Skip to main content

PRU13:Pengalaman Mengundi Kali Pertama

Salam Selasa (^_~)
# rasa macam hari Isnin je kan?maklumla semalam cuti,korang keje ke?aku cuti tapi si abam sekolah..hampir2 aku nak 'cuti'kan dia sebab dah lambat kejut tapi dia nak jugak pegi sekolah..sib baik sempat bersiap sebelum van sekolah datang.

Okey..walaupun PRU13 dah selesai,keputusan siapa menang siapa kalah sudah pun di ketahui umum,aku sebagai pengundi baru tetap nak cerita pengalaman kali pertama mengundi (walaupun di usia aku 34 tahun,sepatutnya ini kali ke3 aku mengundi..tapi maafkan saya kerana kesedaran baru tiba.hahaha).

Pada hari kejadian 5Mei2013(PRU13),tidaklah awal mana kami keluar rumah..jam 10.30 pagi baru keluar rumah,cari bekfes dulu.Lepas perut dah kenyang belasah roti canai baru la ke tempat mengundi sekolah si abam.ramai la orang tapi tidaklah seramai yang aku bayangkan.Sebelum masuk pagar ofkos la perayu undi menjalankan tugas mereka di saat2 akhir..manalah tahu kot boleh buat orang berubah hati.hehe.

Memula check nama dulu..tunjuk ic dan nama ada,diberi nombor bilik mengundi.ingatkan terus boleh undi rupanya kena beratur..aku dapat bilik no 4 dan en abe bilik no 3.depan aku ada lebih kurang 20 orang tengah tunggu giliran.Tengah syok lap peluh masa beratur,,si kenit cakap 'umie..ajaa nak kencing' huhu..masa nilah pulak dia nak kencing..cepat2 kol en abe dan di hantar penyelamat si abam suh ganti tempat aku dan mula mencari toilet.Emm paham2lah tahap kebersihan toilet sekolah macam mana.Hancing semacam je..pancut kat dinding ke budak2 ni?

Selesai hajat si kenit Ajaa..oh dah tinggal 5 orang.Muka abam dah pucat,katanya 'sib baik umie cepat.abam takut kalau kena mengundi nanti'..hehe.Masuk je,check nama dan ic sekali lagi dan 'tukang baca' pun sebut nama dan no ic dengan jelas dan lantang (aku rasa akak tu balik mesti sakit tekak sebab kena sebut nama sorang2) pastu pakai inai biru..diberi 2 keping kertas (ku bayangkan satu je..terus berpeluh nak isi mana satu)..dan ke meja mengundi,saya pangkah X pada yang di pilih..lipat dua dan masuk ke dalam dua kotak (kotak parlimen dan kotak dun).Selesai sudah tanggungjawab...inai tu aku basuh tak tanggal semua..huhu

Akhir kata 'kepada wakil yang di pilih,anda bertuah kerana menjadi pilihan pengundi.Sila hargai susah payah warga tua dan Oku yang datang mengundi..siap ada yang bertongkat,ada yang di tolak dengan kerusi roda semata-mata nak mengundi.aku yang berupaya ni pun berpeluh dari atas sampai bawah,kalau tak kuat semangat ada yang balik tangan kosong je.Makanya..tunaikan amanah yang di beri itu dengan baik'.

Wah ! bajet cam bagus je amanat.hehe

Comments

aitotyati said…
Ai sokong amanat tu!!
Ai sanggup balik kampung untuk mengundi
||aLeaSaRa|| said…
wah tahniah dh mengundi.samalah first time jugak sblm ni byk memerhati je kedua-2 pihak.skrg mmg kena trn mengundi sbb kalau bkn kita sapa lagi :)

p/s-->td baca entri kwn tmpt dia xda pen,ada pensil n pembaris.tmpt kak lea pen..
Acik Erna said…
lo..baru sekali ye..mesti tak pernah mengundi ditempat sendiri lagi kan..
akak yang dah berkali2 pun tak pernah mengundi dikampung sendiri
mula je layak mengundi dah bekerja..
Jari Manis said…
JM sokong statement yg last..tapi sebelum2 ni pun sama jek..semasa raih undi nampak muka lepas tu..hrmmmm...
Unknown said…
kan..yang nak balik kampung mengundi sampai ada yg bergolok bergadai.. cewah.. haha..
Anonymous said…
betoi2..tima nak ngundi, rumah buruk sanggup pi..bila dah menang, tunggu 5 thn lagi la baru nampak bayang...
Ayu Ayunie said…
salam kenal.. ayu follow sini..
:: CIKVIVA :: said…
kami pukul 7 dah sedia sedia...
Cho Zila said…
tahniah sampai gak kesedarannyer... semoga pengalaman pertama ini tidak mematahkan semangat untuk mengundi lagi..
Unknown said…
Kak Sham dah miss 2 kali mengundi.
Both sejak dok sini.
Rugi.. sangatttt rugi.

P/s;
Kan best kalau boleh balik kampung pangkah undi.
Kut la kalau ada YB nak sponsor tiket katebang..
Unknown said…
hi.I am blogwalking.
If u want to be a glampreneur like me,do visit my blog http://nolyanna.blogspot.com/
sitiezahim said…
calon tempat saya, Jengka, mereka pilih orang yang tak nampak batang hidung dr seorang ustaz yang ke mana2 mmg dia ada.. nak buat camana orang jengka bijak2 belaka..hanya tau menggunakan ustaz tu di saat urusan kematian dan ajak kenduri kawen je..huhuhu
nor said…

http://m.bbc.co.uk/news/world-asia-22424118

kat sini heboh inai boleh dicuci. see link

buat busuk nama je
Rumah Kuning said…
nasib baik abam tak kena ngundi. hehehe mesti kenaling nunggu umi.
aizamia3 said…
kenangan ni hanya akan ada tiap 5 tahun sekali.. ;)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...