Skip to main content

Vietnam Trip 2014: Pasar Malam Ben Thanh

Sambungan dari SINI

Lepas dah kenyang makan Pho Noodles yang pedas itu (sapa suh taruk sambal banyak2, padan muka sendiri, huhu), kami naik ke bilik untuk merehatkan betis yang dah kekejangan. Sesambil tu cuba susun barang dalam beg. Siap ambik penimbang bawak masuk bilik, timbang dulu kot nanti excess baggage kat airport naya je.

first trip, belum masuk beg

dah masuk beg takleh tutup, pening pening

dengan usaha gigih, akhirnya dapat tutup beg
dan alangkah terkejut belum pun cecah angka 30kg
yehaaaaaaaa berjaya 
Dalam jam 9.00 malam kami ke Pasar Malam sekitar Pasar Ben Thanh Market, sebenarnya apa yang di jual di butik/kedai, benda sama jugak di jual di pasar malam. Kalau nasib baik dapat harga lagi murah dari kedai itupun kalau pandai tawar. Sekarang diorang dah demand, tawar sampai abis air liur pun, ada yang buat derk je, maklumlah rakyat Malaysia makin ramai kesana lagi2 nak musim raya nanti.

# MAAF TAKDE GAMBAR SEKITAR PASAR MALAM, HENPON TAK CLEAR WAKTU MALAM, HUHU

# KAMERA MACAM MALAS NAK KELUAR DARI BEG, KEKENYANGAN MAKAN PHO NOODLES BARANGKALI 

Kami pusing2 cari barang yang belum cukup, sekitar jam 11.00 dah balik hotel, penat sangat. Sebelum tido aku buat check list takut nanti ada list order yang belum beli. Boleh cari esok pagi sebelum check out.

okey, sambung nanti ye.. aku setelkan kan kisah Vietnam ni hari ni jugak. Bosan kot korang baca tak habis2 lagi :)


Comments

bestnye dpt shoping kat sn...nak pegi lah nantu ;)
paridah said…
seronok jenjalan n bershoping sakan ya irfa...moga bisnis maju jaya...
Nieda Ramly said…
beg baru beli kat sana Ke?
Unknown said…
sakan berbisnis.. chaiyokkk~~~
happyichigo♥ said…
Kak irfa selalu sgt dah gi vietnam sampi dah malas nk amek gambar..
Wah bisneswoman berjaya ni..
Miss Brenito said…
aah kak, sekarang ni ramai peniaga kat sana kerek2 dah
JunAina said…
Rasanya kalau nak gi sana boleh buat short trip macam ni supaya anak2 tak tarik muka...good idea...

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...