Skip to main content

Para IbuBapa, Tarik Nafas dan Bertenang

Update Lelaju:

Rata2 samada di laman muka buku mahupun whatapps grup tajuk yang sama
perasaan nervous ibubapa yang anak2 exam UPSR bermula hari ni

aku dah hadapi tahun lepas
wpun kakak exam nun di kampung dan aku disini
jarak tidak memisahkan kami
doa melepasi sempadan
#sila kagum dengan penggunaan ayat yang kebabom itu

setiap saat ingat kat dia
setiap saat minta pada Allah bagi kakak extra ketenangan menjawab soklan
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar
itu kisah tahun lepas

tahun ni rasanya dalam family takde yang ambik UPSR
yang ramai adalah anak2 kengkawan
kawan sekolah
kawan fb
kawan blog

dah usaha sehabis baik kan?
jadi masa ni kita jawab sebaik mungkin dan tawallal pada Allah

# ramai kot yang ambik cuti masa anak exam
itu salah satu usaha si ibu demi anak kesayangan
tp aku dulu tak cuti pun
mana tidaknya, setiap tahun asik merungut tak cukup cuti, huhu



Comments

MizzTina said…
smla, xde dlm family yg amik upsr.. anak kengkwn je ada.. gud luck utk semua yg amik exam upsr..
Aziela said…
Sama, akak tak cuti juga sebab cuti dah habis. Tapi berulang dari PD ke KL tiap2 hari. Bukan calon jer yang nerves. seisi rumah nervous. Nenek atuk siap demam2 lagi...
paridah said…
assalam anak irfa baru sorang yg dh lps UPSR kan ada lagi yg bakal mendebarkan jantung irfa tu...didoakan kejayaan kpd calon2 UPSR tahun ni ya...
sitiezahim said…
Salam kak irfa... Betul kan kita ni jadi ibu tak pernah senang hati kalau anak nak exam... Takpe doa je banyak2 upsr ni tak de la ke mana sangat pon kan heheh
Ratu Hatiku said…
Samalah kita thn lepas anak UPSR jd thn nie xde sausah hati psl ank2 yg nak exam besar mcmni...uhuhuh..
PetakBunga said…
dao ibu kan xde sempadan.. x cuti bukan maksud x ambil berat..
eh.. ct dah dpt 20 hr.. tp apasal tiap bulan asyik kena potong gaji ni.. hantu ke makan cuti aku..sed
Dr K said…
saya masih belum rasa " perasaan " itu..
sebab anak saya tahun depan baru nak masuk darjah 1..hahaha
Zaitun said…
Kak zai sudah tidak ada anak2 yang masih bersekolah tinggal yang bongsu dalam pengajian tinggi.
Mulan said…
Moga semua berjaya dgn cemerlang...
Nastyna said…
musim exam ker skang ni. all the best kepada mereka.
Ana Jingga said…
salam ukhwah irfa, setiap kali anak2 ambil major exam macam ni, ibulah yg paling gementar kan..ayah rileks je..doakan yg terbaik buat semua anak2 UPSR.. :)
dekdaa said…
Ha ah ramai jah amik coti, lengang opis ni.

Iolsss kena tggu 12tahun lg anak upsr heee :D
mamabeauty said…
dah lama tak merasa hehe.. anak2 dah besar.. cuma tahun ni anak nak amik PMR je lah..

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...