Skip to main content

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan) kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula..hehe

Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid.

sinopsis dari sini

Sinopsis: Jujur Aku Dayus mengisahkan pasangan suami isteri, Edree dan Lisa yang hidup bahagia selepas perkahwinan yang berusia lebih setahun. Sebagai seorang pegawai berprofil tinggi, Edree memikul tanggungjawab besar di dalam syarikat. Suatu hari, dia ditugaskan untuk ke luar negara dan selepas lapan tahun keika dalam perjalanan puang ke rumah untuk melepaskan rindu kepada isteri tercinta, Edree ditimpa kemalangan menyebabkan dia koma.


Memula layan telemovie ni aku agak pening kepala sebab banyak sangat 'flashback' tapi sebab banyak masa lapang aku layan je.Kisah bermula dengan satu pasangan,Edree(Beto) dan Lisa(Nora Danish) yang baru kahwin dan sangat bahagia walaupun Edree posting kat Jepun dan Lis kat Malaysia tapi setahun selepas itu segalanya berubah selepas Edree accident.Dia totally berubah dan layan isterinya macam orang tak kenal walaupun duduk serumah.

Aku sedikit konfius sapa yang curang ni?Edree ke Lisa?Sambil layan sambil gugel ending..haha (nampak sangat aku tak penyabar kan?) tapi walaupun dah tahu ending ceritanya,aku tetap layan sampai abis.buat keje biar sampai habis macam pepatah 'genggam bara api biar sampai jadi arang'.

Di akhir cerita baru tahu punca Edree jadi camtu.Kan dia keje kat Jepun,balik awal sebab nak buat surprise kat isterinya tapi dia yang kena surprise bila balik rumah pintu tak kunci dan masuk bilik nampak isterinya tengah tido dengan lelaki lain.Dia yang kecewa keluar dari rumah,pastu accident dan terus koma.Dalam koma tu Lis yang jaga dia tapi bila dia sedar,buat tak tahu kat bini dan berhubung semula dengan bekas tunang yang sedang mengandung (suami meninggal).Mana la isterinya tak syak prasangka.

Rupanya Si Lis pun kena perangkap dengan ex-boifren,lakonan si Zul Ariffin.adoila...emm kat sini ada unsur tak berapa logik,dah kawen masih ada masa keluar dengan lelaki lain?oh lupa..laki dia kan keje kat oversea..dia keluar dengan si Zul atas dasar kawan.minum air buh ubat pelali terus pengsan dan sedar2 dah duk atas katil tanpa baju.emm biasa skrip macam ni.lain kali minum mineral dalam botol yang bawak dari rumah.hehe

Dipendekkan cerita..betapa pentingnya komunikasi dalam rumahtangga 'jangan ada rahsia antara kita' konsepnya dan tempat seorang isteri adalah disisi suaminya tak kiralah dimana suami keje,kalau boleh ikut je..oooooooo kalau duk kat UK nak pulak ikut,kalau keje kat Bangladesh taknak pulak tapi Edree keje kat Jepun apa..best apa,boleh makan sushi hari2..Rai mesti suka ni kalau dapat duk Jepun semula.Kan Rai?

Korang kalau nak layan pegilah tengok sendiri kat YouTube.Okey..terima kasih kerana membaca.

~wa tammat~

Comments

Cikja said…
ko tengok citer beto tajuk aku dia dan tong sampah..bestttttttttttttttt.....bolehtengok ulang2 tue..hihihihi..

janji jujur sepi pun best
isme_cv said…
Laa...igt da tgk cite ni...dah lame ni...sasoen gak spe yg salah dan sikit2 mcm cite aku terima nikahnya sebb lepas xcident terus xnk kat wife dia....
paridah said…
memang seronok menonton drama yg berkualiti kalau ada masa...
zino said…
jarang tengok drama ni
Ina Mohamed said…
salam irfa. sori, baru dapat kunjung balas. sebenarnya dah lama tak berblog. baru tgk comment irfa kt entry last saya. ha'ah, menjawab soalan irfa, nampaknya sebaya la kita :)

btw, cerita kt atas ni dh mcm filem yg lakonan nora danish dgn ady putra pulak kan.
AyunasiA said…
patut tergigit lidah, ada orang sebut rupanya.

moral of the story jugak, lain kali kalau tak tau, tanya! (ni skrip aku, dia dan tong sampah).
Anna said…
best..i tgk 2x citer ni...mmg terbaeeek
azieazah said…
Beto tu berlakon apa pun best. Tapi I tetap masih suka masa dia jadi Mayat dalam siri Geng Surau dulu!
Lady Windsor said…
ok kalau ada masa nak tengok jugalah..sebab akak pun minat beto dan si cantik nora danish tu..

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...