Skip to main content

Moga Baik-Baik Aje



'risau itu permainan hati'
tapi tetap jugak nak risau

rasanya dah keluar rumah langkah kaki kanan
tapi segala2nya kelam kabut hari ni
bermula dengan tertinggal pouch 
dalam tu ada duit belanja hari-hari
nasib baik bawak bekal
dan juga handphone office
sib baik handphone personal tak lupa
huhu

keje menimbun
tak tahu mana yang patut buat dulu
dan hati risau memikirkan si hero
petang semalam mengadu sakit celah peha
tak lena tido dia malam tadi
ditanya banyak kali 'ada jatuh ke tidak?'
katanya 'takde jatuh'
bila ditekan sakit
risau takut masuk angin
orang lelaki paham kot
aku panaskan lada hitam dan bungkus dengan kain
tuam kat tempat yang dikata sakit itu
melalak sakan dia

baru call en abe
kat klinik..doctor kata takde bengkak @ lebam
suruh  bawa keklinik satu lagi untuk x-ray

YaAllah..lindungi anak2ku 

Comments

Dr K said…
memamg confirmed doc check tgk takde bengkak hernia? or bengkak kelenjar kelengkang( inguinal nodes)?
ada demam tak?
azieazah said…
Kalu tanya orang tua, depa akan kata kena "pasang surut" yg hanya orang lelaki jer kena.

Yes, check dengan doktor.
Rinna said…
Alaa kesian.. Moga cepat sembuh..
Lady Windsor said…
Irfa
jangan tangguh2 ya bawa ke klinik atau tanya orang yang tahu..risau juga tu takut terkena angin yang tidak baik...
ct cheery said…
hope xde pape yg serius..
Tie HT said…
kesian..moga cepat sembuh..
k.tabahkan hati :)
rumah kuning said…
semoga abam cepat sembuh.
Kamsiah yusoff said…
mmg kita sbg mak tak sennag duduk jika anak mengadu sakit
-Sara- said…
hop everything going well..take care awk
makchaq said…
Macam mana Abam, harap tak de apa2..

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...