Skip to main content

Umie Kena Percayakan Kita

Hai korang
Sihat ke?
Sori lama tak update
mood celaru sikit, nak update blog pun takde mood, huhu

~*~*~*~*~*~*~*~

nak citer pasal si kenit, dah lama tak citer pasal dia kan?
pernah ada 'silent reader' yang whatapps
bagitau yang dia suka baca blog aku ialah bila aku citer pasal anak2
tq kak, u know who u are

korang tahu kan, tahun ni tahun pertama kenit ke tadika
minggu lepas bawak balik surat kebenaran untuk ikut lawatan
katanya ke Zoo Negara dan Balai Bomba

Sebenarnya berat hati nak lepas
rasa kecik sangat
boleh ke urus diri nanti?
nak kencing nak berak macam mana?

masa aku berfikir tu, kakak senyum simpul kat aku sambil malu2 cakap

'masa kakak tadika, umie tak bagi pun ikut lawatan.
Kenapa abam ngan adik nak pegi, umie bagi?'

alahai, kedengaran nada jeles disitu

'kakak, umie tak bagi sebab kakak kan anak pertama umie dan ayah
mesti lah risau kalau jalan tanpa umie ayah
sekarang umi bagi abam dan adik ikut lawatan bukan sebab kurang risau
tapi umie tahu cikgu mesti jaga
jangan lah jeles ngan abam dan adik
kan umie dah ganti lawatan kakak tu dengan pegi tempat lain yang lagi best'
# tahun lepas baru kakak dapat pegi ZooNegara, hihi

gambar pagi tadi, senget2 dah tudungnya
penah balik tadika, anak tudung hilang
cicir le gamaknya tu

Aku usik kenit, saja nak tengok reaksi dia

'adik tak payah lah pegi ye, nanti umie rindu'
pastu adik pandai ke nanti nak jaga diri nanti'

dia jawab

'kita pegi kejap je, nanti kita balik lah, umie kena percayakan kita'

uwaaaaaaaaaaaaaaaaa
anak kenit umie dah makin membesar rupanya
rasa macam baru je bersalin, huhu


Comments

paridah said…
wah jawapan yg solid tu ternganga irfa kan...anak2 la ni bijak sgt n mendiri juga.
imm said…
alololo jawapan macam budak dah nak masuk u huhu
Acik Erna said…
Adui. Ayat..umi kena percayakan kita..adik tau tak...anak cik pina dah beso dah boleh kawen puuunnn cik pina tak caya lagi hi hi
Masy said…
hahahahahahaha ayatttt dah macam orang tua :)
Irfa said…
KAK PARIDAH..
tu le psl, yakin sangat cara jawab tu
hihi
Irfa said…
IMM HASSAN..
umie je rasa anak tu kecik lagi, huhu
Irfa said…
KAK ERNA..
dia je rasa besar sangat dah, umie masih rasa dia baby lagi,
Irfa said…
MASY..
kannnnnnnnnnnn
sabo jelah
nini said…
Amboiiii jawapan tu tak mrnahannnn

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...