Skip to main content

KLIA2 Dari Sudut Spek MataKu

Cite ni dah ada bau2 nak basi (faktor utama kenapa aku lupa nak citer ialah, gambar dari hp member, jadi aku terlupa gambar tu kat galery whatapps).

Sapa sini penah ke KLIA2, sila angkat pen? Apa pendapat korang tentang KLIA2 tu? eh! jap, simpan komen korang tu ye, meh sini aku nak share kisah aku ke KLIA2 pada Jumaat 2 minggu lepas (23Mei), nanti ujung2 korang boleh komen ye ..

Tujuan aku kesana sebab dah janji nak dating ngan sorang akak blogger yang order Pan Happy Call, taknak pos, nak COD katanya. Minggu sebelum tu pun kami dah jumpa di Klia waktu lunch untuk COD Inner Magic. Tapi kali ni kami nak jalan-jalan ke KLIA2 memandangkan aku pun tak penah kesana, asiklah dengar kengkawan duk sembang apa ada disana, tapi aku tak sampai2 lagi.

Dipendekkan citer, aku naik ERL kesana jam 1245 tengah hari. Ops, tambang sehala  KLIA ke KLIA2 ialah RM2, pegi balik RM4, kecuali kalau korang nak pegi je tapi taknak balik, bayarlah RM2. hihi.

Tak lama pun, perjalanan lebih kurang seminit .. tak sempat nak panas kerusi, dah sampai. Pening lalat jugak bila turun dari ERL, tapi buat2 macam dah biasa datang sebab malu lah pakai pas pekerja tapi macam pertama kali datang.

Keluar je dari stesen ERL, benda pertama aku nampak ialah kedai kasut Vincci (belah kanan). Emm, pompuan dan kasut memang macam berus gigi dan ubat gigi gitu. Meh cuci mata jap, sementara kawan baru naik ERL dari Putrajaya.

Memandangkan hari tu Jumaat, lunch hour 2 jam, ramai lah aku tengok staff pompuan dari KLIA berkeliaran kat situ, lelaki yang dari uzur tak solat Jumaat pun ada.

Aku bukan ada niat nak bershopping, so nak cuci mata tengok kasut pun malas, so aku duduk je kat kerusi belakang kaunter pertanyaan. Perati gelagat manusia yang sibuk dengan urusan masing-masing. Staf kat kaunter bertanya tu tak menang tangan menjawab pertanyaan orang ramai yang bertanya arah. Ada yang dia jawab, ada jugak yang dia kata 'emm, saya tak pasti' haru betul ...

Sedikit info tentang KLIA2:

- KLIA2 dibina bagi menggantikan LCCT yang katanya sangat padat macam pasar borong. Klia2 menjanjikan keselesaan yang lebih baik kepada semua penumpang.

- KLIA2 ada 2 bangunan, jika korang datang naik ERL, korang akan masuk dalam bangunan macam shopping mall dulu baru masuk ke bangunan terminal untuk berlepas dan ketibaan.

Lebih kurang 1/2 jam memanaskan tempat duduk, KA pun sampai. Lepas laga2 pipi, kami pun pusing2 tengok tempat baru, baru bagi kami lah kot, hihi

Jom tengok gambar

ni dalam bangunan yang sama dengan stesen ERL tu

naik walkator depan Butik Vincci
naik ni mengingatkan aku macam dalam Carrefour @ Tesco 

banyak shop lot dan fast food restoren
Jaya Grocer pun ada, nanti kalau rasa bawang takde kat rumah
tapi malas nak singgah kedai, boleh datang sini beli bawang, hahaha

Kat situ jugak ada satu tempat lapang berkarpet
Sesuai untuk lepak santai sambil baring2, haha
Dahlah gelap sunyi, ni kalau baring konfem ada yang berdengkur
Ops lupa ambik gambar tempat tu

Jalan kaki depan sikit, nampak ada satu lagi terminal
Rupanya itu lah baru terminal KLIA2
Terminal berlepas dan ketibaan, yang aku mula2 masuk tadi tu shopping mall

merahnya kak long

ruang legar di balai berlepas





sempat lagi snap lantai yang macam tak di polish
Kami singgah makan di Marry Brown sebab rasanya harga tak jauh beza dari luar sana. Bagi aku KLIA2 ni sangat luas dan besar kalau nak dibandingkan dengan KLIA yang sekarang. Jadi kalau bawak warga tua tu, eloklah bawak wheelchair sekali ye. Sian diorang nak menapak dari satu tempat ke satu tempat.

Banyak yang aku dengar pasal komplen, pasal harga makanan terlampau mahal, pasal itu pasal ini. Tapi malas lah nak tulis. Tempat baru biasalah, masih banyak yang perlu diperbaiki. Lama-lama nanti oklah tu. Klia dulu pun camtu jugak.. sekarang pun ada lagi yang tak puashati, adatlah tu 

Okey, itu je nak citer, daaaaaaa


Comments

Dr K said…
so, mmg lagi besar dari KLIA? besar betul tu..
Acik Erna said…
Nasib baik dah tukar..kalau tidak takut lagi hi hi..klia dlu pun jenuh melayan takut dan ditakut2an
Unknown said…
Ooo...tak pernah smpi pon KLIA2 ni...kalau irfa x cite mmg x tahu..haha..
Jari Manis said…
Dh byk kali dgr org cerita pasal klia2 ni tp Jm je belum jejak kaki ke sana. Airport dh cantik harga tiket makin mahal fee sana fee sini pastu luggagebprice pun dh naik huhuh dh x dpt rega tiket murah mcm di lcct
SalbiahM said…
erm..macam tu ye.belum berkesempatan nak ke sana. tunggulah next time nak travel nanti baru gi.kalau takat nak tengok mall baik saya jalan-jalan kat bukit bintang je..hehe
zino said…
Teringin nak datang lagi masa datang melawat sebelum ni kerja masih belum siap.. Pahat masih berbunyi kata orang tu.. Dan sempat naik ke menara teringgi di dunia tu..
bangsawan nilai said…
yep...dah tak havoc mcm lcct. parking pun ado bertingkek-tingkek.
kalau flight delay pun sekurang-kurangnya ada tempat lepak...
Unknown said…
aku tak puas hati sbb KLIA2 macam tak siap.. lantai tak polish.. nampak buruk.. hahaha.. lepas tu more to shopping mall than an airport.. cewahh.. macam lah selalu gi situ kan aku ni.. wakaka..

apa pun aku paling tak puas hati sebab dari gate masuk sampai lah ke gate kapal jauh macam nak membunuh.. sian mak buyong kena lari2 nak naik kapal..uhuhuhu
rostina76 said…
heheh….kami blm rasmi lg tu KLIA2….balik ni pun xsinggap sana. inshaallah akhir thn ni plan nak rasmila KLIA2 tu. pastu baru komen jugak cam yg lain2 tu
Unknown said…
seram gila post ko yg pasal kerusi meja opis tu.. aku tak boleh nak komen pun.. grr..!!
Irfa said…
RAI..
nape ko komen kat sini?
misteri sgt tau
Irfa said…
ROSTINA..
haha, dh pegi nnati jgn lupa review tau
Irfa said…
RAI..
tu lah pasal, view masa turun dari erl pun dah buat aku rasa cam tak best
under renovation lagi, kalau pelancong luar yang tengok entah apa yg dia fikir

masa tgh makan tu,ada sorang pakcik membebel sbb kena bayar kos wheelchair rm60 dari gate sampai ke luar, hangen je dia...
Irfa said…
BN..
tpt lapang berkarpet tu sesuai kalau rombangn antar orang gi haji
boleh lepak bentang tikar, masak roce cooker siap2 makan berhidang kat situ
hihi
Irfa said…
DZ,,
mmg besar sungguh, sib tak melecet tumit menapak , hihi
Irfa said…
KAK ERNA..
hehe, tpt baru mestilah ada' orang lama' kat situ
kalau yg lemah semangat, bila shif malam mau mc je kejenya,
Irfa said…
MAMA KAORI..
boleh je nak datang melawat ;)
Irfa said…
JM..
nanti kalau JM datang, mesti review lagi detail
akak tulis ala kadar je nih ;)
Irfa said…
SAL BEE YAH..
tu lah pasal, konsep dia, sopim sebelum terbang tu ;)
takpun terbang kendian sopim
Irfa said…
BRO ZINO..
tulah, dah baca post psl lawat tower tu
sy xde lesen nak naik tower, duk bawah je lah mampu
sarah said…
hmm belum pi lagi..tak dak sapa nak dihantar naik plane kat sana. heee nak tanya, camna kalu orang comment kita nak reply..?cam yang kak buat nih..
Irfa said…
SARAH..
pasal komen nak reply tu, gi kat 'dashboard'
- template
-setting
-posts and comments
-yang bahagian 'comment location' tu, pilih 'embedded'
LYAfrina said…
sekarang dh byk berubah.. lya pnh sampai tahun 1999 dulu masa umur 14thn.. huhu.. punyalah lama
:: CIKVIVA :: said…
Ehemm..cantik jugak gambar. Pakai hp bru kah?? heheheh
Aisy Nasiha said…
KA yang jumpa pada hari tu Kasuma Angsana ke? Yang pakai baju merah tu? Ke siapa tu? IRfa ke? Hihi. Sibuk hal lain pulak ya. Saya tak sempat lagi nak meninjau ke KLIA 2 ni. Dapat sikit info daripada entry ni.
Aisy Nasiha said…
Oo Pasti yang baju merah tu Irfa, ada tag nama tu.. hihi.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...