Assalamualaikum . Hari ni aku nak menulis coretan yg panjang tentang Ayah & moga ini kali terakhir aku menulis nya. Selepas ini, aku akan simpan dalam memori selamanya. Aku ingin berkongsi sementara semuanya masih segar dalam ingatan (post ni akan di set only for me bila sampai masanya) Hari ke9 Ayah pergi, aku juga dah kembali ke rumah semalam setelah seminggu di kampung. Last aku jumpa & peluk Ayah ialah pada 9 Mac lepas (83 hari selepas itu, Ayah pergi selamanya) Berat hati nak tinggal kan Ma & Adik Bongsu tapi aku juga ada tanggungjawab kepada keluarga kecil ku & hidup mesti di teruskan 😢 Aku menulis & abadikan di laman FB ini sebagai kenangan utk diri sendiri, anak2 ku, keluarga & yg pernah mengenali Ayah semasa hidup nya ‘PERGI NYA’ HERO PERTAMA KU❤️ Ayahanda ku Abdullah Sani bin Majid (di kampung, Ayah dikenali dengan nama PokTeh Sani @ pokteh 20 Dec 1954 - 31 Mei 2020 ( 65 Tahun 5 Bulan 12 Hari) Waktu Peme...