Skip to main content

Novel 'Dia Sayang Aku'

Tu dia, mood membaca novel sudah mari
lagipun sekarang aku takde follow mana2 drama Korea
lepas je habis drama Korea bertajuk 'Ugly Alert' tu
ingat nak tengok drama bertajuk 'Doctor Stranger'
tapi asiklah tertido awal, huhu

sekarang suka golek2 dalam bilik sambil membaca
takde bahan sangat, majalah tahun 1999 pun aku layan je
janji ada bahan untuk dibaca
# macam comel je tengok fesyen n mekap orang dulu2, haha

2 hari lepas aku terima parcel dari blogger Hanis Azla
boleh je beli kat kedai buku
tapi sebab nak ada 'tandatangan' dari si penulis
gigih order sendiri dari kak Fea
# TQ KakFea kerana sudi melayan karenah peminat mu ini

Cinta datang, Cinta Pergi
Cinta Allah kekal abadi

Novel kedua hasil nukilan Hanis Azla
sinopsis kat SINI

Sejak kecil, Zaira menjadi dambaan hati Fir. Ianya membuatkan Fir terus memasang impian. Fir mahukan Zaira, tetapi hati Zaira hanya untuk Ikmal. Akhirnya Zaira berkahwin dengan Ikmal. Fir akur dengan hakikat itu. Kebahagiaan Zaira lebih utama. 

Kehadiran Sufi mula menggugat kebahagian Zaira dan Ikmal. Dalam keterpaksaan, Zaira akur untuk berkongsi kasih. Pengorbanan yang membuatkan rasa cintanya pada Ikmal mula goyah. Ditakdirkan Zaira dan Fir bertemu semula. Namun mereka bertemu hanya sekadar menjadi abang dan adik. Kesetiaan Zaira pada Ikmal terus dihormati. Dalam waktu Zaira menghadapi masalahnya, Fir tidak langsung mengambil kesempatan.


Apabila Zaira kehilangan Ikmal, Fir pula sedang mahu memiliki Adelia. Perasaan yang ada harus disimpan untuk pengetahuan sendiri. Memang payah mahu menyorokkan perasaan yang ada. Bukan mudah mahu menidakkan rasa yang tidak pernah hilang. Adakah Zaira dapat menerima Fir dalam hatinya? Dapatkah Fir memiliki cinta Zaira? Mampukah Adelia menghilangkan rasa cinta di hati Fir untuk Zaira?
dan aku juga ada memiliki novel pertamanya
bertajuk 'Takdir Fitrah Terindah' 


# sebenarnya belum baca lagi, berebut ngan anak dara
sementara cuti sekolah ni, bagilah dia baca dulu

korang boleh dapatkan naskhah korang dikedai buku terdekat
dah ada jual kot, kalau takde, korang boleh beli direct ngan Kak Fea

daaa


Comments

Unknown said…
minat sgt bace novel .. best ke?
Unknown said…
rajinnya membaca...kita dah lama tinggal hobi tu..asal nak membaca jer mesti tido..tak pon berebut ngan anak2 buku tu..last2 simpan camtu jer..haha..

lagi best kalau dpt buku yang ada sign penulis sendiri kan..
Aisy Nasiha said…
Oo.. nati bolehla Irfa buat review cerita Doktor Stranger. Kebelakangan ni saya tengok Goddess of Marriage dan lagi satu yang pukul 9 hari Rabu dan Khamis, kisah detektif muda.

Mak anak sama2 minat baca novel tu bestla. Minat sama, boleh bercerita sma2..
Nieda Ramly said…
amboi ...klass gitu
LYAfrina said…
dulu lya ada beli novel takdir fitrah terindah tu.. novel y ke2 ni x beli lg..
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

terima aksih banyak atas sokongan! akak sangat menghargainya :)
Lulu Caldina said…
Bacalah yang pertama tu. Best :) salam kenal

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...