Skip to main content

Video Blog (or "Vlog") dan matluthfi

malas nak keluar lunch
dalam ekon super sejuk ni
layan teh tarik dengan semekut(biskut lor)
perghhhhhhhhhh memang nikmat

sambil2 tu buka YouTube
eerr malu nak ngaku sebenarnya
aku baru tahu selain blog tulis-tulis macam blog aku ni
rupanya ada satu lagi versi blog
iaitu Video Blog yang nama singkatannya 'vlog'


vlog pertama aku tonton ialah 
matluthfi


budak lelaki yang comel
muka macam korea sikit-sikit
belajar kat oversea,Perth kalau tak silap aku la
asal dari utara,tak silap dia dari Kedah
suka dengan loghat kedahnya yang pekat itu

walaupun videonya macam nampak main-main
tapi ada maksud tersirat
contohnya macam video bertajuk

-kecelaruan maklumat
#jangan mudah percaya 100% berita dalam internet
#check betul2 sebelum percaya pada sesuatu berita
eh!macam sama je hehe

-lalang
#campur aduk hal politik dengan agama

-aku nak kahwin
#cute sangat dia bawak 2 watak sebagai lelaki dan juga pompuan
#masalah yang dihadapi oleh orang2 yang nak kawin

okey..sekian dari saya
#peminat matluthfi#

Comments

isme_cv said…
saya pon peminat matluthfi jugak..
♥cikmOt♥ said…
vlog mat lutfhi ni memang best...
suka nengok...dia dah macam mengarah drama pendek dah...
pB said…
tahu tapi tak pernah tengok
Lady Windsor said…
irfa
mathluthfi ni memang comel
saya ada juga skodeng vlog dia sekali sekala bila lapang..
memang best kan..
Skull Writers said…
ohohoho.. ada sekali tgk videonya. lucu gila :D macam2 watak dia buat :D


-Nico robin-
Mulan said…
ooohhhhhh ok ok babai... tq tq..

nak pi tengok vlog dia sat naaa...
HeNRieTTa JoSe said…
rietta x masuk vlog....youtube matlutfi selalu gak tgk...hehehe...pling suka yang time merdeka tu...

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...