Friday, May 17, 2013

Seharian Urusan Renew Passport di Putrajaya

Okey..selepas kisah renew mykad kena pulak denda rm100 dan kisah ke pejabat imigresen nak renew passport tapi no giliran sudah habis kita sambung apa yang berlaku esoknya pula.

Selasa:14/5/2013

Pagi hari kejadian,sebelum en lalat bangun mencari rezki,aku dah awal-awal keluar rumah ke pejabat imigresen Presint 15 untuk renew passport.sampai sana 7.50 pagi dan dapat no giliran 1128 (sila tengok gambar sebagai tanda bukti.hehe)

no sekarang 1006
no aku 1128
waktu ialah 7.56 pagi
Ramai orang beratur menunggu,ada yang duduk di kerusi dan ada juga yang berdiri sandar kat dinding.Nasib baik zaman henpon canggih ni kita dapat 'membunuh masa' dengan berinternet guna henpon dimana sahaja..# sambil membuang pun boleh.Aku je duk perati gelagat orang.hehe

Sempat la beramah mesra dengan orang di kerusi sebelah,tak susah..mulakan je dengan senyuman InsyaAllah..komunikasi akan berlangsung selepas itu.Dalam jam 9.30 pagi,no giliran sudah di tutup dan orang yang datang lepas tu..dipersilakan balik dengan pesanan 'esok datang lagi ye dan sila datang awal'.

Tapi..ada tapi ye,dalam tempoh menunggu itu aku kira ada 4@5 kali kejadian 'Offline'.Kali pertama jam 10.20 pagi lebih kurang,masa tu aku pelik bila nampak nombor giliran tak bergerak dan pegawai di kaunter berbisik sesama sendiri..tak lama kendian masuklah sorang pegawai buat pengumuman 'sistem offline..tak pasti berapa lama akan pulih..tak boleh janji.jadi,tuan puan boleh lah ke cawangan lain yang terdekat'.

Elok abis je pengumuman,suara-suara dan macam lalat terperangkap dalam plastik.ngong-ngeng,ngong-ngeng bunyinya.Masa tu muka aku kalau ditoreh takde darah kot..apa nak buat?en abe menunggu aku kat kedai mamak sebelah..dia keje shift petang pulak tu..takkan nak tunggu aku sampai petang kat situ.Last2 aku suh en abe balik dulu,nanti pandai2lah aku mencari jalan pulang kerumah.Dari segi logik akal..tak guna pegi cawangan lain sebab katanya offline seluruh negara dan kalau pegi pun,rasanya no giliran dah habis.Imigresen tengah upgrade sistem biometrik apa tah namanya..sebab passport baru aku pun dah rupa lain dari passport lama dulu.ada cip katanya dalam passport baru itu.chipsmore barang kali.okey,tak lawak..

Sib baik ada sorang cik kak depan aku tu cakap 'tak payah balik..tunggu je.Offline selalu berlaku..nanti sejam dua okeylah tu.kalau u balik pun buang masa.datang kendian esok lusa pun tetap masalah yang sama berlalu' lepas tu kami jadi kamceng dan kita namakan dia 'kakak kawasan'.katanya 'i bising sbb i kesian kat orang yang datang jauh,i okey je sbb i duk dekat sini.esok lusa pun boleh datang'

# NOTE: orang kata,kat Putrajaya boleh siap dalam 1jam kalau buat kat kiosk tapi aku kan pakai dokumen pengenalan sementara sebab mykad hilang..so kena jugak buat kat kaunter.ada jugak kes orang lain yang pegi kiosk,tapi mykad tak boleh baca..kena juga submit kat kaunter.dan kalau berlaku 'offline' pakai kiosk pun tetap lambat sebab serahan dibuat kat kaunter jugak.

so nak taknak tunggu jelah.lebih kurang 1jam45 minit offline ada beberapa perkara berlaku..pegawai tak de kat kaunter,semua pakat menyorok kat dalam.nak tanya apa2 kena panggil banyak kali sampaikan kawan baru aku,kita namakan dia 'kakak kawasan' jelah ye..mulutnya memang bising tapi kalau berurusan dengan hal begini,kena ada sorang yang macam ni..pakat semua duk diam,memang sampai ke petang la takde sapa take action agaknya.dahlah sorang pun kat kaunter tak pakai nametag..nak rujuk pun susah.kata kakak kawasan 'PM Najib pun pakai name tag' haha

# sebenarnya banyak kejadian 'bakar darah' hari itu tapi tak boleh ditulis atas faktor tertentu.nanti aku tulis panjang2..penat pulak korang membaca.

lepas sejam lebih,sistem okey balik..dan sempat la submit aku punya renew tu TAKE NOTE: sekarang kita tak perlu isi borang lagi,sesia je aku print borang sebelum datang tu sbb dia cuma mintak mykad,gambar terbaru dan passport lama je.terus isi kat komputer..emm bagus,aku memang paling tak suka isi borang,tulisan tangan terasa hodoh sebab jarang menulis.huhu

lepas je submit dan buat bayaran sebanyak RM100 untuk 2 tahun,aku dan kawan baru yang namanya Yatie gi makan kat sebuah restoren namanya Aroma Tomyam.makanan sedap la jugak tapi reganya boleh tahan (nasi putih + seketul ayam + sebiji solok lada dan segelas sirap = rm8.50) mahal bagi aku,tapi kawan baru aku pun merungut jugak sbb dia ambik nasi setengah lauk ikan keli sambal dan sirap,kena rm8 jugak..takpelah,dah selamat masuk perut pun.saja je nak bercerita

habis makan kami ke pejabat menunggu..rupanya offline kali ke2,kali ni pun sama..sejam lebih jugak 1jam20minit kalau tak silap..tapi ramai dah yang cool sebab dah kena kali pertama..so duduk jelah pandang kiri kanan.

Dipendekkan cerita..giliran aku dapat passport ialah jam 4.40 petang,itupun kecut perut sebab ada offline dalam 2 minit masa nak buat serahan.segala macam doa aku baca,mintak2 semua ok..kalau tidak,maknanya perjalanan adalah kensel..walaupun tiket sudah ready.

Alhamdulillah..selesai juga urusan walaupun sehari suntuk aku berkampung di pejabat immigresen Putrajaya hari itu.

# moral of de story:

  1. sila pastikan check tarik luput passport tak kurang dari 6 bulan sebelum merancang perjalanan ke luar negara.
  2. urusan passport sebenarnya tak susah tapi kalau kelam kabut dan masa yang suntuk..segalanya mencari haru biru
  3. kerja di kaunter dan berhadapan dengan orang ramai memang tekanan.jadi banyakkan bersabar.
Selesai urusan..aku pertama kali merasa naik bas Nadi Putra ke Sentral,sepanjang jalan lalu kawasan perumahan dan kuaters rasa macam buat lawatan melawat kawasan Putrajaya pulak.Dari Putrajaya Sentral naik erl ke Salak Tinggi dan adik aku,CV dah sedia untuk operasi menyelamat,kena hantar aku balik rumah.

Sekian..habis satu hari cuti tahunan aku untuk urusan passport.huhu

kendian sambung kisah Vietnam ;)

19 comments:

  1. dugaan sungguh kan :)
    peringatan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. QasehnyaRania..
      mmg peringatan utk diri sendiri,lain kali jgn buat keje last minute

      Delete
  2. jauh perjalanan ko nak sampai rumah..

    aku suka kakak kawasan..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rai..
      aku saja je xnak jd kakak kawasan
      kalau aku join sama..nanti terbalik imigresen tu nanti
      mana boleh dalam satu kapal ada 2 org jurumudi ;)

      Delete
  3. keno bowok novel untuk membunuh masa.

    lagi bagus kalau bawok tafsir quran

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAKPB..
      gulp..insaf (tunduk muka pandang lantai)

      Delete
  4. gila!
    hahaha..
    dari 7.50am - 4pm++

    Saya dah 2-3 kali renew passport kat Imigresen Seremban, alhamdullilah, tak pernah pulak kena offline tu..

    Lagi satu, ramai gila org kat Imigresen Putrajaya tu..kul 7.50am nombor dah macam tu....kat Imigresen Seremban, datang kul 8.30am, saya org no. 2...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ..
      ni kali pertama renew kat Putrajaya..selalu urusan kat seremban je
      penah masa buat ppt nak gi USS utk anak kecik tu
      pegi pagi utk buat ppt..lepas zohor dapat ppt..lepas asar terbang ke JB.
      ye..apa2 urusan baiklah berpagi-pagian..lebih afdal gitu

      Delete
  5. Lama giler...ish2.last week saya renew pasport di Kangar sejam dah siap.tapi tempat saya kecik mungkin tk ramai org

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakInda..
      org kata,kawasan x ramai penduduk lagi cepat prosesnya

      Delete
  6. wow...tragis betul citer akak nak buat passport ni...pelik kan, kenapa asyik offline jer...selalu macam tu...tak lama lagi, kitorang pun akan renew baru jugak, harap-harap kejadian macam ni tak berlaku lah...1 hari kot nak kena tunggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ORGA..
      mmg tragis..wajib tulis dalam diari nih
      mmg pelik pun sbb selalu offline..tp dah terpaksa tu tunggulah juga
      sabtu ahad bukak tpi setengah hari..kalau nak,pegi awal sblum lalat bangun.hehe

      Delete
  7. susah jg nak keluar negara yer irfa..alang2 rajin mmg xrenew passport tu kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak paridah..
      sbb dulu buat paspot utk 5 tahun
      x sedar bila nak expired.
      dah nak jalan2 baru perasan x cukup 6bulan
      kalau tiket belum beli..takpelah jugak

      Delete
  8. salam, nak tanya agak2 sekarang masih ramai camtu lagi ke?
    satu lagi nak tanya,kat situ ade tempat amik gambar ke?atau better bwk gambar sebelum pegi situ?

    ReplyDelete
  9. Salam,

    1. agak2 sampai skrg masih ramai macam tu lagi ke?
    2. ada tempat amik gambar ke kat situ? atau better bwk gambar sebelum pegi?

    Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada Taliban..
      1-tak pasti samada masih macam tu @ dah ok,sbb kata staff, hari tu mmg mslh sbb pertukaran sistem.sy ke sana pun sbb ramai kata boleh siap dlm 1 jam.tak sangka nasib sy x bagus hari tu
      2-mmg ada tempat ambik gambar, sekejap je.dgn bayaran rm10.kalau bawak gambar dari kedai luar awak kena pastikan latar belakang kaler putih

      harap persoalan terjawab ;)

      Delete
  10. saya nak tanya,kawan saya dari riyadh minta tolong saya renewkan passport dia. boleh ke?

    ReplyDelete
  11. Untuk kebaikan semua tak payahlah bawa gambar bagai background biru la putih la...sekarang ambik gambar di pej imigresen tau..rugi duit dkt RM30 tangkap gambar di studio..hehh

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)