Amaran Keras:
sila abaikan gambar dari kamera hp yang sangat kelabu asap itu
henpon cap ayam katik katanya
# malas sangat nak keluarkan kamera dari beg, padan le muka
~*~*~*~*~
sambungan dari sini
sampai je Thanh Thu hotel, konon nak survey harga bilik dulu
bajet kami usd10 je sorang, tapi malas dah nak tarik beg
terus buat keputusan duk situ
# kalau rajin sikit mencari, boleh dapat usd20/satu malam
check in time jam 2 petang
so tak leh masuk bilik lagi sebab masa tu baru jam 11.30 pagi
tumpang letak beg, so kami jalan2 dulu
masuk kedai2 sekeliling Ben Thanh
cuci mata tengok barang dan tengok orang
seperti biasa, sana sini orang kita
Sebelum datang dah janji nak kerumah sorang 'hajah'
aku tak kenal pun, tapi di perkenalkan oleh kawan yang kesana minggu lepas
aku dah wsap bagitau nak datang
lepas beramah mesra dan pilih barang
mintak staf 'hajah' hantarkan barang ke hotel
elok waktu tu dah jam 3.00 petang
terus check in dan dapat kunci bilik
lepas dah simpan barang dalam bilik
mandi dan solat, makan sekali sebab akak tu bawak bekal nasi
# penjimatan berganda disitu ye
dah kenyang perut, badan dah segar kena air
jom keluar semula sambung misi yang belum setel
cuci mata tengok telekong cantik # abislah orang belakang duk tengok renda telekong korang kalau korang solat duk saf depan |
konfem kakton gelemer sekampung pakai baju ni masa raya nanti |
tak penah kot aku sedondon satu family sedondon ngan anak2 penah ler, sama kaler je tapi bukan 'kain sekayu' hihi |
keluar masuk kedai
selesaikan semua list yang orang kirim
balik hotel seret kaki sebab penat sangat
sebelum tu aku beli beg besar untuk isi barang
sebab aku memang datang lenggang kangkung tak bawak beg pun
sebelum naik hotel jom makan dulu
lokasi sebelah hotel je
Pho Noodles
Pho Noodles yang katanya tak sah kalau sampai Vietnam tak makan ni
aku taruk sambal cili lepas tu rasa terbakar lidah sebab pedas sangat
padahal aku ni memang suka pedas, tp ni pedas gila
makan dengan daun yang bau pelik ni
daun selasih katanya
ada bau pelik, tapi aku suka je
kunyah macam ulam
Kopi Ais Vietnam
kepedasan itu di hilangkan dengan Kopi Ais yang kaw punya
sekali sedut abis segelas
3x kali kot aku minum kopi ais ni masa kat sana
# patutlah mil kata dah ketagih dengan kopi ais ni
siang malam minum kopi ais masa mil datang sini
lepas makan, naik bilik
nanti sambung misi ke Pasar Malam
daa
Comments
btw..salam kenal..^__^
akhirnya merasa jugak pho mee tu kan,
Mcm mana rasanya, lain dgn kopi di malaysia ke...