Skip to main content

Hidup Membawa Nama Orang Tua

Salam Jumaat
best kan dah jumaat?
hari yang sentiasa di nanti-nantikan

Ni nak share
tentang macam mana kesan perangai seseorang anak akan melibatkan orang tuanya
selalu kita dengar, bila berlaku sesuatu perkara yang melibatkan perangai anak
samada perangai 'yang baik @ yang buruk'

contoh situasi ialah:

bila perangai anak baik:
'baiknya budak tu, untung mak ayah dia'

bila perangai anak kurang baik jahat:
'jahat sungguh perangai, anak sapa lah agaknya
ni mesti mak ayah tak ajar ni'

nama mak ayah tetap akan di kaitkan
kalau baik, Alhamdulillah
kalau buruk, mak ayah yang dah mati pun orang sebut
sedihkan?

so, nak buat sesuatu perkara
ingatlah ORANG TUA

gambar sekadar hiasan

pagi tadi, jam 8.30 pagi
ayah dan adik selamat 'terbang' balik kampung
Mak masih ada disini menemankan adik ipar sedang pantang
Ayah memang tak boleh duk lama umah anak2
Baru semalam, dah sibuk suh belikan tiket balik
ni pun aku 'tipu sunat' cakap takde tiket
so bertahanlah sampai 3 malam
# maaf ye ayah, hihi 


antara lelaki2 kesayangan dalam hidup aku
sayang kamu berdua ketat-ketat
memuah....

tuan blog bersama ayahanda terchenta 
selamat berhujung minggu

(^_^)


Comments

PetakBunga said…
tu lah pasal hubunga anak beranak tak putus sampai bila2.
Jari Manis said…
Betul tu..hari jumaat lah hari yang di tunggu2..
Wahhh...ini baru betul anak ayah...seiras heee
Acik Erna said…
Tahan juga mak kan..tak ikut ayah dan adik balik
Nastyna said…
kalau kat sini lagi la, deme panggil nama bapak terus. so kalau nak buat sesuatu, macam pikir banyak2 kali muahaha. hensem bapak tuan belog, orang tua selalu camtu kan, rumah mereka sendiri juga yang heaven.
paridah said…
selamat berhujung minggu...sayangi ibu bapa ibadah mulia.
Rumah Kuning said…
Wah....hensem gituuu
Nick Nashram said…
tak kisah la baik buruk, nama mak ayah tetap dikaitkan kan..
so, nak buat something tu kena fikir juta2 kali dulu la :)
Aisyah said…
Seronokknyer..ifa rapat ngan ayah..S
dekdaa said…
Kalu gurrau dgn anok pun.. musti oyat "anok sapoooo la nih" hahaha!
Zaitun said…
Salam irfa.

Sayang mak dan ayah sampai hujung nyawa.

p/s kak Zai baru beli kuali yang irfa tunjukkan kat n3 lepas. Beli kat Rantau Panjang brand Vantage.
HEMY said…
minggu depan kot ada sebab nak ke klia2 tu..huhu
SalbiahM said…
hehe..betul-betul. walau kita dah dewasa macammana pun orang tetap akan kaitkan mak ayah dengan kita.hubungan yang takkan putus :)
LYAfrina said…
hihi...
biasalah org tua.. suka suasana kampung.. kalo bandar bosan, asyik terperap kan.. kalo dikampung byk pkara blh buat
isme_cv said…
Untung kan keje kat terminal...huhuh
Anak ayah terrr...
Anonymous said…
Hi there, I check your blog like every week. Your story-telling
style is witty, keep it up!

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

GA: Nak Bagi Hadiah Sempena Besday Aku, Nak Tak?

I LOVE FEBRUARY (^_^) kerana February adalah bulan kelahiranku *wpun mak kata, lahirkan aku 31Jan, tapi di daftar kan pada 1 Feb, huhu secara rasminya, dalam surat beranak n ic, aku lahir 1 Feb February banyak cuti kalau pandai plan, penjimatan berganda dibulan Feb ini Pada 1 February lepas aku dengan baik hatinya bagi cuti pada semua yang bekerja di Wilayah suka tak? sori gurau je eh Ok, yang ni tak gurau memandangkan aku dapat 'hadiah besday yang tak disangka' oleh 'teman sebilik' makanya, aku nak bagi hadiah kepada 5 pengomen bertuah #mintak tolong ye, kalau korang join, sila check balik kotlah korang menang yang lepas2 pun ada lagi yang yang tak claim hadiah GA aku pun dah lupa sapa yang tak claim, huhu soalannya berbunyi begini HAPPY IRFA ADA BERAPA ORANG ADIK? bukan adik-beradik ye sila jawab dalam sekali napas 5 orang terawal dapat jawab dengan tepat ada hadiah menanti selamat mencuba (^_^) ...