'ILMU KENA CARI, IRFA' itulah kata2 seorang kenalan yang aku kenal melalui blog sejak tahun 2006. Ada beberapa kali kami bersua muka. Kami sebaya tapi rasanya dia lebih matang dalam banyak hal. TQ Fren, u know who you are. Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan orang2 yang baik seperti korang semua yang selalu singgah baca blog aku ni.
Kalau mak aku baca entri ni, nanges bila tahu anak sulung dia yang dibesarkan dengan hasil titik peluh ambil upah menjahit baju, baru sekarang ni ada kesedaran nak belajar menjahit. huhu. 'Ma, maafkan kak' sob sob sob. Masa kecik2 (sekolah rendah) aku dah mula tolong mak menjahit, tapi paham2lah sifat budak. Cepat bosan, mana tidaknya kengkawan main lompat getah, tapi aku kena tolong mak menjahit. Dalam paksa2 tu aku mula rasa seronok tolong mak menjahit masa sekolah menengah, mak bagi aku rm8 setiap pasang baju. Yang kelakarnya, aku cuma reti jahit baju je, kain aku suruh mak jahit. haha.
Satu lagi, terima kasih pada Allah kerana mempermudahkan apa yang aku rancangkan. DIA menghantar orang yang baik-baik untuk memudahkan apa yang aku rancang tanpa di sangka. Dalam beberapa minggu yang lepas banyak perkara berlaku dalam hidup aku. Bukan semuanya bagus tapi aku ambik yang + sahaja.
Antara perkara yang aku nak buat ialah belajar menjahit, aku ada citer pada senior dan dia sentiasa bagi sokongan. Katanya, sekarang orang pandai menjahit boleh buat $$. Sebelum tu ada jugak google kelas menjahit, banyaknya area yang jauh dari rumah dan pastinya aku ada masalah transport dan yurannya pun boleh tahan.
Senang citer, aku boleh menjahit dan dah ada basic. Tapi aku fail bab potong-memotong. Mak aku puas ajar tapi ingat-ingat lupa je (banyak makan semut nih). Tak disangka, member yang aku tumpang pegi/balik keje tu citer ada orang buat kelas menjahit di opisnya setiap Jumaat (lunch time 2 jam) dengan bayaran cuma RM2. Siapa sangka peluang datang tanpa diduga.
Semalam kelas pertama yang aku attend (kelas ganti awal sebab Jumaat ada yang nak cuti). Cikgu ajar dari basic mengukur, gunting pola kertas, gunting kain dan seterusnya menjahit. Aku kosongkan otak supaya aku boleh ikut step by step. Macam kita belajar memandu kereta, w/pun dah boleh drive tanpa lesen tapi bila ke kelas memandu jangan tunjuk pandai dengan pengajar, nanti bila test dengan JPJ kantoi terus. Jadinya, dengar betul2 apa yang cikgu ajar walaupun ada step yang kita dah tahu. Cara cikgu tu mengajar mungkin tak sama dengan cikgu kita sebelum ni. Kalau kita tunjuk pandai takut info bercelaru, jadi baiklah belajar dari mula dan paham setiap step. No langkau-langkau okey ;)
buku conteng2, tulisan trengkas katanya dah terlampau ringkas sampai sendiri tak paham apa aku tulis |
Kelas HARI NI
pola baju kurung aku lupa beli kertas putih so pakai je map lama boleh lah dari takde |
dan sekarang tengah mimpikan ini
kawan aku kata 'masa berkobar2 nak mesin ni hari2 duk nyanyi kat telinga hasben tapi bila dah beli..hampeh jahit kaki seluar pun hantar kedai sebab malas nak keluarkan mesin dri kotaknya' |
saja je..baik aku buat benda lain dari beli mesin jahit ni, bukan apa takut nanti 'hot hot chicken shit je' tapi kalau habis kelas ni, dapat jahit sepasang sorang baju raya untuk aku dan anak2 dara bagus juga ni. Emm, sempat ke? Dah pandai nanti bolehla korang tempah baju raya ngan aku tapi amaran keras ye, kalau korang tempah untuk raya Posa, Raya Haji baru siap. ada berani?
Comments
rm 2 ? mana nak dapat. murah betul.
* mengadap mesin jahit antara terapi berkesan bila stress. hiks
Pheeeewiiitt...!!!! bestnya..
saya masa umur 18/19 belajar buat baju kurung... nak kata handal tak juga.. tapi handal bab jahit tulang belut.. orang kata kemas sangat saya buat... (orang katalah hi...hi..) la ni jangan kata nak tulang belut mata lalat put tangan yang terpintal benang kah...kah... jahit baju lansung failed.. banyak makan semut agaknya hi...hi..
kan?
dpt jahit baju sdiri jadilah
i charge u rm40/spsang
mau?
eh silap tu.saya x beli pun mesin jahit tu.
berangan je..lgpun itu cuma kehendak
bukan keperluan
boleh hantar kat Irfa nak jahit baju..
lepas ni boleh belajar memandu
boleh drive datang rumah akak
kita makan-makan..hehe
makan jer kerjanya kan...
my bos pun ckp camtu
kalau byk keje,memalam dia menjahit utk release stress
dulu buat sbb mak suruh,so belajar gitu2 je
skrg dah nyesal :(
jahit tulang belut x pandai, reti mata lalat je
tp pakai tudung x nampak pun jahitan tulang belut/mata lalat itu
sementara bersemangat ni buat je ;)
yelah kak, sementara ada peluang utk belajar
hajar closet tu cacamarba lagi kak
masih banyak yang kena baiki
malu nak tunjuk kat org :)
tq utk sokongan :)
dapat jahit baju sendiri pun dah cukup
tp skrg apa pun x start lagi
baru potong pola.hahaha
emm bila la nak ke windsor ye.
Tapi nak citer buat pemecah semangat. kakak ipar kak zar, dia manager bank lagi tau dia masuk kelas menjahit 6 bulan sampai dapt sijil, yuran pun sebulan gaji kak zar .. sekarang ni baju anak anak dia semua dia jahit sendiri.. langsir dia design semua meletops sbb design dan jahit sendiri.. kalau nak pi kenduri ke apa.. semedang baju baru sebab dia boleh pulun menjahit sepasang baju dalam masa 4 jam je.. jeles I..
teruskan usaha irfa.. nanti kak zar boleh hantar tempah.. hehhe
saya pun minat menjahit tapi tak der peluang lagi nak belajar.