Skip to main content

Adik dan Oksigen

Assalamualaikum kengkawan
hari ni datang keje cam biasa
tapi badan je kat opis, perasaan tertinggal di rumah

Si kenit tak sihat
Jumaat tu balik keje, pengasuh kata si kenit demam tiba2 waktu lunch
dah dibagi makan ubat demam katanya

Malamnya, dia tido nampak sangat tak selesa
Sabtu cam okey, tapi dah mula batuk

Ahad, dia dah melepek, kejap2 datang peluk aku
'kita sayang umie', banyak kali sebut camtu
aku tak pelik sangat sebab dia memang suka cakap camtu
kalau dengan ayah lagilah, selang seminit kot cakap 'kita sayang ayah'

Petang agaknya dia dah tak tahan, duk cakap 'kita nak gi spital'
batuk makin teruk, mencungap dia ambik napas
tunggu en abe balik, terus ke klinik ambik oksigen



ni kali ke3 dia kena ambik oksigen sejak awal tahun
semalam sampai je klinik, dia terus lompat atas katil
ambik benda tu tekup kat hidung
siannya anak umie
# sila abaikan pemakaian anak tudung tu
sbb lupa bawak payung, tutup kepala ngan inner magic je, hihi

ada yang kata bagi makan hati unta - dah bagi
ada yang kata cuba makan daging arnab- belum terai lagi
ada yang kata cuba bagi scott emulsion - balik ni nak singgah beli

# baru berborak dengan kawan yg anaknya athma teruk
tido pun tak lena sejak beberapa tahun lepas
sebab anaknya selalu diserang athma semasa tido

susahnya hati bila kesayangan tak sihat

(-_-)


Comments

zana-norzana said…
semuga sikenit cepat sembuh..... akak dah cuti jumaat hari tu sebab hero demam..... ni si putri pula duk batuk-batuk.....
Kopiolimauice said…
kak try search maklumat ada yg kata makan berudu (pastikan berudu tu dah mati tapi fresh n utk budak2 bgi dalam keadaan dia tak perasan maksudnya bgi makan dgn roti ada jem n letak sekali berudu tu) InsyaAllah elok... coz ank buah sy Alhamdulillah dah elok skrg ni...
Unknown said…
kesian aja.. sejak2 ni sejuk kot malam.. try bagi virgin coconut oil.. selain dari tu buat garlic oil sapu kat dada dia macam aku cakap tu.. aqil selalu gak jadi batuk bila sejuk..tapi da besar ni da takde kena gas.. masa kecik je dulu.. alhamdulillah.. take care..
Unknown said…
Alahai sian si comel ni. Semoga cepat sembuh.
sweetie said…
Cerdik... tahu dah tak larat pandai dia beritahu nak ke klinik... Memang kesian kalau tengok anak-anak sakit... bukan pada yang kecik je... dah besar-besar pun kalau anak-anak beritahu mereka tak sihat... kita sebagai orang tua memang susah ati jugak... anak kannnn.... camtulah ati mak.
t.a.t.a said…
Betul tu kak. Susah hati sangat. Nak sangat kita berada kat sebelah depa kan.
paridah said…
sian adik...jgn dedahkan adik dgn kesejukan n jgn bermain aktif sangat...moga adik segera sihat...l
Eye_nee said…
Alahaiii kesiannya dia...kalau anak2 yg sakit..mmg kita ni lah yg paling tak tenteram kan sis...kepala tu dok ingatkan dia sentiasa...
Dr K said…
Kalau frequent asthma attack, mmg kena consider start kan bagi inhaler jenis pencegah ( macam Seretide / Flixotide), yg perlu di ambik setiap hari...so that boleh control simptom nya...sebab kalau frequent attack, ada risiko abnormality pada bentuk tulang dada nanti ( pigeon chest)...Bincang dgn doktor yg selalu jumpa
:: CIKVIVA :: said…
Terima kasih juga pada service door to door semalam...ngeeeee
Aziela said…
Banyak nasihat ni. Moden ada, tradisional ada, bacak to nature pun ada. Cubalah semuanya. Kalau bab athma ni, saya teringat kat kisal Abil Fikri tu. Nauzubillah.
Jari Manis said…
alaa...cian nya dia..semoga cepat sembuh ye dik..auntie JM doakan amin...kalau anak2 tak sihat mmg hati resah gelisah..chee wahhJm ckp cam ada pengalaman je ek heee
izawani said…
Semoga cepat sembuh !
Sedih dengar ayat anak ...
bangsawan nilai said…
get well soon dear...budak kenit
Unknown said…
Anak2 akak pun ada astma ni..tp yg abang bila meningkat remaja dh hilang astmanya cuma yg bungsu..kerap juga ambik gas kt klinik bawah ofis..kesian sgt bila tgh2 malam anak tk boleh tido bila astm..mudah2an dah pulih seperti biasa..
rostina76 said…
alahai kesiannya…sayu hati bila mitak g spital sendiri tu. btw aunty ros doakan sayang cepat2 sembuh ye. amin3x
Aisyah said…
ifa, inner magic mmg magic..ritu ujan renyai2..akak sokop je kepale yayan dgn inner magic..janji tak demam..hee
Miss Brenito said…
alahai siannyer pada adik. semoga cepat sembuh yer sayang
Acik Erna said…
dik nanti cuba gamat keluaran gamat emas pulak ye

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...