Skip to main content

Destinasi Cinta,Nurul dan Eric

Antara rancangan tv yang aku tonton Ahad semalam ialah Destinasi Cinta.ni pun siaran ulangan sebab siaran sebenarnya kalau tak silap hari Rabu jam 10malam.

Destinasi Cinta ni ditaja oleh AA (bukan Aaron Aziz tapi Air Asia ye).Aku suka jugak layan sebab nak tengok gelagat pasangan artis itu.Katanya 12 @ 13 pasangan ditaja oleh AA ke destinasi terpilih tapi tak semuanya aku tengok.Tengok pun ikut masa free..yang aku tak tengok ialah percutian Natasha Hudson,Sazzy Falak dan Yasmin Hani.

Yang aku dah tengok ialah percutian :

-Irma Hasmie dan suami,Redza ke Indonesia
-Elyana dan suami,Khairul ke Laos
-Johan dan isteri,Ozlyn ke Koh Samui di Thailand
-Ana Raffali dan suami,Naim ke Indonesia
-Raja Farah dan suami,Megat ke Kochi,India
-Norman Hakim dan isteri,Memey Indonesia
-Mizz Nina dan Noh (Hujan) ke Filipina
-Farish Aziz dan isteri ke Vietnam
-Nurul Wahab dan suaminya,Eric ke Pulau Mabul

Dalam semua pasangan yang aku tengok ni..tak semuanya best bagi aku.Ada yang aku tengok dengan perasaan meluat (oh tak baiknya perasaan itu..jeles kah?hahaha..tidak jeles langsung tapi rasa macam mengada2 sangat) dan ada pasangan yang aku tengok dengan perasaan Oh! sweetnya pasangan ni.sampai boleh nampak perasaan cinta dimata masing2..ewah,kemain ko ye mengulas sampai boleh nampak cinta dalam mata orang.

Macam episod yang terbaru aku tengok ni,Nurul dan Eric ke Pulau Mabul.Boleh rasa si Eric ni sayang sungguh kat Nurul.hehe.eh,aku jumpa nurul punya wordpress..nanti nak khatam ;)

Sebenarnya..bagi pasangan yang dah kahwin dan ada anak..bukan senang nak pergi bercuti-cutian tanpa bawa anak2.Kalau dapat pergi berdua pun rasa macam 'kosong' sebab takde anak-anak disisi.Tak gitu?

Sambil layan tu aku ngusik si abam 'kalau umie pergi cuti2 berdua macam ni dengan ayah je tak bawak kakak,abam dan adik boleh tak?'

tahu dia jawab apa? 'kalau umie sanggup,buat lah' sambil buat muka tak puas hati.

Amboi...

Comments

Nieda Ramly said…
akak pun layan juga DC. santai dan menghiburkan.
Betul ada pasangan nmpk berlakon lebih kan, kan, kan.
yang tahu saja akan tau.
Irfa said…
#kak nieda..
yg over acting tu mmg meloyakan
tp pilihan ditangan kita...tak suka,tukar je channel lain ;)
isme_cv said…
pasangan artis tu ade yang malu2 pastu macam tak friendly je..jadik busann nak tengok. paling suke episod Johan, mizznina dll...
Lady Windsor said…
Hehehe..bijak sungguh jawapan di abam tu...well done abam.

Okeh...percutian LW dan ....? Ke mana ya...tungguuu..muehehehe

wallaweiii akak berangan tak sudah-sudah ni...
Irfa said…
#cikviva..
mcm biasa..kamu pasti tau mana yg saya suka dan saya tak suka ;)

#kak lw..
huhu..abam langsung tak bagi can umie nak berhoneymoon.

wow..mesti seberang laut ni..jgn lupa FM ;)

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...