Skip to main content

Nanti Bila Kiamat, Sempat Tak Besar?

Salam Isnin kengkawan...

Ramai ke yang keje hari ni? Esok cuti Isra' Mikraj kan? Selangor cuti ke? Rasanya tak cuti.

Hari ni last anak2 bersekolah, lepas tu cuti panjang 2 minggu. Tapi ada jugak yang dapat cuti dari 'mak ayah', dengan alasan 'ala, sehari je lagi sekolah, tak yah lah pegi, bukan belajar pun' emm boleh lak gitu ye.

Lama tak citer pasal anak-anak kan?

Meh nak stori pasal Abam, My Only Hero. Tu hari dia ada citer 'Ustaz kata nanti dunia akan kiamat, semua akan hancur sampai takde apa2 lagi kat dunia ni. Semua orang akan mati, binatang akan mati. Tapi kita tak tahu bila kiamat kan? Umie rasa sempat tak abam besar?'. Hambek ko, bukan mati kutu je, bapak segala kutu pun mati dapat soklan camni. huhu.

Aku terangkan pada abam, Kiamat tu PASTI. Tapi bila akan berlaku Kiamat, itu hanya Allah saja yang tahu. Sebagai hambaNya, kita tunaikan semua suruhan Allah. Jangan buat yang dilarang. Tunaikan solat 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, buat baik pada IbuBapa. Moga balasan Syurga buat kita di alam sana nanti. Citer lebih2 kang pening lak budak 9 tahun tu.

Aku penah jadi budak, aku jugak tahu macam mana rasa takut membayangkan datangnya hari Kiamat (ada kisah yang agak memalukan untuk diceritakan, tapi kalau mak aku ulang balik citer ni, aku rasa macam nak lari menyorok dalam tong drum pastu telungkupkan tong drum tu).

Ceritanya begini, kata malu tapi nak citer jugak pehal? 

Kejadian berlaku masa aku sekolah rendah, mungkin darjah 1@2 kot. Kat sekolah ustaz ada citer pasal hari Kiamat. Macam mana dunia ini akan jadi bila datangnya Kiamat. Setiap hari aku membayangkan Kiamat datang dan sodok kampung aku sampai jadi lapang macam padang bola. Semua orang mati terpenyek. Hebat tak imaginasi aku?

Satu petang nan indah, di tiup angin sepoi2 bahasa. Aku tengah main masak2 kot masa tu. Sekali aku dengar bunyi macam kuat sangat, macam bunyi engin yang sangat besar. Korang tahu apa yang aku fikir? Aku rasa Kiamat datang, tak toleh kiri kanan, aku lari naik atas rumah masa tu rumah mak aku masih rumah papan, mak tengah masak. Aku cakap kat mak 'cepat Ma, kita lari, ambik adik tu. Nak kiamat dah ni' tapi yang peliknya mak aku wat sadin je. Aku lari turun dengan selipar di tangan, terus lari ke rumah nenek aku kat ujung kampung sambil menangis sepanjang jalan.

Aku dah tak ingat apa jadi lepas tu, tapi aku ingat part mak aku citer je. Kata mak, aku nanges sampai tertido umah nenek, yang nenek pulak ingat mak aku lari rumah sebab kena marah dengan mak aku. Bila mak datang cari aku, barulah nenek tahu kisah sebenar. Aku lari sebab bunyi yang kuat tu datang dari jentolak yang nak ratakan tanah.

Sampai sekarang, aku malas kalau ingat balik kisah tu. Ia sangat memalukan rasanya. hik hik hik

okey tu je nak citer, daaaaaaaa


Comments

Jari Manis said…
Oh Abam...kelakar pun ada gak soalan nya tu tapi ada benarnya...jadi ibu nye dengan bijak sekali menjawab nyer...
Kakzakie Purvit said…
Kalau cerita kat abam mahu kena gelakkan dia:)
Unknown said…
hahahha...sempat lagi lari dari umah takut kiamat...mcm boleh bayangkan keadaan tu..kihkihkih
Aziela said…
Hahahahah....isttiqomah sungguh....hahahahaha
Unknown said…
Budak2.. hati dia org bersih.. ikhlas.. tu sebab soalan selalu tahap "cepu mas".
Mcm Amsyar pernah tanya ke sepupu K.Sham..
"Mak Long pakai tudung time kat opis saja ke?.. kain tudung tu macam uniform ke?"
Deep.. very deep..
~adeQ~ said…
Kak, anak dara saya belum nak tanya lagi tu...adik datang mcm mana. Haru kot nak jawab masa tu. Anak lelaki, anak perempuan...banyak benda nak kena terangkan....
Rasanya zaman sekarang lagi mencabar nak besarkan anak-anak sebab diorang terdedah dengan bamyak maklumat kan....
MOKCIK AZWA said…
hahaha...alahai..zaman kanak2 kan Irfa..pasti ada kenangan mengusik jiwa hehehe

Bagus soalan Abam tu.. mujur maknya pun bijak menjawab hehehe
HeNRieTTa JoSe said…
kiamat tu macam jentolak erk...hehehe...uiks kalu dapat soklan camtu....rietta pown mti kutu jugak tu...
Irfa said…
MISZ SHEYLA..
oh dear
sila jangan bayangkan, kalah juara lumba lari dunia kalau tgk balik cara larian saya masa tu kot
Irfa said…
KAK ZAKIE..
sy tak penah citer kat anak2
ntah2 hasben pun x penah dgr citer ni
tp kalau mak dan adik2 saya mmg tahu kisah ni
kalau abam baca blog ni mgkin dia akan tahu, haha
Irfa said…
JM..
ada masa tak leh jawab, buat2 tak dengar
boleh?
isme_cv said…
Mmg sadis kalau igt balik kisah sodok tu...kelakar seramm...ahhahah

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...