Skip to main content

Baby Baru: Barang Pertama Untuk 'Bakal Ahli Baru'

Assalamualaikum kawan-kawan alam maya
moga hari diberkati untuk kita semua

Sangat mengantuk hari ni tapi mata tak nak tido
Malam tadi last aku tengok jam ialah 3.30 pagi
Dan aku tak sedar pukul berapa aku terlelap

Sekarang dah masuk Trimester Ke 2
( lebih kurang 28 minggu /  7 bulan)
sekejap je masa berlalu
( tolak 3 bulan yang tak tahu aku tengah mengandung)





Sekarang cepat mengah, selalu rasa tak cukup nafas
Susah nak tido malam
Aku suka tido telentang tapi sekarang kena tido mengiring
Apapun aku sangat menikmati saat2 manis jadi ibu mengandung
*bab makan2 boleh request je nak makan apa, hihi*
bulan lepas kena tegur dengan misi sebab berat naik mendadak, huhu

Anak2 asyik lah mengajak masuk kedai barangan baby
terutama sekali si Kakcik
tak sabar kot dia nak tunggu kedatangan ahli baru kami

Sebenarnya mengandung kali ni aku takde persedian
Baju mengandung pun tak beli
Pakai je dress cotton yang aku tempah sebelum ni
Dress tanpa lengan tu memang aku tempah labuh dan besar
Bila nak pakai cuma sarung je dengan cardigan @ denim jacket
Dan ada 1 denim overall zaman mengandung si Abam
yang tu je ulang pakai dengan tshirt lengan panjang kat dalam
sangat menjimatkan

Tapi barangan baby satu pun takde dah
semua dah let go pada orang
jadi memang kali ni baby akan dapat serba baru

Masih awal nak membeli, jadi aku baru beli barut baby
itupun sebab member blog yang jual
handmade tau, geram tengok kaler2 yang sangat comel tu

so inilah barangan pertama untuk ahli baru kami

Boleh order online
selain barut, myfren pun jahit Cloth Pad dan Cloth Panty Liner
FB: Norshuhada Saidin

memandangkan scan pun dah tahu jantina
lagi lah teruja nak membeli
apapun bawak bersabar ye Omie, hihi


okey tu je nak citer
daaaaaa





Comments

paridah said…
DH XSABAR NK TUNGGUH HADIRNYA CAHAYA MATA PENYERI KELUARGA YA...TURUT TERUJA JUGA NI,,,JAGA DIRI JAGA KESIHATAN BAIK2 YA IRFA...
sweetie said…
Cantik-cantiklah barut tu Irfa.... sekarang dah warna warni org jahit barut kan... dulu2 putih je...
uncle gedek said…
Eceh ceh ceh! tahniah!
Puan Eka said…
Alhamdulillah tahniah akk. Hihi baru tahu akk preggy. Lama sungguh tak jenguk sini. Tringat pestaim nk bli barang sikecik. Dah buat list. Pg baby fair . Dua2 blur tak tau mula dr mana haha. Pnyudahnya kami ronda satu baby fair n bli baby wet tissue dulu lpastu baru bli bju + lampin etc.

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...