Skip to main content

Misteri Yang Tak Terungkai

Ini adalah kisah benar,dah lama nak share, tapi lupa manjang lupa

mukaddimahnya macamni
opis aku kan kat tingkat 1
tingkat bawah ni-ground floor
bawah lagi-basement
so atas opis aku ialah tingkat 2
emm, korang boleh bayangkan tak macam mana?

Dan ini kisahnya:
sekali sekali, tengah buat keje di opis nih
aku dan beberapa rakan akan dengar bising dari tingkat atas
bunyi macam orang tarik meja @ tarik kerusi

kadang2, bunyi tu lama jugak
sampailah ada sesapa tegur
'eh, sapa lah yang tarik kusi meja kat atas tu'
tegur je, terus bunyi tu senyap
bunyi tu akan ada sampailah sesapa yang perasan, akan tegur 

dulu2 aku tak perasan pasal bunyi tu
tp bila sorang kakak ni tanya
'ko perasan tak bunyi bising macam tarik kusi meja kat atas ni?
padahal opis atas tu pasang full karpet
macam mana pulak boleh bunyi macam seret atas lantai simen'
ye tak ye jugak kan?

dah lama jugak tak dengar bunyi ni
tapi hari ni ada balik
bila aku tegur, terus senyap sampai sekarang
misteri sangat tau
seram tak? seram tak?

(-_-)


Comments

Unknown said…
kat hotel lg byk kes seret myeret ni kaka
Jari Manis said…
eeee....seram sgt..pernah dgr..dorang cakap kalau kes tarik tarik kerusi tu..mmg 'makhluk' tu ada..eeee SERAMM..meremang bulu roma i tau hikss
Aziela said…
Ha...tu memang biasa. At least tak nampak...ok lagi la tu....
kayyana said…
cube masa tengah bising bising tu korang naik atas tengok apa yang bising sangat sebenarnya... hehehe
Unknown said…
As long as "tak nampak".. kira ok lagi la tu..
sarah said…
hmm ada hantu agaknya..ha ha tak tau..nanti dia ngusik ...heeeeee
Kakzakie Purvit said…
Eeee... kalau kakak sah tak mahu dtg paling awal dan tak mahu balik paling akhir...
Irfa said…
SARAH..
dulu2 org kata malam je ada hantu
ni tak kira dah, siang2 hari waktu orang sibuk keje pun ada gak
adoi..jgn tunjuk muka cukuplah
Irfa said…
IDZWA..
masa tak perasan tu, mmg tak rasa apa
skrg ada sikit rasa seram.. sib baik dtg dan balik keje ontime
x penah lah kena stayback
Irfa said…
D Jumeira..
alamak, lagi seram ;(
Irfa said…
JM..
tu lah
penah gak dengar org kata 'main guli, seret meje, tumbuk sambal malam2'
itu keje makhluk lain..
terima hakikat mereka jugak makhluk Allah
Irfa said…
AZIELA..
kan?
saya rela tak nampak, huhu
Irfa said…
KAYYANA..
takmolah, tp yg pasti atas tu karpet, kalau seret meja tak mungkin kot
Irfa said…
KAK SHAM..
itu ler, biarlah dia nak main seret meja sampai ke malam pun
jgn kaco kita dah.. kita pun x kaco dia
Zaitun said…
Pakat ramai2 pergi tengok ada tak orang tarik kerusi.
Eye_nee said…
eee..akk ni jenis yg berani berani takut sis..kat opis akk ni..selalu akk org no 2 sampai..tp bila opismate yg selalu dtg awal tu cuti..kalau time akk berani akk masuk jer dlm opis..bila time takut jer rasanya tu...akk lepak2 kedai mamak bawah opis dulu sebelum naik opis...
LYAfrina said…
huhu.. mmg seram..
lya biasa alaminya.. biasanya kerja lewat mlm.. t[p kalo sorang mmg xberani la.. biasa sekali dgn ofismate.. ada sekali tu mmg tnmpk bayangan trus.. tp lya n ofismate buat xtahu.. cuba trs siapkan tender mcm biasa.. sbaik saje keluar drp kaw ofis, msing2 terus buka mulut..
Aisyah said…
ifa..dulu pun akak tak tau dan lansung tak terpikior bunyi2 camni..tp masa akak bebujang dan duduk flat sensowg..sll dengor mcm owg baling guli atas lantai..satu ari kawan tercerita..pase umah dia yg atasnye kosong tp semedang dengor bunyik owg tarik kerusi meja bagai..temasuk bunyi owg baling guli...akak nulis ni pun meremang bulu roma paha...huhu..lps tu baru tau kenape..
:: CIKVIVA :: said…
Oklah kat situ ramai orang, kat sini lagilah..dah la opis sunyi sepi..sapa2 balik lambat ke mesti de dngar bunyi pelik2..
kayyana said…
hahaha... maka ternyatalah.. jeng jeng... heheheh.. takpelah.. wat tak tahu je.. dlm dunia ni ada banyak makhluk Allah.. kite je tak tau

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t