Skip to main content

Vietnam Trip 2014: Last Day, $$ Dah Susut, Jom Kita Balik

Last Day at Ho Chi Minh, Vietnam

Pepagi tu aku terbangun sebab ekon sangat sejuk, macam tido dalam peti ais (eh! pernah rasa ke?). Jam  kat dinding baru 6.30 pagi tapi terang benderang macam cam 9.00 pagi di Malaysia.

Sambung golek2 sebab keluar pepagi pun kedai belum bukak, dalam jam 9.30 baru kami turun. Teman kan akak tu cari barang orang kirim, aku dah takde barang nak beli kecuali 3 barang:

- beg sandang Deuter kiriman orang yang nak ke Istanbul tak lama lagi (emm, siapakah?)
- handbag kiriman seorang blogger (dirahsiakan atas faktor keselamatan, hihi)
- kopi Vietnam 3in1 untuk Mil




Sesambil tu cuci mata, cuci jelah sebab duit dah tinggal hujung nyawa, hihi


berkenan kat Jubah Princess Cutting ni, kalau aku jual ada yang berkenan tak?
macam2 size ada dari S-XXL
material dari kain jenis cotton yang sejuk dipakai 

cari sedikit souvenier untuk yang membeli dari Hajar Closet

Jam 12.30 kami dah ready to check out
tumpang letak beg kat lobi hotel pastu gi makan kat kedai Basiroh

nasi + ikan goreng sedikit sayur
RM 8

sebelum ke airport isi perut dulu sebab flight kami jam 7.30 malam
kami ambil taxi Vinasun ke airport dengan bayaran USD8
tapi kami bayar USD10, baki tips utk driver
suka dia wpun cuma USD2 :)

Flight balik kami delay sampai jam 8.45 malam sebab cuaca tak berapa baik dari Klia
kami diberi kupon makan, tapi aku cuma ambil air tin je
tak lalu nak makan makanan yang disediakan

Alhamdulillah, selamat sampai ke Klia jam 11.50 malam
HomeSweetHome

(^_^)



Comments

MOKCIK AZWA said…
Tengok gambar jubah tu..masa tengok real kenapa tak berkenan yer..tengok dalam gambar ni nampak lawa pulak hahahaha...dasarrr...kan alasan nak pergi shopping lagi hahahha
Tijah said…
Taun depan aku nak ikut leh? Hiks!
Jari Manis said…
Menu d kedai mkn basiroh tu sama je setiap thn hikss
Acik Erna said…
Tijah..apo lambek bona sampai taun dopan hi hi....akak tak berani nak ikut jah..takut tak boleh bangun duduk dakam longgokan telekung yang cantik2 tu
JunAina said…
Kalau kat Malaysia rege makanan mcm tu kena boikot dah kedai tu...:)

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...