bilik hotel sibuk sungguh.. hon disana sini |
dibawah bumbung inilah pasar Ben Thanh yang terkenal itu macam-macam ada konsepnya |
lepas letak beg,bersihkan badan yang dah melekit (cuaca panas macam kat sini jugak la..non ada la salji ye dik non,keh keh keh) siap solat Zohor semua dan isi perut time (akak2 ni memang terbaiklah..siap bawak nasi dengan macam2 lauk lagi..aku?bawak perut je..huhu) elok tengah menyuap,hujan turun selebat2nya.Tido pun sodap nih..tapi rugi la kan..datang jauh2 nak membuta baik duk umah je.
Emm..camner nak jelajah pasar Ben Thanh ni?eh!apa de hal..hujan air je pun.paling tidak,basah jelah kan.Maka diap makan..kami ber4 berlari2 anak kami masuk pasar Ben Thanh..aku dan sorang akak ni,selamba redah hujan pakai selipar hotel.ini bukan selipar jepun..made in Vietnam okey ;)
dia menemaniku selama 2 hari disana,selesa sangat apa aku peduli,bukan ada orang kenal aku kat sana pun (^_^) |
sambung nanti..# aku jumpa seseorang kat sana..tak sangka peramah orangnya.dia siap tolong setting kan camera aku lagi..Tq Bro
Comments
la kenapa x apdet?
tu pasal cepat2 apdet..dah lama simpan mesti x seronok nak bercerita
xde beli baju raya pun
beli barang kiriman orang je
nampak gaya kena pegi lagi utk sopim sendiri punya
itupun kalau ada $$ terlebih ;)