Skip to main content

Sebuah Pengorbanan

Salam Sejahtera and Happy Wednesday untuk semua

Pagi ni bertemu seseorang
Happy dapat jumpa dia yang kini bebas buat apa yang dia suka
mengembara ke bumi asing dengan semangat baru
Sis, TQ banyak2 ye. Sudi dating n bekfes sesama tadi
Selamat terbang ke UK
(bukan ulu kelang ye, hihi)

tajuk atas tu aku sebenarnya tak tahu nak letak apa
so letak jelah tajuk Sebuah Pengorbanan
sapa yang terkorban, di korban @ mengorban
i also dont know
yang pasti raya Haji nanti banyak lembu akan terkorban, hihi



sikecil berwajah baru start awal bulan September ni
tapi pakai untuk tengok tv je
main lompat2 bintang tak pakai pun
dahla letak merata, jenuh mencari bila nak pakai
dah pesan letak kat satu tempat pun, ada hari buat, ada hari dia letak je mana dia suka
tapi 'kite' still cute kan?
sapa nak puji selain omie dia kan?  

ini budak, setiap makan akan tanya
'esok umie cuti tak?'

Ada sesapa yang baca blog aku ni yang dulunya bekerja makan gaji
dan sekarang jadi suri rumah?
sila angkat keyboard

tolong share sikit bagaimana kisah bermula?
bagaimana nak mulakan hidup baru?
@
belum lagi jadi suri rumah tapi ada niat yang sama
boleh juga kongsi apa perancangan korang andaikata tidak lagi bekerja makan gaji


selamat mengomen

(^_-)



Comments

rintzpalil said…
Saya berhajat nak jadi surirumah suatu hari nanti. Perancangan nak kerja dari rumah. Boleh masak, kemas, ambil ank sekolah sendiri.
Kakzakie Purvit said…
Kakak memang sah akan terus bekerja sehingga pencen. Dulu masa anak2 kecik ada terfikir macam itu bila asyik terpaksa tukar bibik tak sudah. Tapi bila anak dah besar sekarang macam tak mahu dah duduk rumah sendirian - boring kot.
Siti Sharini said…
alamak..mother's inspiration ituuuuu..terasa di hati..
Ratu Hatiku said…
Teringin gak nak jd surirumah tp rasanya smpai pencen gak kot keje...uhuhuhuh
Unknown said…
Assalamualaikum Irfa, Insya Allah x lama lagi akan jadi surirumah sepenuh masa...lepas 21 tahun bekerja makan gaji rasanya lebih baik berehat dan buat bisnes (kecil-kecilan)sendiri. Nak spend time ngan anak-anak, nak gi travelling, nak bersenam...ehe..eh...macam2 ler :)
paridah said…
kerja di ofis sambil urus rumahtangga lbh sibuk tapi xlah boring sgt...kak dulu elok2 kerja ofis disuruh duk rumah..fedup sungguh.
akak dulu teringin nak jadik surirumah.. kalau nak tahu sedap tak sedap jadi surirumah, trylah ambil cuti tanpa gaji 3 bulan.. lepas tu boleh buat keputusan.. hihi
izawani said…
Hehehe... boleh dak komen gelak jer ?
sweetie said…
Saya setahun dua je lagi nak pencen Irfa... pastu cadang nak duduk rumah... lepak-lepak dan bersenang-senang hati...dan 'terbang' ke sana kemari bagi burung... lalalla... Anak-anak pun grad tahun depan... skrg mereka paham kenapa dulu terpaksa di tinggalkan sendirian dan berdikari di rumah...
mamabeauty said…
saya masih bekerja tetapi sekarang dah start buat part time business utk persediaan .. saya suka dok umah dan punyai pendapatan yang hampir atau lebih dari gaji saya sekarang.. why not kan if difikirkan.. kena ada perancangan kot for long terms...

Nastyna said…
nah keyboard terangkat tinggi ni, tapi I takleh nak share sangat sebab I dah tak kerja masa nak kawen tu. Btw.. skang ni kalau ada peluang, memang saya nak kerja.
Nizam.Ariff said…
Setuju saranan ambik cuti tanpa gaji sebulan dua....boleh buat simulasi...
Kalau nak simulasikan akaun rumah, cuba ketepikan kesemua gaji bulanan selama 2-3 bulan ambil sedikit utk belanja tubuh dan petrol shj...
zino said…
dua tahun lagi duduk rumah dah...
nak rehat nak berjalan2.. itu pun kalau cukup duit la
Aisy Nasiha said…
Saya, hihi.. tapi impian je nal jadi surirumah.. realiti entah bila nak capai tu sebab fikirkan kewangan dan keseronokan yang ada. Kalau dah tak kerja, kurangla masa dengan kawan. Seronok masa ajar anak2 orang tu dah tak rasa lagi.. takit bosan tengok rumah 24jam pun ada juga terfikir. Kan asyik nak gaduh dengan suami je. Macan2 la fikir. Masa buka cuti dan masa kerja banyak je terasa nak jafi surirumah.
assalamualaikum kak ifa! hehe kakak ke? saya tak pasti maafkan saya kalau tersilap, saya tiera umur 25 tak lama lagi nak masuk 26 dah err3...

sebenarnya ada org tag saya LIEBSTER AWARD, entah apa benda saya tak faham. tapi cuba baca rupanya kena tag 11 blog lain dlm post kita. so saya google2 jumpa blog happy irfa ni hihi


sb nama happy irfa sy klik. saya ni suka yang happy2 je, yg murung2 x mo kwn :p

so kalau sudi happy irfa jawab 11 soalan yg saya tag happy irfa boleh? :)


kat sini ye...hehe saya dah letak blog happyirfah kat entry saya. selamat berkenalan :)

http://sweettyra.blogspot.com
Zaitun said…
Asalnya kak zai bekerja kemudian berhenti buat bisnes lepas tu jadi suri rumah sepenuh masa.

Masaalah pembantu rumah dan anak sakit membuatkan kak zai duduk rumah.Mulanya boring tapi lama2 seronok sebab dapat jaga dan didik anak2 sendiri.
Aisyah said…
ifa..akak rase kalo ifa duk umah..pasti bisness pun on jgk..so tak boring..dan tentu ada income seniri..at the same time dpt menguruskan anak2 dan rumahtangga..
aizamia3 said…
Setakat ni belum lagi boleh nak jadi surirumah sepenuh masa walau dalam hati memang nakkan cara macam tu..
Zareda Norman said…
Kak zar surirumah skrg dlm masa 2 tahun ni. Tapi anak sorg duduk asrama plak tu.. kebosanan yg teramat. Mcm ni mmg akak akan kerja smpi 55 tahun kot.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...