Skip to main content

Vietnam Trip 2014: Pho Noodles dan Kopi Ais Vietnam

Amaran Keras:
sila abaikan gambar dari kamera hp yang sangat kelabu asap itu
henpon cap ayam katik katanya 
# malas sangat nak keluarkan kamera dari beg, padan le muka

~*~*~*~*~
sambungan dari sini

sampai je Thanh Thu hotel, konon nak survey harga bilik dulu
bajet kami usd10 je sorang, tapi malas dah nak tarik beg
terus buat keputusan duk situ
# kalau rajin sikit mencari, boleh dapat usd20/satu malam

check in time jam 2 petang
so tak leh masuk bilik lagi sebab masa tu baru jam 11.30 pagi
tumpang letak beg, so kami jalan2 dulu

masuk kedai2 sekeliling Ben Thanh
cuci mata tengok barang dan tengok orang
seperti biasa, sana sini orang kita

Sebelum datang dah janji nak kerumah sorang 'hajah'
aku tak kenal pun, tapi di perkenalkan oleh kawan yang kesana minggu lepas
aku dah wsap bagitau nak datang


lepas beramah mesra dan pilih barang
mintak staf 'hajah' hantarkan barang ke hotel
elok waktu tu dah jam 3.00 petang
terus check in dan dapat kunci bilik 


lepas dah simpan barang dalam bilik
mandi dan solat, makan sekali sebab akak tu bawak bekal nasi
# penjimatan berganda disitu ye

dah kenyang perut, badan dah segar kena air
jom keluar semula sambung misi yang belum setel

cuci mata tengok telekong cantik
# abislah orang belakang duk tengok renda telekong korang kalau korang solat duk saf depan

konfem kakton gelemer sekampung pakai baju ni masa raya nanti 


tak penah kot aku sedondon satu family
sedondon ngan anak2 penah ler, sama kaler je tapi bukan 'kain sekayu' hihi  


keluar masuk kedai
selesaikan semua list yang orang kirim
balik hotel seret kaki sebab penat sangat
sebelum tu aku beli beg besar untuk isi barang
sebab aku memang datang lenggang kangkung tak bawak beg pun 

sebelum naik hotel jom makan dulu
lokasi sebelah hotel je

Pho Noodles

Pho Noodles yang katanya tak sah kalau sampai Vietnam tak makan ni
aku taruk sambal cili lepas tu rasa terbakar lidah sebab pedas sangat
padahal aku ni memang suka pedas, tp ni pedas gila  


makan dengan daun yang bau pelik ni
daun selasih katanya
ada bau pelik, tapi aku suka je
kunyah macam ulam 



Kopi Ais Vietnam

kepedasan itu di hilangkan dengan Kopi Ais yang kaw punya
sekali sedut abis segelas
3x kali kot aku minum kopi ais ni masa kat sana
# patutlah mil kata dah ketagih dengan kopi ais ni
siang malam minum kopi ais masa mil datang sini



lepas makan, naik bilik
nanti sambung misi ke Pasar Malam

daa


Comments

Ailove Uhusband said…
dah lama berangan nak g vietnam nak g shopping..telekung tu mmg cantik sgt.:)
btw..salam kenal..^__^
KLMari said…
Cantik cantik youuuuu telekung ..... Rambang mata wehhhh....hehehehhe
sweetie said…
Yang mana satu saya punya????
Puan Eka said…
cantiknya baju kurung tuuu.. telekung pun. Terliurnye tgok kopi ais huwaa
paridah said…
cantik2nya telekung tu..mesti mahal kan..
Cik Lily Putih said…
best shopping raya kalau ke sini ek
Acik Erna said…
Cantik2 warna telekung
sudipVSsenduk said…
shopping - terapi minda utk kaum wanita. Bestnya!
BAHIYAH AMANI said…
Wah.cantik2 nyer telekung dia. Makcik sy dah booking siap2 nak kirim kalo sy pegi Vietnam lagi. Teringin jgk pergi Vietnam sekali lagi sbb vietnam ni byk dah berubah, lagi happening dengarnya dari dulu-dulu. :) Dulu xbyk sgt.
:: CIKVIVA :: said…
cantiknya telekong tu, sesuai utk hantaran..krik..krik..
akhirnya merasa jugak pho mee tu kan,
happyichigo♥ said…
Terliurnya tgk kopi ais tuu kak irfa minum smpi 3x waah dira nk gak..
Mcm mana rasanya, lain dgn kopi di malaysia ke...
Unknown said…
mil aku baru call tadi tanya pasal kos nak pegi vietnam..kawan dia ajak pegi.. terus teringat kat ko..hehe
Yunus Badawi said…
Kopi Vietnam tu mcm ada ganja. Minum sekali nak lagi ….. huhu
MOKCIK AZWA said…
Irfa..entah2 kita ada berselisih kat kawasan Ben Tanh..tahu Irfa nak datang cuma tak pasti jam berapa...hehehe..akak pun sempat juga membeli kopi ais dan kuih bingka ubi yang besar tu kat kedai Hajjah Basiroh..sedap tau kuih bingka dia.. Telekung renda bertingkek tingkek tu memang lawa...hehehe ;)
JunAina said…
Masa kat sana peberet akak Pho Mee dan kopi ais nilah jugak...cili dia memang pedas gila melelh air mata sebab penah terkena jugak sekali.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...