Skip to main content

Cerita Makan Kenduri di Puchong dan Shah Alam

* hidung ada bunyi soksek soksek, makan pun takde rasa, hidung tersumbat*

Banyak yang nak stori, tapi tak tahu nak start yang mana dulu. Mood terjun lombong lepas bercuti 3 hari. Lemau tersangat lemau, macam biskut masuk angin, huhu.

Mak dah balik kampung malam tadi, mak kat umah aku 2 malam, umah adik 2 malam kot. Alhamdulillah misi mak untuk ke kenduri di 2 tempat telah terlaksana.

SABTU:
Kenduri Pertama di Puchong Indah

Ini kenduri sepupu mak, kawinkan anak lelaki sulungnya. Besar kendurinya, khemah sampai tutup 2 jalan masuk. Makanan pun sedap, air ada 4 jenis siap cendol lagi. Kagum aku tengok orang buat kenduri besar-besar gini. Sambil makan, otak pun laju wat kira-kira bodoh

'berapa agaknya sewa khemah ngan pelamin ni ye?'
'makanan ni, berapa rm agaknya satu kepala?'
'sewa photobooth ni bape rm  agaknya? *zaman aku takde pulak photobooth bagai nih*

very de kak kiah sangat, makan jelah jangan manyak songeh boleh? hihi

apa? gambar kat kenduri?
nak sekeping buat alas mata

posing dah lawa depan pelamin
sekali ada pulak yang menonggeng kat belakang
terus rosak gambar
tak jadi nak letak dalam frame, emmm

bergambar dengan mak pengantin
eh! sikenit pakai tudung nampak jambul lah, hihi

Dah nak balik baru tahu, itu majlis sambut menantu *macam ni punya besar majlis sambut menantu, majlis kahwin tu ari besar mana agaknya*

AHAD:
Kenduri ke dua di Seksyen 18, Shah Alam

Pun sepupu kamceng mak kawinkan anak bongsunya (pompuan). Makcik ni aku panggil MakBusu. Memula datang merantau, aku menumpang umah mak busu ni 2 minggu sebelum dapat keje. Anaknya 3 orang, lelaki yang sulung tu sebaya aku dan 2 pompuan, ni kira kenduri last lah.

mak busu (tudung hijau) dan mak berpeluk sakan sebab lama tak jumpa 

dear adik F
selamat pengantin baru. moga bahagia hingga ke syurga
my anak3 n my anak buah
Kenduri ni pun best menu makananya ( ko apa yang tak best? huhu). Meja hidangan pun setting cam meja buffet kat hotel (takde gambar, malu wei nak snap foto kat majlis orang).

Ada satu yang unik kat majlis ni, pengantin lelaki nak naik atas pelamin kena bayar tol. First time aku tengok, ish... berpeluh jugak pengantin kalau dibuatnya banyak tol kena bayar. Mungkin dah diberitahu awal, so pengantin lelaki tak cakap banyak, bayar semua tol terus dapat naik pelamin. Orang kata adat Johor yang main bayar2 tol ni, ye lah agaknya sebab suami makcik ni orang Johor.

terus parkinson gambar, huhu
macam lah ko lak yang kena bayar tol ye

Okey tu je kisah kami layan kenduri di hari Merdeka

Comments

Aziela said…
Kalau akak pun nak snap gambar, selalunya apa yang ada dalam pinggan jer. Nak ambik kat buffet spread tu, segan agak tebal sikit.
Kakcik Seroja said…
Seronok juga pergi kenduri ni, tengok ragam macam2.,, :)
Unknown said…
orang johor banyak tol.. seb baik laki aku tak kena aritu..hehe..

ko sama ngan shujin.. suka tolong kira bajet orang nak buat kenduri.. ni nak cakap benda yg sama aku cakap kat dia.. kita datang.. kita makan..doakan diorang bahagia dunia akhirat.. berapa dia nak spend, tu kemampuan dia..dia nak pinjam ke hutang ke..jgn duk pk sangat.. hehehe..

aku kalau pegi kenduri, shujin je yg tolong ambikkan makanan dari meja buffet.. so mmg takde la aku nak gigih pegi ambik gambar..aku kan pemalu..haha
Msg2 sibuk g undangan kawen. Nape aku x dpt eh? Hehehehe! Tapi klu aku g majlis kawen, pyh nak bergambo. Nak2 bila dah ade baby ni. Mmmm...
Nieda Ramly said…
sweet sangat gambar 3 beradik tu
Mak Wardah said…
musim merdeka ni byk betul kenduri kawen....
LYAfrina said…
selamat pengantin baru..
cantik kaler theme+pelamin
hehehehe.. masa akak kahwin dulu pun ada tol, org Johorlah katakan...
:: CIKVIVA :: said…
meriahnya...kita tak pegi pon..huhu
paridah said…
nak berkenduri khwin ni bagi org kampung ribu2 juga hbs...nampak meriah kenduri ni happy wedding day buat pengantin...moga kekal bhgia hnngga akirat...
Kopiolimauice said…
uih belanja besar tu...hahha pengantin dah siap2 masuk kan duit RM2 dlm sampul ;p janji bayar tol

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...