Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Nuffnang

Nuffnang Bagi Duit. Jom Beli Kasut Idaman

Fuh fuh fuh, banyaknya sawang maaf la ye korang, kalau singgah tak berhapdet tuan rumah sibuk semenjak dua menjak nih apa yang disibukkan pun tak tahu lah okey, nak show off kasut ni aku berkenan masa beli kasut kakak tu ari tapi tengok rega, macam sayang duit pulak cantik tak? sila angguk laju-laju * tiba2 rasa kaler ni lagi lawa dr yang aku dah beli, huhu* nak jadi cerita, bulan lepas intai tabung ayam Nuffnang alahai, lambat sangat nak jadi 4 angka, huhu cash out jelah tambah sikit $$, dapat lah kasut idaman taklah terasa sangat berbanding bayar full dengan duit dari poket sendiri rambang mata, sampai kedai rasa berkenan kaler ni pulak   tak sabar nak cuti-cuti sambil melaram kasut baru #selalu kena kutuk ngan CikViva katanya, rasanya ko ni patut sebaya kakak kot minat benda yang tak sesuai dengan umur apa ada pada umur? umur tua, tapi jiwa muda, pedehal (^_^)

3 BE Untuk Sambut Ramadhan

Sarapan apa pagi ni? esok jangan pulak buat2 lupa ye, tetibba bangun tido lepas subuh tu pi bancuh milo pulak ye, esok pagi kita sahur je esok no more sarapan selepas subuh okey ;). Tadi kan aku bersarapan popia besar (memang besar pun, size selebar tapak tangan aku, nak ambik gambar segan sebab sarapan kat opis orang lain, huhu) . Tapi memang sedap sangat intinya, ada bawang goreng dan sengkuang dalam tu. Katanya 'ex staff yang jual. dia ada buka kedai di medan selera dalam Tesco Nilai, kalau teringin boleh la pegi sana nanti' . Ingat tak nak menulis dalam bulan posa nanti, yelah sangat. Tapi sesaja gi jenguk Nufnang. eh! ada 3 ketui BE sangkut kat situ. emm baikla pulak en Nuffnang ni. TQ kepada Drypers Quality Story, Kanebo Kate SS Collection (dah ada kat situ sejak 3Julai lepas) dan terbaru pagi ni ialah Sunsilk. Moga bertahan lama :) # rezki bulan posa kot (^_^) bukan banyak pun tp siap buat entri maklumlah, bukan senang BE nak singgah kat blog sendu mac...