Skip to main content

Dilema Memilih Tadika Untuk Si Kecil

Assalamualaikum...

Moga semua yang singgah sini ceria-ceria hendaknya. Ni ada benda nak tanya.
Kisah biasa je, saja nak ngada2 ngan korang. Boleh gitu?

dia dan sepupu menadah muka depan maksedara nya
maka ini le hasilnya
sanggup cakap pakai bahasa isyarat, takut gincu tanggal

Sikenit ni tahun depan dah 5 tahun. Kalau ikut sejarah kakak n abam yang lepas, tahun depan dah patut hantar tadika. Tapi masa kat taman lama, pendaftaran tadika swasta masih lagi kategori murah (pendaftaran dalam bajet rm300-500 dan bulanan dalam rm100-rm150). Nak kata pandai sangat tak jugak pun, cuma kenal lah huruf dan nombor sebelum masuk darjah 1.

Kat taman baru ni, ada 1 tadika Kemas (aku ada sejarah hitam dengan tadika Kemas cawangan yang sama masa abam umo 5 tahun, penah citer kat blog lamaaaaaaaaaa dulu, malas nak korek balik entri lama. Tapi bila ingat balik rasa macam toreh balik luka lama). Selain dari tu, semua tadika swasta. Ada Smart Reader Kid, Genius Aulad, Krista dan beberapa nama lagi.

Jiran aku offer gi tadika sama ngan anak dia, nanti dia boleh hantar dan ambik sekali. Agak menarik dan menenangkan fikiran kalau terima offer tu. Tapi masih berfikir2 lagi. Pendaftarannya buat aku rasa nak pitam kejap, + rm50 genap rm1000. Bulanan rm250. Adoi, tepuk dahi kejap. Bagi yang ado-ado, mungkin biasa. Tapi bagi yang ala-ala, mahal macam daftar masuk kolej@U.

Sebenarnya berbaloi ke hantar anak tadika umo 5 tahun?
Rasa cam kecik sangat lagi, tapi kalau duk umah pengasuh, ngadap tv jelah
tapi dia dah rasa besar sangat dah, hari2 tanya 'bila nak hantar kita pegi tadika?'
Nak ajar sendiri tak konsisten pulak, masa rajin ajar lah. Tak rajin, kita cotiiiiiii
Elok member baru nak ingat, cuti 3/4 ari..langsung lupa apa yang diajar

Korang anta anak tadika umur berapa?
Tadika apa?
Pendaftaran memang rate tu ke sekarang?

Ada pengalaman sila share ye
TQ in advance

daaaaaaaaaa


Comments

Kak Vit said…
Saya penah hantar anak saya masa umur 5 tahun.. adeler pegi seminggu je pastu takmo dah.. huhu.. tapi umur 6 tahun dia ok dah.. depends kat anak jugak kott.. kalo dia takmo takkan nak paksa lak kan.. kang nangis kat skool jenuh lak chegu-chegu,, hihi,, :))
SalbiahM said…
area rumah akak takde PASTI ke? Anak sedara saya masuk situ.OKlah jugak.Takpun cari pra-sekolah yang sekali dengan sekolah rendah.
NM03 said…
qausar dah 4 tahun, saya nak hantar PASTI
Lynn Huraiza said…
kak yong htr yang first dulu umur 2 tahun plus...kebetulan time tu terdesak sangat...tadika baru buka...cikgu pun fokus sebab x ramai student lg...tapi untuk anak no 2 nie...masih lum htr lagi walaupun umur dah 3 tahun plus...ingat nak htr ke tadika yang sama dengan kakak dia dulu...tp skrg tadika tu dah tak best mcm dulu...dah ramai sgt student dan cikgu plak sket...
sweetie said…
Saya hantar anak tadika/pre sekolah umur 6 tahun Irfa... saya tak mahu dia lama2 sgt belajar di tadika sebab takut mereka bosan... Belajar benda yang sama je... pada saya setahun tu cukuplah untuk dia mengenal huruf dan mengira serta dapat menuturkan sepatah dua bahasa inggeris dan berkawan. Nanti bila masuk Tahun Satu mereka belajar balik perkara yang sama tapi mudahlah sikit depa nak 'tangkap' sebab dah ada basic.

Pada saya mengajar anak-anak kecik ni mudah je... sambil masak pun boleh ajar... misalnya kalau kita tengah pegang sudu, kita tunjuk dan cakaplah itu sudu... dan eja sama-sama dengan dia sambil nyanyi2 je. Kalau nak ajar bahasa omputih kita cakaplah dalan bahasa inggeris... budak2 senang dapat Irfa... otak diorang macam komputer baru dan fitrahnya semua anak-anak dilahirkan bijak... terpulang pada kita bagaimana mahu mengisinya. Ini pendapat saya Irfa... dan inilah yang saya buat pada anak-anak saya dulu.
mamabeauty said…
dah lama benar berlalu fasa ni..

tapi kids need more explore than ask them to study hard sgt..

so yang basic2 tu boleh jer.. yg penting sekali diorng happy and enjoy during the classes..
Dr K said…
perghhhhh..RM950 pendaftaran...masuk UITM pun lagi murah...hahaha
yuran bulanan Genius Aulad anak saya RM268..
saya rasa, sekarang ni mmg bisnes yg mahsyuk kalau ada chain / franchais tadika..
Nieda Ramly said…
hantar pra sekolah di sekolah kerajaan
hajar said…
saya pun tengah mencari tempat utk anak bujang saya. PASTI yg saya berkenan tu tak ambil utk budak 4 tahun untuk tahun ni. Mak cik saya aka pengasuh anak2 saya sarankan hantar dulu ke tadika kemas. nanti bila PASTI tu ade kosong bolehlah ke sana. ntahlah... saya belum fikirkan lagi....
Unknown said…
Anak sulung x pernah ke tadika..terus masuk darjah satu..anak kedua thn dpn lima thn jgk..duk pikir jgk nk anta tadika ke tidak..huhu..
Zaitun said…
Dulu anak2 kak zai hantar tadika motessori di Bukit Antarabangsa dekat Highland Tower. Fees lebih kurang macam yang irfa cakaplah tapi kak zai rasa berbaloi sebab murid bukan saja diajar akedemik tapi craftangan dan macam2. Dan satu lagi murid2 fasih berbahasa english.
:: CIKVIVA :: said…
mahalnya registration kan...ishh..
paridah said…
sekarang ni belanja utk pendidikan anak2 kecil pun bgitu tinggi sekali ya...
Aisyah said…
Ifa..kalo pandangan akak tunggu 6 tahun baru masuk pra sekolah kerajaan..let her enjoy zaman kanak2 puas2..nnti dah masuk sekolah berbelas2 tahun belajor tak abis2....huhu..
Sufi said…
anak sy pun hantar tadika umur 5 thn..rate lbh kurang cmtula..dekat area sg ramal kajang ni..tapi puas hati jgkla sebab dia tahu solat,doa,mengaji dan membaca dah..

registration tu ade dkt rm1k jugak,,mengalahkan masuk U skrg ni kan..
I am LZ said…
Assalamualaikum Irfa dan rakan-rakan blogger sekelian,
Salam kenal..

Pengalaman saya pulak hantar anak ke tadika umur 6 tahun. Mula-mula pun ingat hantar anak 5 tahun masih awal takut dia malas pergi sekolah. Tapi sangkaan saya meleset bila umur 6 tahun anak saya baru mula pandai membaca dan mengira jika dibandingkan kawan sekolah tadika umur 5 tahun, kepandaian diaorg seperti kanak-kanak 6 tahun. Terasa rugi sebab tak hantar anak masa umur 5 tahun. Bila dah dekat hujung tahun 2014 ni, dia membaca masih kurang lancar, english lesson masih banyak dia perlu tahu etc. so terasa tak sempat untuk dia tahu semua itu hingga hujung tahun ini.

Mengenai kos menghantar anak ke tadika memang pricey Irfa berbanding sebelum ni. Tapi inshaAllah hasilnya kita nampak nanti dan masa itu terasa berbaloi..

Apa pun bergantung kepada anak sekiranya Irfa nak register masa umur 5 tahun.. ^_^
cinta said…
salam, tertarik dgn tajuk entri sbb sy skrg dlm situasi yg sama tgh survey tadika utk ank. lps korek sana sini sy buat kesimpulan rata2 yuran pndaftaran tadika lbh krg 1k tp boleh byr ansur2. bulanan rm250 tu rasanya rate yg berbaloi sbb byk tadika skrg rm300 lbh. ada yg smpai rm800. rm 400 - 500 sebulan tu biasa. lg satu, tadika branded x semestinya bagus. maksud sy depend on 'selera' kita. sbb ada tadika branded yg sgt menekankan akademik - nak skor A byk & byk homework. tak sesuai langsung dgn umur bdk 5-6 thn. kanak2 patut enjoy zaman kanak2 n jgn jadikan diorg robot. paling penting pembentukan sahsiah, tak dpt byk A pn xpe tp akhlak bagus dan ceria selalu. saya sarankan PASTI w/pun sy terpaksa keluarkan drp list sy sbb masalah lokasi dan masa yg xsesuai bagi sy. tp byk feedback yg sy dpt stakat ni PASTI paling bagus n ank2 pn gembira. sekian komen yg pjg ini. heee...
sarah said…
dilema irfa sama cam sy..anak sy thun ni 4 thn..dah hantar tadika. bulanan rm270 half day..van rm45..semester pertama rm700..semester kedua tambah sikit..tadika tu main language cina tapi cikgunya ramai india..dah sethn tgk cam takdak apa pun..thn depan tak tau nak tukar tadika mana plak..pening pening..yuran mahai2 belaka..mcm nak hntr tadika kemas/perpaduan ja..
Unknown said…
sy pun tengah pening.tahun depan anak 5tahun.nak hantar tadika jauh y dekat swasta mahe plak.aritu isi name kt pra sekolah ahad ni bru nak hantar document ank.
JARI MANIS said…
Slm..area mn..klu area meru klang..saya ada buka tadika..yuran RM 200 sebln..pdaftaran x sampai 1k pon..bpatutan..klu gaji isirumah bwh RM 4k dpt diskau ag
Unknown said…
area meru kt mane ye?sy tgh survey utk anak sy thn dpn 4 thn.
Unknown said…
Trima kasih sebab share..pendapat saya yang penting kita hantar anak2 ke sekolah pada usia yang muda ni untuk die belajar social skill dan communication skill dgn org lain..pendpat saya 5 tahun sangat sesuai untuk mula bergaul..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...