Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Anak2

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

  Assalamualaikum dan Selamat Pagi ada lagi ke yang singgah sini? hahaha macam takde je Takpelah, sapu sawang kejap * mana penyapu ni? penyapu pun dah hilang kot sebab lama tak guna*  Didoakan semua sahabat blogger yang singgah sini dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki sama ada yang bekerja atau yang berniaga Aminnnn Pagi ni seperti biasa, syukur masih diberi kesempatan bernafas dimuka bumi ini Dapat tengok anak-anak bersiap ke sekolah Dapat siapkan mereka sarapan walaupun simple amat Tapi pinggan tetap licin, hehe Pinggan licin petanda sedap lah kot Dah lama tak singgah blog kengkawan Masih ada yang aktif @ bersawang macam aku jugak? Sebenarnya banyak nak tulis, sebagai kenangan  takde yang singgah @ komen pun takpe lah Emm harap penyakit M ni cepat lah hilang okbai

Hari Repot Kad Tadika, Tahun Akhir

 5 Nov 2016 Sabtu   Tadika kakcik mengadakan pertemuan dengan ibubapa untuk memberitahu sejauh mana prestasi anak-anak selama belajar disitu. Alhamdulillah komen guru tentang kakcik boleh dikatakan baik. Seorang pelajar yang mendengar kata, tulisan cantik dan kemas, boleh membaca dengan lancar. Cuma Math dia masih confuse antara tambah dan tolak, hehe.    kakcik dengan guru yang mengajarnya ni kotak hikmat, hehe segala tugasan sepanjang tahun ada dalam kotak ini simpan sebagai kenangan ye Cuma satu komen cikgu, kakcik agak lambat bergaul bila buat kerja berkumpulan. Emm tu memang tak dinafikan. Dirumah pun dia cuma berkawan dengan adik beradik, kalau ke rumah saudara mara pun dia cuma rapat dengan sepupu2 yang sebaya. Aku pun bukan selalu biarkan anak-anak main diluar rumah tanpa pengawasan, keluar aku maka keluarlah anak-anak. Kalau aku berkurung dalam rumah, dalam rumah jelah diorang main kecuali si abam yang dah pandai berkawan, itu pun seta...

Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak-Anak

Hai blog *lambai ala ratu* kebetulan bukak laptop ni meh lah kita update blog sepatah dua kata Alhamdulillah, setelah bertangguh sekian lama akhirnya urusan buka akaun Tabung Haji untuk anak2 pun selesai Susahnya sebab Tabung Haji takde di Nilai kena pegi Seremban @ Banting, yang mana terdekat Nampak sangat beza buku lama dengan buku baru buku kuning tu aku dan kakak dah bukak tahun 2010 dan 2011 tapi tak aktif, so bila nak simpan duit kat Bank Islam tak boleh katanya, akaun tak aktif kena aktifkan akaun semula di Tabung Haji Alang-alang dah sampai Tabung Haji teruslah buka akaun untuk abam, kakcik dan cikebom fuh lega rasanya Untuk buka akaun Tabung Haji - mykid @ surat beranak - isi borang di kaunter - rm10 untuk buka akaun tapi belum daftar haji, sebab perlukan rm1300 dalam akaun kalau bekerja, cuma bawak penyata kwsp terus boleh daftar next time lah, sebab penyata kwsp tak bawak (sebab tak tahu) okey, mula menyimpan dar...

Cuci Gambar Dengan LifeBuuk

Awal bulan tu ari aku ada cuci gambar guna online, dari LifeBuuk. Gara2 terpengaruh dengan kawan yang cuci gambar percutian dia. Nampak sangat comel gambar2 tu dibukukan dengan buku comel tu. Aku pun ambik jugaklah pakej, RM60/3 buku album. Nampak macam leceh je nak buat, tapi kalau tahu cara, takde lah susah mana pun. Memula sekali, korang kena install apps ni kat henpon dulu ye, pastu pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang. Bayar online, guna Maybank2u pun boleh. Nanti dapat code. Pastu follow je arahan yang simple dan senang faham. Pastu dah boleh lah upload gambar. Lagi senang kalau korang dah siap2 buatkan album dalam Facebook. Tu ari aku tak tahu, jenuh lah skroll satu-satu gambar dari galeri handphone. Tak pasal, ada gambar kena print 2kali. Rugi je Memula stress jugak pilih gambar, sampai 2x kena reject sebab gambar tak menepati piawaian diorang. Diorang akan emel kalau gambar kena resubmit balik. Aku jarang buka emel, tu yang lambat proses. Memula tu ...

Cik Purple, Oven Pertama Ku

Lebih kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut Syawal. Masa budak2 dulu, suka sangat bila Ramadhan dah nak sampai ke penghujung, hari2 pangkah kalendar mengira bila nak raya. Beza dengan umur sekarang, terasa sedih bila mengenangkan Ramadhan akan pergi *sobsobsob* . Nampak sangat aku menuju usia tua *semoga sempat merasa umur tua, dalam keadaan waras, sihat akal dan fizikal, Insha Allah*. Grup Whatapps sekolah aku, hari2 duk update buat kuih raya. Ada yang dah siap 5/6 jenis kuih. Jujurnya aku bukan lah rajin sangat nak buat kuih *ditambah pula ada sikecit yang nak melekap 24 jam, okey tak alasan?* Tapi bila mengenangkan anak dara 2 ketui tu makin membesar, aku ingin meninggalkan memori manis untuk mereka kenang bila besar nanti. Macam mana mak aku tinggalkan memori kami buat kuih sampai melecur kepala lutut aku kena oven Rama-Rama satu ketika dulu. Memori kena marah dengan ayah sebab dah lambat masak untuk berbuka sebab sibuk menggentel kuih raya. Kenangan 6 jenis kuih konon...

Aku dan Kisah Penyusuan

Ditulis sebagai kenangan dan bakal menjadi sejarah Salam Jumaat, free sikit pagi ni. Jom berblog sementara cikebom tido. Kejap lagi bangun, jangan harap dapat ngadap laptop. Hari ni nak bercerita tentang pengalaman aku tentang penyusuan. Menjadi ibu kepada 3 anak sebelum ni, ada macam2 kisah penyusuan. Sebelum aku terlupa meh kita bercerita, 'throw back' kata bebudak sekarang. Kakak: Waktu tu masih kerja shift dan tambahan pula sebagai ibu muda yang tak cukup ilmu didada, kakak cuma menyusu badan selama kurang dari 6 bulan. Aku takde ilmu tentang menyusu sebab internet pun belum kenal masa tu (tahun 2001). Bila ingat balik betapa aku menangis kerana bengkak susu (bila bekerja) sanggup perah dan buang dalam toilet, sedihnya sangat bila dikenang kembali. Masa tu jugak kakak dijaga oleh MIL di Cheras, dan kami di Nilai. Dapat jumpa anak cuma dihari cuti, lama2 kakak menolak dan susu kurang dengan sendiri. Berakhirlah kisah penyusuan aku dan kakak. Abam: Bers...

Hadiah Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum korang Bersua lagi kita dengan hari Isnin. Baru balik hantar kakak dan abam ke sekolah, ntah kenapa pagi ni bas sekolah tak datang, anak2 dah gelisah takut lambat. So aku hantar je lah, angkut sekali dengan anak2 jiran setakat yg muat keta. Nama je tak keje, tapi sibuk dan penatnya tetap sama. Sapa cakap duk umah rilex tu mungkin sesuai dgn yang ada 10 orang gaji kot, hihi.  Bila Isnin hingga Jumaat, jadual aku pun padat macam bekerja jugak. Tambah pulak bila ada jual-jual online ni. Sekarang aku dah tetapkan, cuma hari Isnin untuk urusan pengeposan. Maknanya sekali seminggu je. Kecuali ada barang urgent. Kalau boleh tunggu, memang Isnin jelah aku pos. Sekarang dah ambik tugas jadi supir anak2, petang hantar dan ambik sekolah agama, aktiviti ko-ko, kelas tambahan. Malam pulak hantar dan ambik kelas tusyen. Penat jugak kuar masuk keta. Satu hari je kuar masuk dekat 10 kali (campur ngan auta, haha) Memandangkan dah takde gaji tetap, apa sahaja dui...

Segalanya Indah, Manis dan Wangi

Tajuk atas tu tak tahu nak letak tajuk apa. Hihi. Sekarang aku dah ada idea nk update blog cara pantas (mungkin orang lain dah lama buat, aku je baru tahu, ketinggalan ko Irfa oi) . Okay, caranya ialah: Bila free, sambil BF pun boleh. Memula tu taip je cerita kat nota di henpon, hantar pada whatapps, dari whatapps tu copy dan paste kat blogger.com. Jauh kan jalan nya? Dari utara ke selatan, patah balik ke timur sampai utara, haha. Takpe lah asal blog berhapdet. Sebab skrin henpon tak besar, view blog pun tak sepenuhnya, so bila free buka laptop.. Edit je mana yg rasa tak ok, kot nk tambah apa yg kurang. Letak gambar sekeping dua sebagai hiasan... dan publish. MeTime kejap, sikenit tengah tido. Akhirnya aku terpaksa mengalah dengan buai. Walaupun dah niat taknak ajar buai tapi terpaksa mengalah sebab dia tido kejap2 sampai aku tak leh wat keje lain. Dia nak berkepit je, mana tahan. Takkan tak basuh kain, tak masak tak hapa kan. Sekarang dah pegang jawatan supir,tak larat nak usu...

Kronologi Kelahiran ke 4: Baby SAA

Assalamualaikum... Hari ni 21 Feb 2016 , genap 60 hari umur baby SAA. Dah lama bertangguh nak update kisah kelahirannya pada tahun lepas, 23 Dec 2015 . Hari ni aku pastikan post ini di publish, Insha Allah. Giler lama mengarang, 2 bulan baru siap satu post, haha. Coretan ini agak panjang, sebab aku nak abadikan dalam blog kesayangan sebagai kenangan masa depan, bagi aku ia sebuah kelahiran yg cukup istimewa kerana selama 3 bulan dia 'bersembunyi' dalam rahimku tanpa aku sedari (kerana sibuk memikirkan sakit pinggang dan belakang yang dialami) . Kandungan yang banyak menduga mental dan fizikal, permulaan yg diuji dengan bermacam ujian tapi pengakhiran yang sangat manis. Mengandung di usia 30an berbeza dgn mengandung di usia 20an, ni nasihat hakak pd adik2 yg 'family planning' tu, elok korang beranak masa muda2 nih (wah! nasihat mcm dh tua sgt dah, hihi). Aku dah maklum dari awal, bagi ibu2 yg dikategorikan berisiko (yang ada darah tinggi @ diabetes waktu mengandun...

Cuti CNY ke Lexis Hibiscus Port Dickson

Hai korang Buat apa tu? Baby SAA tengah tido, cepat update blog Taip laju-laju dalam senafas, fuh dan sila abaikan jika ada typing error, hihi *************** Sebenarnya nak stori pasal pengalaman bersalinkan baby SAA Tapi karangan lom siap, huhu Jadi kita post kisah cuti2 masa CNY yang lepas sebelum ia basi # dah banyak citer basi yang lom sempat update kat blog # sebenarnya henpon aku dah mula problem sebab terlalu banyak gambar, huhu # jadi cepat update kat blog sebelum delete/tsfer gambar dari henpon Okey, ini plan last minute oleh CikAbe # kami memang gini selalunya, jarang plan awal kalau nak kemana2 main redah je bila ada masa dan bila ada bajet, haha Bila cuti sekolah, anak2 mesti akan tanya 'nanti kita nak cuti kat mana?' hamboih korang ni, ingat ayah cop duit eh? Sebenarnya diorang takdelah demand nak bercuti setiap kali cuti sekolah Diorang okey je terperuk kat rumah bila cuti tapi kami sama cam ibubapa yang la...

'KakCik' dan Gelagatnya Yang Mencuit Hati

Hai semua, Salam Jumaat ye Okey hari ni nak bercerita tentang 'kakcik' Sementara belum ada 'baby baru' ni kan Tahun depan (January 9 tarikh yang lebih tepat) Genaplah umurnya 6 tahun Dia seorang peminat setia kucing pantang nampak kucing mesti mintak nak bela maaflah sayang, tengok dan pegang boleh bela tu umie belum mampu, huhu ( dah cuba jugak bela tapi tak tahan lama, samada hilang@mati) # kucing ni nama Ray (kepunyaan Kak Laila, tokey mee udang glemer D'laila Mee Udang Nilai ) Ni situasi biasa bila balik dari tadika Tudung senget benget tu pemandangan biasa jarang lah tengok tudung dia terletak elok sib baik masih melekat tudung tu kat kepala, hehe Tapi anak tudung dah banyak kali hilang Yang ni memang sakit perut mak aku gelak mak aku pelik kenapa pelik sangat rupa karipap ni bila citer, sakit perut gelak kata mak mana tidaknya, habis kelim karipap di gigitnya tanpa rasa bersalah alasannya "kita ...

Cuci Mata ke Johor Premium Outlet JPO dan Pertemuan Selepas 17 Tahun

Sambungan entri semalam , habis majlis di Felda Sg Sibol, yang lain2 semua bertolak balik KL tapi kami sekeluarga ke JPO (bukan nak menyoping sangat pun tapi sekadar nak kenal apa itu JPO yang orang duk cerita best sangat tu, hehe). Dari umah pengantin ke JPO dalam 40 minit je, tak jauh pun. Walaupun gerak dari felda tu hujan lebat giler tapi elok sampai ke JPO cuaca elok tak hujan pun. Merestui sangat tau, haha. Aku membayangkan JPO terletak di tengah bandar, rupanya di tengah kawasan lapang tiba2 ada bangunan. Dari jauh tiba2 ko akan nampak  bangunan dengan logo jenama terkenal, eh! kat sini ke? dah sampai? hah, gitu reaksinya. Seperti biasa, enAbe akan turunkan aku kat pintu masuk, tak payah menapak dari parking, pepaham lah mak buyung memang mengah kalau kena menapak jauh pastu jalan ngan budak2 pulak, walaupun budak besar tapi agak huru hara sikit. Lagipun aku dah cakap nak singgah kejap je, ops sebelum tu memang ada janji ngan seseorang yang dah lama tak jumpa...