Skip to main content

Posts

JANGAN BERSEDIH

SAYA SEDIH SIS, FAMILY SENDIRI PUN TAK SUPPORT BISNES SAYA 🥺 . Jangan bersedih bila apa yang kita buat tak mendapat sokongan orang terdekat seperti Pasangan (Suami @ Isteri), Mak Ayah, Adik Beradik @ Kawan2 . Jangan bersedih bila adik beradik pun tak beli apa korang jual, usah kan membeli. Nak tolong share post jualan korang kat FB diorang pun tak sudi . Jangan bersedih bila kawan rapat pun makin menjauh bila ko start menjual . Jangan bersedih bila ada kata2 negatif kedengaran di telinga seperti berikut - Ko ni dah bertahun2 aku nampak jual macam2, tapi tak kaya2 jugak - Apa ko jual ni? Ada ke orang beli? Macam penat & tak berbaloi je aku tengok Jangan tak tahu, ada orang yang dah kebal dengan kata2 negatif & tak menyokong dari mak ayah nya sendiri. Sedih bukan? Sebenarnya .. diorang bukan tak support tapi dalam diam2 diorang memerhati Mungkin juga tak yakin kerana sikap kita sendiri yang sebelum ini selalu buat kerja separuh jalan @ macam kata orang kampung aku ‘hot hot chick...
Recent posts

Yang Paling Ku Rindu Tentang Ayah

Hari ke14 Ayah pergi Terasa Ayah ada lagi. Tambahan  pula aku di Nilai, terasa macam Ayah ada di kampung & aku akan balik jumpa Ayah lagi nanti Terbayang2 yang Ayah akan buka pintu bila kereta sampai. Ayah peluk cucu2 sambil tersenyum & paling aku rindu, dapat salam tangan Ayah yg kasar itu. Tangan yg dulu nya aku rasa besar & kasar, tangan yg buat aku rasa selamat. Perkara yg akan aku rindu & tak mungkin lagi dapat aku ulangi ialah bersama2 Ayah ke Pasar Tani. Kalau Ayah datang rumah aku & kebetulan hari Ahad. Kami berdua akan ke Pasar Tani Pekan Salak. Kalau balik kampung pula, ke Pasar Tani Guchil Berjalan berduaan dengan Ayah, serasa aku kembali ke zaman kecil. Turun dari kereta, aku mengekori Ayah ke gerai jualan tulang & daging, selepas tu ke gerai sayuran & buah. Sebelum membeli, Ayah tanya ini okey tak? Yg tu nak tak? Walaupun aku sebenarnya bukan nak makan sangat, tapi aku suka dapat membayar apa yg Ayah beli. Ayah akan pegang semua plastik wala...

Pergorbanan Ayah & Ma Yang Takkan Ku Lupa

Kembali ke Blog setelah sekian lama berkampung di FB Aku rasa tak mampu luahkan semua di blog, ramai sedara mara di situ. Aku malu nak meluah apa yg aku rasa. Tapi aku perlu menulis... supaya aku tenang Semalam... aku tak boleh tido. Sempat layan telemovie bertajuk Mak Tak Bagi Balik. Kisah kerinduan Ayah pada anak perempuan sulung nya bernama Rosnah yg tinggal di asrama. Sangat menyentuh hati untuk aku yang baru kehilangan Ayah. Berkali2 aku menangis tengok watak si Ayah yg di lakon kan oleh Khir Rahman.  Walaupun kami bukan lah ‘miskin’ macam tu, tapi sebagai anak sulung, aku jadi saksi macam mana susah payah Ayah & Ma membesar kan kami dengan kerja kampung. Selama aku membesar (sekurang2nya selama 19 tahun aku di kampung sebelum merantau bekerja) Ayah melakukan banyak pekerjaan selama hayat nya. Masa aku lahir, Ayah dah menoreh, selepas tu kerja buruh bangunan di Singapore yang 3/4 bulan sekali baru balik, beberapa lama kemudian Ayah balik ke kampung dan bekerja sebagai pene...

Ayah Dah Pergi Untuk Selamanya

Assalamualaikum . Hari ni aku nak menulis coretan yg panjang tentang Ayah & moga ini kali terakhir aku menulis nya. Selepas ini, aku akan simpan dalam memori selamanya. Aku ingin berkongsi sementara semuanya masih segar dalam ingatan (post ni akan di set only for me bila sampai masanya) Hari ke9 Ayah pergi, aku juga dah kembali ke rumah semalam setelah seminggu di kampung. Last aku jumpa & peluk Ayah ialah pada 9 Mac lepas (83 hari selepas itu, Ayah pergi selamanya) Berat hati nak tinggal kan Ma & Adik Bongsu tapi aku juga ada tanggungjawab kepada keluarga kecil ku & hidup mesti di teruskan 😢 Aku menulis & abadikan di laman FB ini sebagai kenangan utk diri sendiri, anak2 ku, keluarga & yg pernah mengenali Ayah semasa hidup nya ‘PERGI NYA’ HERO PERTAMA KU❤️ Ayahanda ku Abdullah Sani bin Majid (di kampung, Ayah dikenali dengan nama PokTeh Sani @ pokteh 20 Dec 1954 - 31 Mei 2020 ( 65 Tahun 5 Bulan 12 Hari) Waktu Peme...

Tahun 2020 Yang Menjadi Sejarah Dunia

Ini bukan tulisan ku tapi copy paste yang di terima di Grup Whatapps. Kredit kepada Penulis Asal yang tak diketahui. Mohon izin simpan di blog sebagai kenangan akan datang 18 MAC - 31 MAC 2020   fasa 1 01 APR - 14 APR 2020      fasa 2 15 APR - 28 APR 2020      fasa 3 29 APR - 12 MEI 2020      fasa 4 Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾 📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter 📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah. 📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. 📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan 📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan 📍Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. 📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai. 📍Kedai bukan keperluan asas dan p...

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Tips ke Airport dengan mudah

Gambar dirakam masa hantar EnAbe nak terbang bertugas ke Jeddah Hai blog Belek2 gambar dalam galeri handphone ni, mak aihhh, banyaknya gambar. Sebelum delete jom la kita bercerita sikit Okay, semua orang suka pergi bercutikan?  Lagi-lagi kalau pergi naik flight walaupun dalam Malaysia, jimat masa dan tenaga. So, kalau Airasia tengah promo tu grab je tiket yang rasa nak pergi nanti, planning kemudian. Yelah kalau tiket ke Penang, Alor Setar, Kota Bahru dan lain-lain RM24 je return, siapa tak nak kan? Naik bas pun mahal lagi. Tak payah fikir pasal tol dan minyak kereta dah. Boleh jalan dengan tenang nanti. Benda yang penting kita beli dulu, cuti approve ke tak nanti fikir kemudian. Selalunya kalau dah beli tiket kita akan fikirkan cara juga macam mana nak ambil cuti nanti, percayalah.  Nak tanya, selalu korang pergi airport naik apa? Drive sendiri sampai airport pastu parking kat situ? Hmmmm kalau pergi dengan member 4 ke 5 orang aku rasa berbaloi lah untuk park ...