Skip to main content

Vietnam:Hari Last,Makan dan Beli Belah Saat Akhir

Lemau rasa nak abiskan kisah Vietnam ni..huhu tapi alang2 dah tulis,kenalah habiskan..tak baik buat keje separuh jalan.Tak gitu?

Balik dari Night Market,semua akak-akak dah tido kepenatan..aku paling last tido sebab sibuk mengemas.Bukan apa,aku risau beg terlebih berat...susun elok2 dalam beg,sambil buat kira-kira apa lagi yang patut dibeli esok.$$ pun dah tinggal note kecik ada hati nak beli belah lagi tuh

Subuh kat sana 5.30 pagi..ops lupa nak bagitau,diorang sejam awal dari kita.pukul 6.30 dah terang macam pukul 8.00 pagi..Memandangkan bekalan sudah habis,kami kenalah makan kat luar hari ni.Ikhlas cakap la..aku memang tak berapa nak selera dengan makanan kat sini,masuk kedai makan ada bau hanyir semacam.mungkin bau sup ke aku tak pasti.

Banyak kedai makan lom bukak..so kami cuci mata sementara perut pun belum lapar sangat.Pusing keliling hotel,orang tempatan tengah berniaga..masa tu korang boleh tengok 'makanan eksotik' macam tikus,katak sedang di proses..selamba je dia bersihkan kaki kerbau pendek di jalanan..dah makanan dia,kita tengok jelah kan..

Akhirnya kami memilih Restoren Melayu untuk bersarapan
depan restoren Kampung Melayu
# aku adalah photographer..tiada dalam gambar lor

roti canai tapi tak macam roti canai kita
macam lempeng pun ada tapi kari tu sedap 

sarapan dengan vietnamese noodle soup rm18
cili tu aku mintak sebab tak pedas xde selera nak makan 

320,00 Dong = RM54 lebih kurang
Lepas makan onthe way balik hotel..singgah lagi kedai-kedai yang belum masuk.Akak-akak ni ajak ke satu butik yang agak jauh dari kawasan Ben Thanh dan aku memang malas nak ikut sebab takde apa nak beli dah.so aku sorang balik hotel.Dapatlah kemas apa yang patut,siap timbang beg takut terlebih berat di airport nanti.Mandi-manda dan siap2 untuk balik..tengok jam 'ai mana akak-akak ni?sesat tak jumpa jalan balik hotel ke?' so layan je la telenovela Filipina yang dialih bahasa kepada bahasa Vietnam.Takde sarikata..tapi layan jugakla..konon nak tido kejap tapi mata tak bekerjasama.


emm boleh isi lagi ni
hehe

Lagi 15 minit nak check out,barulah akak2 tu balik bilik..hah! kelam kabut nak berkemas..nak mandi sumer.Aku rilex je sebab semua dah ready tinggal nak tarik beg turun je

Layan mata depan concierge,tengok budak lelaki penyambut tetamu yang asyik layan game kat henpon. 

kaunter sambut tetamu

Sebelum panggil taxi ke airport,kami lunch dulu kat Kedai Haji Halim.Makan siap-siap sebab nanti kat airport takdelah kebulur,flight kami jam 7.30 malam.Tumpangkan beg sementara kat hotel..berat wei beg tu nak heret ke hulu ke hilir.

KEDAI HAJI HALIM
kedai jual baju kat bawah
kedai makan tingkat atas

nasi goreng kampung katanya
RM15

nak kata sedap tak jugak
bolehlah sekadar alas perut
sempat lagi tuh
'sopim last' katanya
Balik dari makan..ke hotel ambik beg,dan mintak hotel tahan taxi ke airport.USD 8 dari hotel ke airport tapi kami bayar pakai Dong sebab nak habiskan saki-baki Dong yang ada,kat Malaysia duit tu tak laku.


kalau ke Vietnam..ambik taxi ni ye Vinasun Taxi
aku ada jumpa sorang brother tu dia citer duit dia kena kebas
dalam taxi masa nak bayar tambang

Sampai airport jam 4.45 petang..cari kaunter MAS untuk checkin flight jam 7.30 malam.Flight delay sikit sebab hujan lebat,adalah dalam 30 minit tapi sebab boarding gate selesa,aku sempat lelapkan mata..

beg tengah beratur
nasib baik tiada kejadian excess baggage
pandai tak kami?hehe

di boarding gate menunggu untuk pulang berjumpa yang tersayang
# bajet macam pegi seminggu.hahaha
Alhamdulillah..jam 11.00 malam selamat mendarat di KLIA..si abam sampai tertido dalam keta menunggu umie tapi adik,bulat matanya nampak umie..rindu umie ye?baru semalam kena tinggal

budak kenit yang mejeling sebab kena tinggal
mulut comot makan cokolat 
sekian..

Comments

Arena said…
Bestnya wei. Aku lambat la lagi nak jenjalan. Kalau nak merasa berdiri dalam kapal terbang boleh la cuba> hahahah
Ann Ishak said…
tajam jelingan mata budak kenit hiksss
-Sara- said…
mahalnya makan kat sana ek..biar betikk..huhu
sweetie said…
Irfa, kedai-kedai tu semua orang melayu Malaysia punya ke atau Melayu Champa? Saya belum pernah sampai Vietnam... Minggu depan office ada trip gi sana tp saya tak ikut... sebab saya rasa mcm tak menarik. Tp kalau rasa nak pergi mungkin saya gi ke Hanoi. Anak saya si abg kata di sana lebih murah lagi. Dia pernah kesana tahun 2009 dulu dgn cikgu2 sekolahnya.
Unknown said…
si kenit da makin chubby..lama tak enterprem..hahaha..
pB said…
lengkali calling calling lar kak pB

nok ikut lar jugok
Balqis Nazid said…
wahhhh... shopping ek...

saya pernah pg tahun lepas.. tapi tak ada hati nak datang lagi..

Agak kotor dan betul bau hanyir aja kalau lalu kedai makan derang...

lady lavender said…
nasi goreng kampung udang sekor rm15! woww!

HeNRieTTa JoSe said…
vietnam...betsnye...blom ada kesempatan ke sana...
NenetPenne (NP) said…
ingat lagi masa kak net pegi sana, terpegun tengok kepala babi dalam barn than...eh barn than ker...rasanya ye laa kot... kang salah sebut kata yelah tu net..ha ha ha...
Rinna said…
Bestnyaa jln2 ke Vietnam.. Teringin jugak nak ke sana.. :)
Syuhada Hassan said…
besnya akak~~~~~~saya dah follow akak k!
Jari Manis said…
duit kena kebas dalam teksi..eee..seramnya
Saya baca pun penat. Macammana kalau diri sendiri yang pergi ye?
Kakzakie Purvit said…
Makanan dia memang lebihkurang kita kan..

Budak comel/comot(makan coklat) tu dapat apa?
izawani said…
Tak ada ker masa kes si ibu dan anak kena tinggal tu ?
Irfa said…
arena..
tunggu farhan besar sikit..hehe
Irfa said…
jaga2 ye
panahan matanya buleh buat mengigau nanti :)
Irfa said…
sara..
orang kita je makan kat restoren
org dia sume makan tepi jalan tu je//so sapa je yang dia nak ketuk?
kita jelah :)
Irfa said…
kak sweetie..
setahu saya campur2 la pemilik kedai tu.butik selalunya vietnam punya
penjaja yg tumpang kedai islam champa..fasih berbahasa melayu
yg saya jumpa tu lagi best..siap cakap loghat Ganu
rupanya dia lama duk Ganu belajar pondok :)
hanoi sy x penah pegi..
Irfa said…
Rai..
kuat makan jugak ni
pisang sesikat dia sorang boleh habiskan ;)
Irfa said…
kakpb..
hp rosak
nanti sms ye :)
buleh buleh..nanti kita wat rombongan gi sana
Irfa said…
Balqis..
tpt tu sesuai utk org cari barang utk berniaga
mmg tak sesuai utk yg bawak family dan anak2 bercuti
sy pelik tgk yg bawak anak..nak berjalan pilih barang pun susah
budak2 konfem x selesa
Irfa said…
lady lavender..
makan smpi licin sbb mahal kan.hehe
Irfa said…
kak izawani..
mmg jumpa mazidul kat sana
dia smpi hari yg sama ngan saya
tapi kami balik khamis..diorang balik kendian,hari sabtu
Irfa said…
kak zakie..
sbb kedai tu ramai malaysia yg makan
so adalah menu kita tapi rasa x samalah
budak kenit tu dapat selai baju pasar malam bertulis Hard Rock Vietnam hehe
Irfa said…
Rietta..
apa lagi tempah la tiket.
boleh pilih nak naik MAS @ AIR ASIA ;)
nak promo ni..naiklah MAS ye
Irfa said…
KAK NET..
lama menyepi.sibuk ye kak?
ben thanh namanya..
babi itu mmg makanan dia..so kita pegi negara orang,kenalah respek kan
Irfa said…
Rinna
jom la..sy mgkin kesana lagi next month
insya Allah kalau ada permintaan
Irfa said…
dear syuhada ;)
tq singgah sini..dan follow juga
Irfa said…
JM..
citer tu brother tu sdiri yg citer.
dia tegur sbb tgk akak jalan sensorang
dia suh hati2..risau jugak kan
Irfa said…
Stillwater..
mmg penat tapi puas..lagipun bukan selalu berjalan
terperap kat opis je ;)
jomlah..survey tiket murah ada punya

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...