Skip to main content

Kakak Balik Cuti dan Kenduri BBQ

Maaf, entri semalam terpaksa di 'tarik balik ' sebab takut mengganggu siasatan. Macam serius je kan? Memang serius, nanti dah selesai kes tu .. aku akan share ngan korang (sesapa yang miss entri semalam tu, buat2 lupa jelah ye.hehe). 

Okey, meh kita citer bab lain..

YEY .. KAKAK BALIK CUTI

(macam anak belajar seberang laut je kan?haha). Aku 'kelik' ambik kakak hari Khamis lepas, tak plan nak balik pun hari tu sebab aku dah apply cuti hari Jumaat .. tapi kita hanya merancang, seru sampai tetiba. So, aku kerja sekerat hari dan ambik flight jam 2.00 petang 'terbang' balik kampung selai sepinggang. Terkejut mak aku bila call bagitau aku dah sampai Kota Bharu airport. Kalau mak aku terkejut, kakak lagi terkejut kuasa dua bila aku muncul depan pintu rumah.

Sempat bermalam di kampung, ziarah nenek yang selalu rindu cucu sulungnya ini dan sempat jugak tunjuk muka kat kenduri kawen anak jiran. Balik kampung sorang diri terasa mengimbas zaman solo dulu. Lupa jap ada anak2 dan suami menunggu dirumah, walawei ;).

Balik sini hari Jumaat, sebab aku balik selai sepinggang, nak balik sini takde baju, nak pakai baju mak aku ia adalah senteng di lengan dan juga kain. So gali balik baju2 kurung lama dalam lemari, ada la baju2 zaman tok kadok dan juga tudung bawal. Dah berzaman tak pakai tudung bawal, rasanya adalah sikit pelik (padahal bawal sekarang dah popular balik dengan corak yang lebih menarik, contohnya bawal Aidijuma tu). Nak bagi adik2 muntah, lepas pakai tudung bawal .. post gambar kat WeChat dengan ayat 'terasa macam sweet 17 bila pakai tudung bawal' bluwekkk.

Terbang balik sini hari Jumaat, kepulangan kakak di sambut gembira oleh adik2nya. Adik Ajaa setiap 2 minit akan cakap 'ajaa sayang kakak, ajaa nak kawan kakak' selagi kakak tak angguk dan cakap 'ye,kakak kawan adik' selagi itulah dia akan menyanyi kat telinga kakak. Sian adik, rindu sangat kat kakak.

Kenduri Doa Selamat, moga selamat segala2nya

Hari Sabtu, kami di umah sil sebab mil ada buat kenduri doa selamat (selamat untuk beberapa perkara). Majlis start lepas Maghrib dan menunya adalah nasi lemak, bbq (ayam,ikan,udang) dan menu sampingan spageti dan banyak lagi. Ulang alik ke meja buffet la keje aku. hehe

Sikit gambar sebagai bukti kejadian ..

pilih jangan tak pilih ye
mana yang berkenan di hati



kakak dan abam makan tak pandang kiri kanan
eh!mana adik Ajaa? 

oh adik kat sini ye
orang sibuk makan kat luar
dia tido dalam bilik 

the only adik lelaki en abe
jadi tukang bakar
orang lain yang jadi tukang makan ;)

'kakak..Ajaa sayang kakak'
my adik2 ipar
(yang depan tu sepupu en abe)

jadi tumpuan kekanak
marshmellow chocolate fountain
Seronok buat makan-makan, masa ni lah nak jumpa sedara mara yang jarang jumpa. Walaupun adik beradik en Abe semua duk area sini (semua kat kl.en abe je kat n9) tapi jarang jugak kumpul semua adik beradik, kalau ada pun mesti salah sorang takde. Maklumlah, semua sibuk dengan urusan masing2. Mil seronok dapat tengok anak-anak semua depan mata. Katanya ' belum ajak semua orang pun, anak beranak je dah penuh rumah' hehe. 

Comments

Balqis Nazid said…
wahhhh....!! sseronoknya balik kampung..!!
best kalau dapat kumpul ramai2 kan...
Unknown said…
kalau pasal makan..nyammm~
Kakzakie Purvit said…
Betullah org dulu ramai anak inilah untungnya. Kalau sekaran anak baru 2-3 mana nak meriah.
Seronok kumpul anak-beranak tak sama kumpul dgn kawan...

Adik dah rindu kakak dia..
wahhh meriahnya irfa...seronokkan berkumpul ramai2 mcm tuu...
Ina Mohamed said…
owh, entry semalam kena tarik balik ek...tak pe2 kite faham.

gambar orang tu orang ni ada, mana gambar tuan tanah blog ni? hehehe. kite x perasan sama ada irfa pernah letak gambar irfa atau tak. tp aci tak kita imejin irfa ni kecil molek kurus2 jer.

eh, besnya everytime can fly...hehe, nak jd staff MAS jugek la. :p
:: CIKVIVA :: said…
bestnya..rugi tak pegi..
Irfa said…
CV..
emm,no komen
Irfa said…
InaKu..
harap kes tu cepat setel dan semoga endingnya bagus ;)
eh!ada gambar saya ..cer cari kat entri dulu2.
irfa kecil molek dan kurus.
# nanges baca komen ni.uwaaaaaaaaaaaa
Irfa said…
Kak Ain..
mmg meriah.
makanan masuk mulut sama laju dengan bercakap :)
Irfa said…
Balqis Nazid
majlis tu bukan di kg saya..tapi di rumah mil kat cheras je
kakak je yg baru balik dari kampung
Irfa said…
Rai..
bila kita nak makan sama2 nih
lama dah x jumpa ko
Irfa said…
KakZakie..
kan?
bila anak2 dah besar rasa sikit pulak 6 orang tu
masa kecik..anak 3 dah rasa macam 10 org.hahaha
sitiezahim said…
besnya dapat balik kg..huhuhu
oren said…
sweetnya adik rindu kat kakak...
Lady Windsor said…
wahhh makan besar ni..
pstt bila nak p makan angin yang kita plan tewww?
Irfa said…
KAK OREN..
ye kak..mmg rindu sungguh dia
mengekor je kemana kakak pegi..pantang kakak hilang terus tanya
'mana kakak?ajaa nak kawan kakak'
Irfa said…
KAK LW..
sy whasap nanti ye ;)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...