Thursday, May 9, 2013

Kisah Bilik Hotel,Biar Betul?Terkejutnya Saya..

aku terbaca kat sini MelayuKini
# masa baca,nak terjojol biji mata aku.walaupun kita tak perlu percaya 100% tapi kalau betul berlaku pun,mana kita nak tahu kan?

Okey..kalau aku,perkara pertama bila ada peluang tido kat hotel ialah :
-ambik gambar katil,bilik air sambil berangan 'kalau banyak duit nak bilik tido dan bilik air macam ni kat rumah..ada bath tub boleh berendam sambil main buih' hehe

Cerita betul,mak mentua aku masa kami 'tido hotel' bebaru ni (tempat dirahsiakan takut kena saman).kata mil 'lain kali mama tak nak ler pakai tuala yang hotel bagi.ada ke patut cleaner tu lap lantai bilik air pakai tuala.patutlah kejap je kering lantai bilik air tu'..aku baru teringat pasal ni bila baca artikel kat bawah ni.

ada berani tido bilik hotel bertemankan ikan-ikan macam ni?
membayangkan tengah syok tido..akuarium itu pecah
maka lemas lah penghuni bilik itu.hehe
# daya imaginasi memang tahap gaban sungguh la
Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.  Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.
Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.  Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

Korang pun suka tido hotel?emm pasti lepas ni ada sedikit perasaan was-was kan?# me too .huhu

26 comments:

  1. EEII TAKOTLAA CMNI KANN :[

    ReplyDelete
  2. salam irfa..

    erkkk takut dan geli pulak..

    ReplyDelete
  3. erk.... terpk pk bile bc entry nih... byk bnde kne tau sblum ke hotel... huhuhu... bahaya jgk kn..

    ReplyDelete
  4. semua ini fakta yg disembunyikan. huhu

    Kalau pasal tuala bilik yg digunakan utk lap lantai bilik/tandas tu memang 99% betul. Sebab apa saya kata betul? Kawan saya pernah ada pengalaman kerja di hotel sebagai cleaner/tukang kemas bilik(cuti semester nak cari duit lebihla kononnya) - memang itulah kaedah yg dipraktikkan oleh pencuci/pengemas bilik setiap kali diaorg mengemas bilik. heee... geli pulak bila membayangkan. tapi itulah hakikatnya!

    ReplyDelete
  5. Ewww....menjijikkan dan menakutkan...kat malaysia ade ke kes mcm ni?

    ReplyDelete
  6. Irfa! tak paham... kaitan Kond*m ngan cerek tu.... cer terangkan lebih terperinci lagi.... adakah lepas 'o-ok' mereka baung kon*m tu dalam cerek? kenapa?

    Tapi apa pun walaupun sering menginap di hotel tapi tak pernah guna tuala dan barang2 tu sume... ada satu lagi nak tambah Irfa next time kalau menginap di hotel pastikan cadarnya juga bersih... kalau boleh sebelum kita gunakan suruh depa tukar dulu cadar tu sume depan kita... Ini pengalaman saya sendiri di sebuah hotel (pun xleh sebut nama nya) ada kesan darah sebaik saja saya tarik dan selak selimutnya.... eee! geli betullah.

    ReplyDelete
  7. Bukan setakat takut akuarium tu pecah tapi takut tengah tidur tu ada pulak penyelam datang skodeng .... huhu

    ReplyDelete
  8. selalu bawa tuala sendiri sejak tahu mrk guna tuala utk cuci tandas.
    cerek ....? tak tahu....huhuhu

    ReplyDelete
  9. jijiknyer minum air kotor mayat lagi tu...
    ngeri pun ader...

    ReplyDelete
  10. uwaaaa....lepas ni semua kena bawak dari rumah.

    ReplyDelete
  11. risau pula bca info irfa ni sbb tiap buln kna tdur hotel la ni...

    ReplyDelete
  12. aduh...

    pening kepala fikir, dah le cerek tu penting kalau bawa budak kecik :(

    bab tingkap tu, selalu cakap kat anak jangan dok dekat dekat, takut pecah :)

    ReplyDelete
  13. Hmm...accik pnah bekerja di hotel. penah sekali tu (err...mgkin berkali2) kawasan situ tader air.. Minta air dkt jabatan air, tk jugak dapat2. Maka, darurat kan. Segalanya nk jugakan air. Terutama minum dan makan (dlm masakan)

    Apa yg blh dilakukan, sedut air dari kolam renang. Accik tgk je lah kelip2. Staf yang tahu, mmg tak makan & tk minum la kat hotel hari tu.

    Tentang cara pencucian cleaner tu, depends..tk pulak gi tgk diorg keje sgt. Setakat yg nampak dik mata, ok je. takut time diorg lambat dpt gaji, geram dgn pihak pengurusan hotel,atau marah kat penginap bilik tu, mgkin la diorg aniaya penyewa bilik...huhu.

    Biasa la manusia kan, srupa mcm yg kita selalu dgr kat kedai makanan segera kfc dll jugak..:)

    ReplyDelete
  14. rakan sekerja saya kene kongsi bilik sebab bilik tak cukup kat hotel.
    So..masa terbangun nak kencing memalam, dia terpandang rakan sebiliknya rendam gigi peleses dlm cawan dalam bilik air. hadoyai!!!

    Urfff!

    x

    ReplyDelete
  15. Good info irfa..mcm seram plak nk nginsp hotel..hee ..lisa akan berjaga2 pasni :)

    Neway, salam ukhuwah..jumpa irfa dr blog CV :)

    ReplyDelete
  16. saya minggu depan nak p kursus ni..buat kat hotel..info baru ni :)

    ReplyDelete
  17. Mak aii..byknye rahsia....mgelap dgn tuala adalah benar....sebab ada hotel yg pkai tuala juga sebagai pelapik depan blik air...sama jerr ngn tuala yg kita dibekalkan....errr letak kon**m?melampau btul....cawan mmg rietta cuci semula sebab habuk...tpi itu la...xde plak pkai air panas...sandar kt tingkap? Ngei juga....thanks for the share awk...

    ReplyDelete
  18. ekekeek... tak boleh blah kondom dalam cerek...

    ReplyDelete
  19. menakutkan pulak baca citer ni...memang suka sangat guna cawan and cerek dalam bilik hotel, yela...nak bancuh milo lah, maggi lah, macam lagi...bab bersandar dekat tingkap tu, memang jarang lah buat, tapi ada jugak sekali sekala, huhu...

    ReplyDelete
  20. ooo begitu cara depa buat kerja..tak bersih langsung...

    ReplyDelete
  21. Geli geleman..btw napa buang kondom dlm cerek? Eeeiiiii

    ReplyDelete
  22. benda yang tak penah terlintas masa duk kat hotel kan. ingat kan kat semua benda hotel tu cantik dan bersih jer. rupanya indah khabar dari rupa. geli pun ada bila baca ni. tq irfa sbb okngsi kat sini. ;-)

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)